Thursday, April 30, 2009

Selamat Setahun untuk ZAUJI - BABA

(Suasana kat rumah sebelum berlepas)


Salam...

Hari Ni....genap setahun suami ambe kat Yanbu.
Tanggal 1 Mei 2008 suami ambe berhijrah ke Yanbu dan tinggalkan ambe anak-beranak dan keluarga.
Kebetulan tarikh tu...cuti umum (Hari Pekerja) maka ramailah yang boleh hantarnye ke airport senai.
Seangkatan dengan Zauji ialah...Abang P,Din OBM,Hj.Fauzi,Hj.Razak dan Zikhan (Z).
Cuma tiga bulan lepas tu...barulah kami jumpa dan dibawa ke sini bersama-sama.

Imbasan setahun yang lepas....





Aiman yg. tak boleh berengan dgn. ayahnye..





(Keluarga yang hantar ke airport)



(Kawan-kawan yang satu perjalanan dan satu matlamat.)











SELAMAT ULANGTAHUN SETAHUN BERADA DI YANBU UNTUK SEMUA

WASSALAM.

Wednesday, April 29, 2009

Cerita Cuti-cuti sekolah....

Salam...Wa Kaifa Haluk...

Dalam minggu cuti sekolah ni...dah macam-macam aktiviti berlaku kat Baiti .
Ni cete pasal si Waladi (anak-anak ku) si hero-hero...

Satu pagi tu...ambe suruh mereka pergi basuh Hammam (tandas) pasal dah lama tak dibela.
Mereka pun kata..."Okey...Umi..." dengan panjangnye..
sambil berlalu tinggalkan Uminye yang tengah bertungkus-lumus melipat kain yang 4 tambun tu...
Tapi...
bila dah lama baru perasan...Senyap...je...mana budak-budak ni...seme?

Ambe Zahabu fi Qurfah Naumm mereka(pergi ke bilik tidur).nak tengok kot-kot sambung tidor ke?
Tapi tak dok pulok... mula rasa Musykil (masaalah)
pergi jengok kat belakang ...rupanye...betul mereka kat situ...dan

Nunnnnn kat sana...

(Dah..atas pokok)

Ambe apa lagi mulalah bising ...bukan takut jatuh tapi...takut guugr buah pelam tuan rumah ni...
Pasal panjat memanjat ni ambe tak hairan sangat kat mereka tu...
pasal mereka dah biasa dan macam maknye jugak dulu-dulu.

Macam kata Arif..."tak pe..umi, tak bahaya pun.."
Mereka tu nak buat pondok atas pokok pulak. Agaknye senang sikit kot..kalau kena marah merajuk pergi duk atas pokok je...






Tengoklah tu...aksi-aksi lasak mereka. Ada je..idea pelik mereka tu...






Dalam masa cuti sekolah ni..juga diadakan aktiviti menghafaz Al-Quran kat Baiti.
Ramai yang sempat hantar anak-anak mereka ke rumah ambe.sepanjang seminggu ni.

Dengan bantuan dari seorang ustaz (pelajar Universiti Madinah) anak-anak dilatih menghafaz surah-surah lazim dan surah-surah panjang.
Alhamdulillah segalanye selamat dan berjaya, dengan izinNya.

(Yg. Asswad tu anak-anak Ema, dan yang Ahmarr tu anak-anak ambe. Ramaikan)


Dalam cuti ni...juga, rumah kami dah bertambah ahlinya.
Anak-anak Ema dah pun selamat sampai untuk berjumpa keluarganye kat sini.
Seronoknye tengok bila mereka dapat jumpa semula dan main sama-sama.
Memang riuh rendah jadinye...apataknya main galah panjang dan baling selipar tu...malam pulak tu...
dah macam kat kampung pulak rasenye.
Tapi bila ingat nanti dia dah nak balik...itu yang sedih tu...





(Berkhemahlah sorang2)




Dalam...cuti ni juga, satu aktiviti yang tak jadi dibuat iaitu Kem Qiammullai tak dapat diteruskan aktivitinya memandagkan beberapa sebab keselamatan.
(InsyaAllah satu hari akan diadakan).
Anak-anak dah ready untuk berkhemah di halaman rumah...dan dah pasang khemah pun....tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.
Jadinya..mereka berkhemah je...sendiri-sendiri tanpa kawan-kawan lain.

