Tuesday, October 6, 2009

Raya-raya lagi

Assalamualaikum....

Aktiviti raya masih diteruskan lagi.....
Hari ni dah masuk hari kebelas-belas raya dah...

kami masih lagi melakukan aktiviti kunjung-mengunjung adik-beradik dan sahabat handai sebelum kami balik......minggu depang
kali ni , kami gi beraya rumoh Ema (Lobo) pulak....
Walaupun rumoh kami ni...dekatttt je, tapi, baru ni kami sempat gi beraya rumoh dia.Maaf ye...Mah




Monday, October 5, 2009

Raya-raya Kat Johor Pulok...


Salam...Aidilfitri lagi...

Doh balik Johor, sambung beraya kat johor pulok

Ambe dok wak rumoh terbuka pung...dok chekak weh....
tapi, bile adee orang datang kena masok-masok gok....Tapi...wak rengkahh je.....ape lagi kalu dok "Lakse Johor" (tu...je yg aku cepat sikik buleh buak).



Alhamdulillah....kami dikunjunggi oleh Kak Nani (Hj. Fadhil), Ema (Lobo0) dan Mas (Hj leman).
Happening sungguh....rasenya, walaupun masih letih tapi....Alhamdulillah gembira bila dah dapat berjumpa apatah lagi kat Malaysia.

Keesokannya kami jumpa lagi.....
kali ni kat rumah mak Mas (permata hati ku). Lebih kurang kul 12.30 tgh kami konvoi ke rumah Ibubapa Mas kat bandar JB.


Mak dara posing......


Anak-anak pun posing .....


Okeylah......Wassalam.

(ruangan kongsi Hadis akan disambung bila dah balik Yanbu)

Saturday, October 3, 2009

Sebelum dan Selepas.....

Salam...Lebaran buat semua,

Raya Sebelum....Ayah....Balik....



Semasa berhari raya pertama dan kelima , ambe dan anok beranok je....
Kami beraya kat Ganu bersama keluarga kat sana
Dalam raya ke empat...dapat call dari Zauji...dapat balik malam ni ....
Kebetulan aku dah boking kereta untuk di sewa.. dan bila zauji dah sampai johor dia terus ambil kete dan balik ganu.


Selepas ...Ayah balik ...raya.....


Bila ayah dah ada...barulah panjang sikit langkah kaki ni.....nak berjalan.
bukang ape...susoh nok kawal askar2 ambe tu....
lagipun....ambe dah terbiasa jadi orang sebelah....je.
macam dah malas nak pegang-pegang stereng kete ni...hah...buleh gitu...

Perjalanan balik ke Johor

Nok balik doh....

On the way ke Johor, kami sempat singgah dan jengok keluarga kak ain (Hj Halim) kat kuantan.
Sejak kami balik, hanya inilah kali pertama kami jumpa...kat Malaysia sebelum kak ain balik ke Yanbu.
Seronok sungguh kat rumah kak Ain, pasal.....rumahnya dekat laut. Memang itu rumah impian kami..
kat belakang kami tu....pemandangan laut dari atas bukit...cantikkkkkk



Posing jap....sama kak Eleena


lebih kurang kul 3.00 petang, kami pun teruskan perjalanan ke Johor....dan alhamdulillah sampai kul 9.30 malam.Terima kasih Kak Ain



Wassalam...

Thursday, October 1, 2009

Aktiviti Beraya-raya di Terengganu

Assalamualaikum......

Hari ni masuk hari ke 11 raya. Namun masih ramai lagi yang belum sempat diziarahi.Aku dan keluarga dah pun sampai kat Johor setelah 2 minggu kat Ganu.
Kalau diikutkan tarikh yg sepatutnya...kami balik Yanbu, kami masih ada lagi 10 hari lagi untuk tinggalkan Malaysia. Tapi.....yang menggembirakan kami...bila Zauji bagitahu tiket kami dah ditunda ke 17hb oct. maknanya lama lagi kami kat sini......Yahuuuuuuuu

Sepanjang beraya kat Ganu sempat juga sorang dua sahabat yanbu datang ke rumah dan kami ke rumah mereka. Antaranya Keluarga Mar (abang Pie),Za (wan Azmi), Kak Ain di Kuantan dan Keluarga Zakiah. Terima kasih banyak-banyak.

