Rumah Terbuka Aidilfitri..
Sepanjang bulan raya yang lepas macam-macam perkara yang dah berlaku dan dilakukan. Antaranya jamuan rumah terbuka oleh kawan-kawan dan rumah aku sendiri. Bermula dengan keluarga Mas dan diikuti dengan beberapa keluarga yang lain. Meriah sungguh .....
Macam-macam makanan disajikan, dari menu pantai barat hinggalah menu pantai timur pun ada. Pasal kebanyakan famili yang dah ada kat sini datang dari ganu dan johor. Keluarga dari ganu aje ada lebih kurang 6 atau 7 keluarga.Meriah sungguh dapat cakap ganu dengan geng2 ganu. Rasa macam duduk kat ganu pulak.
Persekolahan bermula...


Ready nak ke sekolah
Kali pertama anak-anak aku ke sekolah. Semuanya bersekolah di Al-Israk International School. Sekolahnya dah pindah ke bandar Yanbu. (Kat Balad) Sekolah tu sekolah Pakistan owner. Tapi itu sekolah yang islamik. Murid-murid lelaki dan perempuan diasingkan, dan tidak bergaul bebas.
Disegi kemudahannya...masih jauh ke belakang jika dibandingkan dengan sekolah kat m'sia. Kemudahan tu maksudnya...segala facilitis yang sepatutnya ada pada sekolah antarabangsa, tak ada kat situ.Sistem pentadbirannya pun masih tidak sempurna lagi. Bangunannya pun tak secantik dan seperti sekolah betul. Cuma selesa untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah semua anak-anak aku tak cerewet sangat pasal kekurangan tu...kerana aku dah selalu pesan yang penting ilmu yang nak diceduk dari guru buka keselesaan yang kita nak.
Sepanjang dah hampir masuk 2 minggu sekolah tu..Anak-anak dah mula boleh faham arahan dan pesanan dari guru mereka, termasuklah arif .Satu perubahan yang aku kira positif.
Sekarang aku cuma nak cari dan masukkan anak-anak lelaki aku ke masjid untuk tahfis Al-Quran pulak. Dengar kata untuk lelaki lepas solat maghrib dibuat di setiap masjid dan untuk wanita lepas solat asar. Harap-harap hajat aku dipermudahkan Allah. Moga anak-anak aku dapat ilmu dunia dan akhirat seiring..
Aku benar-benar berharap akan dapat sama-sama memberi sumbangan dan meramaikan lagi golongan Protaz (Profesional Ustaz) dan Protazah (profesional Ustazah). Itulah doaku...
Subjek yang dibelajar ...Math , B.i , History (Pasal Arab Saudi), S.s (geografi) , Islamiat ,Arabic , Computer science , itu untuk primary school.
B.i, Math, SS , Geog, Biology , History, physics ,chemistry , untuk secondry school (greed 7 ,8,9,10) bila masuk gred 10 kena ambil exam O Level (SPM lah tu) dan kena sambung ke Jeddah untuk gred 11 (untuk A Level). lepas tu baru ke IPT.
Kat sekolah tu juga ada salah satu keluarga dari terengganu hantar anaknya juga ke situ dan kebetulahnya sekelas pulak dengan anak aku. Mereka dah jadi kamcing dan anak aku dah mula cakap loghrat ganu dah pulak. Okeylah tu.
Jom Kongsi Hadith...(29/10/2008)
Fadhilat Al-Quran (Maulana Muhammad Zakariya Kandahlawi)
Hadith 1,
Uthman (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"
Dalam banyak buku-buku hadith, hadith ini dinyatakan dengan perkataan (alif wau - dan) Maknanya: "Yang terbaik diantara kami ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"Maksudnya, ganjaran yang terbesar ialah pada sesiapa yang belajar dan kemudiannya mengajarkannya pula kepada orang lainTapi.. ada sebahagian kitab-kitab, hadith ini diriwayatkan dengan perkataan (alif wau - atau).Maknanya,"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran atau mengajarkannya"Maksudnya...Ganjaran pahala sama besar pada yang belajar atau pada yang mengajarnya.
Darjah kebaikan belajar Al-Quran:
i-Belajar Al-Quran besama-sama makna dan maksudnya. (Terbaik)
ii-Belajar mengenai perkataan-perkataannya sahaja (Terendah)
Mulla Ali Qari merujuk dari hadith lain : barangsiapa memperoleh ilmu Al-Quran, sebenarnya dia menyimpan ilmu kenabian dalam kepalanya.
Sahl Tastali (ra) berkata : "Bukti sesaorang itu cinta Allah, adalah dengan wujudnya rasa cinta pada perkataan-perkataan Allah dalam hatinya"
Dalam Syarah Ahya : senarai orang yang akan mendapat perlindungan di bawah Arasy (Kursi Allah)di hari Pengadilan ialah orang yang mengajar Al-Quran pada anak-anak orang islam,Yang belajar Al-Quran pada masa kecilnya dan terus membaca pada masa dewasanya.
Okeylah ..cukup untuk hari ni . Wassalam...