Kongsi Hadith:-
Hadith 37
Abu Zar (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

"Wahai Abu Zar, Jikalau kamu pergi di suatu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah, maka itu lebih baik baginya daripada mengerjakan solat nafil seratus rakaat dan jilalau kamu mempelajari satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat atau tidak dapat beramal dengannya adalah lebih baik bagimu daripada mengerjakan seribu rakaat solat nafil."

WASSALAM

Wednesday, April 22, 2009

Mengingati Hari Kelahiran Abang..



Salam...lagi

Tanggal 20 April , merupakan tarikh kelahiran abang acap.
Kebetulan hari tu...ana ke satu majlis...jadi ana cuma sempat buat ni je......dulu

(Pulut kuning berlapis serunding, cicah rendang kak Nani)

Lepas lah tu...nak buat kek , maknye dok reti-reti lagi.
Okeylah, sebagai tanda moknye ingat tarikh dia beranok ke anoknye.







(Dah besor bapok dok abang acap)


(Si sulung dan si bongsu)






Cuma pada hari rabu ana sempat minta tolong dan tempah kek dengan Puan Fazimah (Imah hj. Ghaz). Kebetulan Acap suka makan chess cake, dan cik Imah adalah pakarnye....kenalah pada masanye pulak.Syukran Jazila...ya Mah...BaarokAllah


Hah ni dia kek nye...sedap? memang sedap...


Lepas Zauji bacakan doa selamat untuk majlis anok-beranok ni...kek tu pun selamat diselesaikan oleh pendekar2 Amirul ni....
Okeylah, pada ana beli kat Panda tu....tak kena citarasa budak2 rumah ni.Sebenarnye ana dah ikut belajar gok masa Mah ajar buat kek tu....tapi tak kompiden lagi nok buat.InsyaAllah lepas ni kot.









(berebut nak potong)






Okeylah...cuma tu dulu.Mungkin ini boleh jadi tatapan keluarga kat kampung sana.Acap tu cucu sulung mereka.

WASSALAM.

Walimatul urus....


(Salah satu bilik menempatkan makanan yg akan diedarkan untuk tetamu)


Salam....

Dalam masa sebulan ni ada macam-macam majlis dah ANA sempat hadir...
dari majlis walimatul urus (arabic),majlis wanita di Masjid dan majlis Arabic di dewan.
Tiga-tiga majlis tu...semuanye berbeza.

Majlis Walimatul Urus Arabic....
Mulanya....rasa berat hati nak pergi memandangkan malam tu ada Usrah..
Tapi...bila fikir2 dah 2- 3 kali dia pesan...aku putuskan pergi majlis tu lah
ANA pergi tu atas undangan Sodiki Ana ,yang dah berkenalan semasa Tarawih tahun lepas.
Hiya, dah jadi warganegara Saudi. dah kawin dgn org Arab.Dah lebih 20 tahun duk sini.
Mulanya tak diberitahu untuk majlis walimatul urus, dan sangka ANA jemputan untuk AlRoosyak(makan malam) je..
Bagdaa waktu isyak, Zauji (suami ku) pun hantar...ana wa jarri (rahimah lobo).
Malam jumaat tu...
pusing2 punya pusing...last2 jumpa gok rumohnye...
MasyaAllah...kabirrnya baitat(besarnye rumah dia).Depan masjid tu....

Kali pertama menjejakkan kaki ke rumahnye...rase macam nak balik semula ana..
Terkejut kancil ana..bila nampak mereka dressing tak cukup kain.
MasyaAllah....salah rumah ke ana ni...kami mula ragu
Tapi..bila disilakan dan jumpa sodiki tuan rumah sendiri, barulah sah ..
Majlis ni just for Muannas je.