Bersama Mar kat rumah Mar . Masa tu raya ke 4.


Anak-anak pun tumpang sekaki


Dari rumah Mar singgah pulak rumah Mak Mertua Za..dekat je dgn rumah Mar..Dungun



Ini pulak kat rumah Mak Zakiah. Rumah baru tu....TQ Za

Apa-apa pun..rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Nya untuk beraya bersama keluarga dan sahabat handai tahun ini. Tahun depan ...belum tentu lagi.


Wassalam....


Monday, September 21, 2009

HARI RAYA PERTAMA.....

Assalamualaikum.....

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA BUAT "SUAMI KU TERCINTA" dan "AYAH KAMI TERSAYANG"


"Selamat Hari Raya AYAH............."
dari kami di kampung khas untuk ayah yang jauh di Yanbu.
Dengan ucapan.

1."Selamat Berhari Raya dan jangan sedih....."

2. "Kami memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kami pada ayah"

3."cepatlah.....balik....kami nak gi jalan2 dgn. ayah..."

arif nak gi solat raya....

Khas untuk ayah kat sana

Di pagi raya di rumah kg. Ganu

Dikesempatan ini dan kebetulan ambe dah buka comp. ni...nak juga ucapkan
SELAMAT HARI RAYA buat semua kenalan di Yanbu dan Malaysia.
Ambe memohon ampun dan maaf di atas kesilapan ambe pada sesiapa yang tersinggung.Semoga Allah mengampuni segala kesalahan ambe jua.



Thursday, August 13, 2009

Sebulan di Malaysia


Assalamualaikum...

Gedebak-gedebuk dah sebulan kat Tanahair. Macam-macam dah makan dan macam-macam dah beli. Tapi.....macam belum habis lagi rase nak makan makanan kat sini.
Kami tak banyak berjalan-jalan jauh pasal bos mas
ih kat Yanbu. Jadi hanya Mall yang berhampiran je....
Lepas seminggu kat Johor kami balik kampung ke Terengganu.Masa kat Terengganu kami banyak ronda2. cuma kat kebun durian ayah je...lepas tu mandi-mande kat air terjun lata sebelah kebun kami.Inilah aktiviti wajib bila balik kampung ganu..














Pemandangan air terjun lata. Itulah juga kolam kami adik beradik semasa kecik-kecik dulu. Sekarang dah diambil alik oleh anak-anak kami pulak.
















Seronok main air sampai tak nak balik oiiiii....



Aiman dan Akmal yang dah kesejukan tapi...masih bertahan



Cepatlah.......berat..niiiiii..... (Ayoh su..Badang) merangkap supervisor anak2


Friday, August 7, 2009


Assalamualaikum.......

Salam rindu buat semua......muslimim...

Alhamdulillah, hari ni dan saat ni dah dapat semula menaip dan melayan blog Ummulamirul yang dah hampir setengah tahun dah tak ber up date

Macam-macam cerita suka duka yang dah berlalu....dari ... Yanbu hingga ke Malaysia

Buat permulaan...cukuplah ambe nak ucapkan salam buat semua sahabat2 yang masih tertinggal kat Yanbu dan menghitung hari nak balik tu... atau yang tak balik atau yang dah balik.Harap semua dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya.

Wassalam...

Wednesday, May 6, 2009

ALYAUMUL UMMI




Terasa nak menulis pasal Ibu pulak kali ni.
Kebetulan sehari dua lagi dunia akan menyambut Hari Ibu...jadi, sukalak ambe nak cete sikit pasal Ibu.

Kalau masa kat M'sia, sambut Hari Ibu tapi..bila kat sini (KSA) dah kena tukar sambut "Yaumul Ummi"
Ibu ni adalah seorang insan yang tersangat istimewa dalam hidup kita. Tak payah nak terangkan panjang-panjang sebab semua orang dah tahu , dah faham dan dah ngerti pasal istimewanya ibu ni.
Cuma pada orang yang tak berapa sare...(tak siuman) je yang buat-buat tak ngerti.
sebab itulah dalam Agama Islam yang mulia ni...bila ditanya
"siapakah yang perlu didahului"
Jawabnya. :"ibu"
lepas tu siapa?"
jawabnya :"Ibu".
"lepas tu siapa?"
jawabnya : "Ibu"
lepas tu siapa?"
Barulah.."bapa"

Betapa istimewanya pada insan yang bergelar ibu.
Di sini ambe nak kongsi cerita pasal IBU. Cerita ni ambe dapat semasa ambe hadir majlis Al-Quran di Masjid tempat ambe belajar ngaji Masjid Uthmanian dekat rumoh ambe.
Lakonan tu dalam bahasa arablah...tapi nasib ambe ada tukang terjemah. Sedih.....

Di suatu pagi...
Seorang ibu sedang duduk bersedih...mengenagkan anaknya yang telah lama tidak menghubunginya dan menjenguknya.Sehinggalah dia telah dimamah usia begini pun anaknya masih tidak menghubunginya juga. Sambil menangis...si ibu bercerita meluahkan perasaan rindunya pada anaknya.Sambil didengar dengan setia oleh salah seorang anaknya yang setia menemani dan mengurusnya setiap hari. Tat kala ibu tua ni membongkar cerita silam...maka , terkejutlah si anak yang disisinya ini. Peristiwa itu berlaku semasa anaknya masih kecil lagi. Peristiwa kemalangan yang berlaku telah menyebabkan sebelah mata anaknya rosak dan tidak dapat diselamatkan. Tetapi dengan pengorbanan dan demi kasih seorang Ibu, ibu tua ni telah mengorbankan matanya untuk diberikan kepada anaknya. Dengan harapan anaknya nanti akan selesa melihat dunia dan dapat meneruskan hidup lebih sempurna. Di atas sekeping kertas telah menjadi bukti kasih seorang ibu pada anaknya.Dan kini anak itu telah berjaya dan bersenang-lenang dalam kehidupannya di kota. Sehinggalah telah melupakan ibunya yang cacat itu. Sehingga itu, sudah bertahun-tahun ibu tua itu menanti kepulangan anaknya dan terlalu merindui anaknya yang dimanjakan dan dikasihnya sewaktu kecil itu.Setiap hari ibu tua itu sentiasa menanti dan terus menanti ...sehinggalah kini, ibu telah jatuh sakit. Akhirnya...ibu itu meninggal dalam kesedihan dan membawa rindu yang penuh pada anaknya.Anaknya dipanggil supaya pulang melawat jenazah ibunya buat kali terakhir. Dengan perasaan yang marah , dia pulang juga. dia langsung tidak mempedulikan jenazah ibunya.Malah, merasa sangat marah kerana dikatakan telah membazirkan masanya hanya untuk melihat sekujur mayat. Sehinggalah....dia dihulurkan sekeping kertas yang telah usang.....namum..... disitulah segala rahsia yang telah disimpan oleh ibunya dari pengetahuannya telah terbongar. Dan....setelah dibaca isi kandungannya....barulah kini dia merasa sungguh tidak percaya.... bahawa ibunya telah melakukan pengorbanan yang sungguh besar untuknya, tetapi....dia telah pula mendurhaka pada ibunya ...
kini....dia meraung menangis penuh penyesalan....di atas sekujur badan yang telah kaku yang bergelar IBU. "ANA....MUSYRIMAH" "ANA MUSYRIMAH...YA UMMI" "ANA MUSYRIMAH..." namun penyesalannya tidak berguna lagi...dan sudah terlambat untuk membahagiakan hati ibunya .

Itulah sebahagian lakonan dan cerita yang telah dipaparkan oleh kaum wanita arab kat masjid hari tu..
Suasana sungguh sedih dan kebanyakan menitiskan air mata apabila mendengar kisah-kisah ibu masing-masing.
Ya...baru ambe sedar, sepanjang majlis hari tu...semua berkisar pasal ibu. Agaknya mereka dah sambut Yaummu Ummi kot.