Kami ambil tempat...dan sempat ambil beberapa gambar sebelum ramai jemputan datang.
Tapi tak boleh snap gambar mereka.....dilarang keras

(ternampak juga si semek arab tu...tengok dia pakai baju...mengalahkan Julia Robert gitu)

Sementara tunggu pengantin turun ke pelamin, anak2 remaja perempuan yang comel lote.. menyerikan majlis mereka dengan tarian.....tarian gelek. Lagaknye macam orang lepas perasaanlah gitu.
Kalau kat luar kena berhijab...masa nilah mereka mendedahkan sebahagian badan mereka.
Pakkal seme comel lote, kalau tak tak lalu nak tengok. Itulah pengalaman namanye.

Kul 12.30 barulah penantin turun...dan mereka melakukan acara lebih kurang macam kat m'sia jugalah.
Potong kek dan suap menyuap...
batalkan wuduk dengan memakaikan pengantin perempuan dgn brg2 kemas oleh pengantin lelaki
Dan...yg ni tak dibuat oleh org m'sia...(menari..mengikut alunan irama yang romantik)
mula-mula berdua kemudian dgn keluarga.

Makan? makan sedap2 belaka. kebetulan mereka keturunan Indonesia..jadi makanan tekak asia pun ada juga.
Ada sambal telur, serunding hati, nasi putih dan macam-macam ada.
Tetamu akan menyumbang jugak macam m'sia.





(tompang dok jap neh...)

(bersama akak)





InsyaAllah lepas ni...ana sekali lagi dijemput ke majlis repsepsi mereka di sebuah Hotel Balad(majlis terakhir sebelum pengantin perempuan dihantar ke rumah mertua). Majlis khas untuk wanita sahaja . Lelaki?...tunggu dalam kereta je....lah.
Nanti bila ana dah pergi ana cete neh.

Okeylah nanti ana cete pasal majlis yang lain tu...mata dah kelabu nak...Tidooooo


Wassalam

Dah Berbunga.....Dah Berbuah....

Dah mula kembang.....


Salam... Kaifa Haluk....Ya Sodiki

Ari ni ada masa lagi up date blog.....
Dah lama nak cete pasal si mawar aku ni.....
Semua benih ni aku bawa bersama dari M'sia.kiranya dah tanam lebih kurang usia kedatangan aku ke sini (9 bulanlah )
Pokok ni masih rendah sesangat...tapi....dah matang rupanye
Satu hari time aku nak ke kelas terperasan , macam ada putik yang keluar dari pokok ni....
bila dihampiri betul rupanya...mawarku dah nak berbunga...mengalahkan pokok mawar yang lain.
Seronoknye....rase, terubat rindu kat pokok mawar kat rumah.Inilah mawarku yang ku tanam dan diberi keizinan oleh-Nya untuk hidup dan berbunga.

(Dah...kembang betul dan wanginyeeee)


Ini pulak cerita pasal pokok mempelam kat belakang rumah, sekarang ni masih musim bunga lagi...dan pokok tu pun dah berbungalah dengan banyaknye....
sekarang dah..berbuah
Kami pun dah dapat makang colek buah pelam...dengan kicap m'sia bubuh belacan dan cili padi tu....


Tengok tu...sebahagian buahnye...melayut-layut gitu.


Dengan izin Allah tumbuh dan berbuah cili ni.Alhamdulillah

Sebenarnye pokok cili ni...dah macam merajuk dah...
kering tu... buahnya pandai ambik tapi tuannya liat nak siram...
tahap kepedasannye......huh...sampai meleleh air liur....


Bunga-bunga kurma yang sedang berputik

Yang ni pulak pokok kurma kat rumah kami...dua-dua dah berbunga dan berputik
kalau tahun lepas...dalam bulan puasa dah boleh petik dan makan.
tahun ni tak merasalah aku...pasal kami akan balik malaysia tak lama lagi
Nanti aku suruh Zauji aku aje bawak balik....boleh jamu kawan bila raya kat sana nanti..kan

Bila dok tengok pokopokok kat sini berbuah, teringat pokok buahan kat dusun ayah ambe kat ganu....
sekarang kata mek ambe tengah berbunga dan InsyaAllah bila kami balik nanti waktu gugur....dah
Kalau ada rezeki kami boleh makang buah duriang.....moktang........

Okeylah....WASSALAM