Okeylah...itulah Kissos (cerita) untuk kita sama-sama kongsi kali ni.
"So, jangan lupa colling-colling ibu kita kat sana...."

WASSALAM

Thursday, April 30, 2009

Selamat Setahun untuk ZAUJI - BABA

(Suasana kat rumah sebelum berlepas)


Salam...

Hari Ni....genap setahun suami ambe kat Yanbu.
Tanggal 1 Mei 2008 suami ambe berhijrah ke Yanbu dan tinggalkan ambe anak-beranak dan keluarga.
Kebetulan tarikh tu...cuti umum (Hari Pekerja) maka ramailah yang boleh hantarnye ke airport senai.
Seangkatan dengan Zauji ialah...Abang P,Din OBM,Hj.Fauzi,Hj.Razak dan Zikhan (Z).
Cuma tiga bulan lepas tu...barulah kami jumpa dan dibawa ke sini bersama-sama.

Imbasan setahun yang lepas....





Aiman yg. tak boleh berengan dgn. ayahnye..





(Keluarga yang hantar ke airport)



(Kawan-kawan yang satu perjalanan dan satu matlamat.)











SELAMAT ULANGTAHUN SETAHUN BERADA DI YANBU UNTUK SEMUA

WASSALAM.

Wednesday, April 29, 2009

Cerita Cuti-cuti sekolah....

Salam...Wa Kaifa Haluk...

Dalam minggu cuti sekolah ni...dah macam-macam aktiviti berlaku kat Baiti .
Ni cete pasal si Waladi (anak-anak ku) si hero-hero...

Satu pagi tu...ambe suruh mereka pergi basuh Hammam (tandas) pasal dah lama tak dibela.
Mereka pun kata..."Okey...Umi..." dengan panjangnye..
sambil berlalu tinggalkan Uminye yang tengah bertungkus-lumus melipat kain yang 4 tambun tu...
Tapi...
bila dah lama baru perasan...Senyap...je...mana budak-budak ni...seme?

Ambe Zahabu fi Qurfah Naumm mereka(pergi ke bilik tidur).nak tengok kot-kot sambung tidor ke?
Tapi tak dok pulok... mula rasa Musykil (masaalah)
pergi jengok kat belakang ...rupanye...betul mereka kat situ...dan

Nunnnnn kat sana...

(Dah..atas pokok)

Ambe apa lagi mulalah bising ...bukan takut jatuh tapi...takut guugr buah pelam tuan rumah ni...
Pasal panjat memanjat ni ambe tak hairan sangat kat mereka tu...
pasal mereka dah biasa dan macam maknye jugak dulu-dulu.

Macam kata Arif..."tak pe..umi, tak bahaya pun.."
Mereka tu nak buat pondok atas pokok pulak. Agaknye senang sikit kot..kalau kena marah merajuk pergi duk atas pokok je...






Tengoklah tu...aksi-aksi lasak mereka. Ada je..idea pelik mereka tu...






Dalam masa cuti sekolah ni..juga diadakan aktiviti menghafaz Al-Quran kat Baiti.
Ramai yang sempat hantar anak-anak mereka ke rumah ambe.sepanjang seminggu ni.

Dengan bantuan dari seorang ustaz (pelajar Universiti Madinah) anak-anak dilatih menghafaz surah-surah lazim dan surah-surah panjang.
Alhamdulillah segalanye selamat dan berjaya, dengan izinNya.

(Yg. Asswad tu anak-anak Ema, dan yang Ahmarr tu anak-anak ambe. Ramaikan)


Dalam cuti ni...juga, rumah kami dah bertambah ahlinya.
Anak-anak Ema dah pun selamat sampai untuk berjumpa keluarganye kat sini.
Seronoknye tengok bila mereka dapat jumpa semula dan main sama-sama.
Memang riuh rendah jadinye...apataknya main galah panjang dan baling selipar tu...malam pulak tu...
dah macam kat kampung pulak rasenye.
Tapi bila ingat nanti dia dah nak balik...itu yang sedih tu...





(Berkhemahlah sorang2)




Dalam...cuti ni juga, satu aktiviti yang tak jadi dibuat iaitu Kem Qiammullai tak dapat diteruskan aktivitinya memandagkan beberapa sebab keselamatan.
(InsyaAllah satu hari akan diadakan).
Anak-anak dah ready untuk berkhemah di halaman rumah...dan dah pasang khemah pun....tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.
Jadinya..mereka berkhemah je...sendiri-sendiri tanpa kawan-kawan lain.

Kongsi Hadith:-
Hadith 37
Abu Zar (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

"Wahai Abu Zar, Jikalau kamu pergi di suatu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah, maka itu lebih baik baginya daripada mengerjakan solat nafil seratus rakaat dan jilalau kamu mempelajari satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat atau tidak dapat beramal dengannya adalah lebih baik bagimu daripada mengerjakan seribu rakaat solat nafil."

WASSALAM

Wednesday, April 22, 2009

Mengingati Hari Kelahiran Abang..



Salam...lagi

Tanggal 20 April , merupakan tarikh kelahiran abang acap.
Kebetulan hari tu...ana ke satu majlis...jadi ana cuma sempat buat ni je......dulu

(Pulut kuning berlapis serunding, cicah rendang kak Nani)

Lepas lah tu...nak buat kek , maknye dok reti-reti lagi.
Okeylah, sebagai tanda moknye ingat tarikh dia beranok ke anoknye.







(Dah besor bapok dok abang acap)


(Si sulung dan si bongsu)






Cuma pada hari rabu ana sempat minta tolong dan tempah kek dengan Puan Fazimah (Imah hj. Ghaz). Kebetulan Acap suka makan chess cake, dan cik Imah adalah pakarnye....kenalah pada masanye pulak.Syukran Jazila...ya Mah...BaarokAllah


Hah ni dia kek nye...sedap? memang sedap...


Lepas Zauji bacakan doa selamat untuk majlis anok-beranok ni...kek tu pun selamat diselesaikan oleh pendekar2 Amirul ni....
Okeylah, pada ana beli kat Panda tu....tak kena citarasa budak2 rumah ni.Sebenarnye ana dah ikut belajar gok masa Mah ajar buat kek tu....tapi tak kompiden lagi nok buat.InsyaAllah lepas ni kot.









(berebut nak potong)






Okeylah...cuma tu dulu.Mungkin ini boleh jadi tatapan keluarga kat kampung sana.Acap tu cucu sulung mereka.

WASSALAM.

Walimatul urus....


(Salah satu bilik menempatkan makanan yg akan diedarkan untuk tetamu)


Salam....

Dalam masa sebulan ni ada macam-macam majlis dah ANA sempat hadir...
dari majlis walimatul urus (arabic),majlis wanita di Masjid dan majlis Arabic di dewan.
Tiga-tiga majlis tu...semuanye berbeza.

Majlis Walimatul Urus Arabic....
Mulanya....rasa berat hati nak pergi memandangkan malam tu ada Usrah..
Tapi...bila fikir2 dah 2- 3 kali dia pesan...aku putuskan pergi majlis tu lah
ANA pergi tu atas undangan Sodiki Ana ,yang dah berkenalan semasa Tarawih tahun lepas.
Hiya, dah jadi warganegara Saudi. dah kawin dgn org Arab.Dah lebih 20 tahun duk sini.
Mulanya tak diberitahu untuk majlis walimatul urus, dan sangka ANA jemputan untuk AlRoosyak(makan malam) je..
Bagdaa waktu isyak, Zauji (suami ku) pun hantar...ana wa jarri (rahimah lobo).
Malam jumaat tu...
pusing2 punya pusing...last2 jumpa gok rumohnye...
MasyaAllah...kabirrnya baitat(besarnye rumah dia).Depan masjid tu....

Kali pertama menjejakkan kaki ke rumahnye...rase macam nak balik semula ana..
Terkejut kancil ana..bila nampak mereka dressing tak cukup kain.
MasyaAllah....salah rumah ke ana ni...kami mula ragu
Tapi..bila disilakan dan jumpa sodiki tuan rumah sendiri, barulah sah ..
Majlis ni just for Muannas je.

Kami ambil tempat...dan sempat ambil beberapa gambar sebelum ramai jemputan datang.
Tapi tak boleh snap gambar mereka.....dilarang keras

(ternampak juga si semek arab tu...tengok dia pakai baju...mengalahkan Julia Robert gitu)

Sementara tunggu pengantin turun ke pelamin, anak2 remaja perempuan yang comel lote.. menyerikan majlis mereka dengan tarian.....tarian gelek. Lagaknye macam orang lepas perasaanlah gitu.
Kalau kat luar kena berhijab...masa nilah mereka mendedahkan sebahagian badan mereka.
Pakkal seme comel lote, kalau tak tak lalu nak tengok. Itulah pengalaman namanye.

Kul 12.30 barulah penantin turun...dan mereka melakukan acara lebih kurang macam kat m'sia jugalah.
Potong kek dan suap menyuap...
batalkan wuduk dengan memakaikan pengantin perempuan dgn brg2 kemas oleh pengantin lelaki
Dan...yg ni tak dibuat oleh org m'sia...(menari..mengikut alunan irama yang romantik)
mula-mula berdua kemudian dgn keluarga.

Makan? makan sedap2 belaka. kebetulan mereka keturunan Indonesia..jadi makanan tekak asia pun ada juga.
Ada sambal telur, serunding hati, nasi putih dan macam-macam ada.
Tetamu akan menyumbang jugak macam m'sia.





(tompang dok jap neh...)

(bersama akak)





InsyaAllah lepas ni...ana sekali lagi dijemput ke majlis repsepsi mereka di sebuah Hotel Balad(majlis terakhir sebelum pengantin perempuan dihantar ke rumah mertua). Majlis khas untuk wanita sahaja . Lelaki?...tunggu dalam kereta je....lah.
Nanti bila ana dah pergi ana cete neh.

Okeylah nanti ana cete pasal majlis yang lain tu...mata dah kelabu nak...Tidooooo


Wassalam

Dah Berbunga.....Dah Berbuah....

Dah mula kembang.....


Salam... Kaifa Haluk....Ya Sodiki

Ari ni ada masa lagi up date blog.....
Dah lama nak cete pasal si mawar aku ni.....
Semua benih ni aku bawa bersama dari M'sia.kiranya dah tanam lebih kurang usia kedatangan aku ke sini (9 bulanlah )
Pokok ni masih rendah sesangat...tapi....dah matang rupanye
Satu hari time aku nak ke kelas terperasan , macam ada putik yang keluar dari pokok ni....
bila dihampiri betul rupanya...mawarku dah nak berbunga...mengalahkan pokok mawar yang lain.
Seronoknye....rase, terubat rindu kat pokok mawar kat rumah.Inilah mawarku yang ku tanam dan diberi keizinan oleh-Nya untuk hidup dan berbunga.

(Dah...kembang betul dan wanginyeeee)


Ini pulak cerita pasal pokok mempelam kat belakang rumah, sekarang ni masih musim bunga lagi...dan pokok tu pun dah berbungalah dengan banyaknye....
sekarang dah..berbuah
Kami pun dah dapat makang colek buah pelam...dengan kicap m'sia bubuh belacan dan cili padi tu....


Tengok tu...sebahagian buahnye...melayut-layut gitu.


Dengan izin Allah tumbuh dan berbuah cili ni.Alhamdulillah

Sebenarnye pokok cili ni...dah macam merajuk dah...
kering tu... buahnya pandai ambik tapi tuannya liat nak siram...
tahap kepedasannye......huh...sampai meleleh air liur....


Bunga-bunga kurma yang sedang berputik

Yang ni pulak pokok kurma kat rumah kami...dua-dua dah berbunga dan berputik
kalau tahun lepas...dalam bulan puasa dah boleh petik dan makan.
tahun ni tak merasalah aku...pasal kami akan balik malaysia tak lama lagi
Nanti aku suruh Zauji aku aje bawak balik....boleh jamu kawan bila raya kat sana nanti..kan

Bila dok tengok pokopokok kat sini berbuah, teringat pokok buahan kat dusun ayah ambe kat ganu....
sekarang kata mek ambe tengah berbunga dan InsyaAllah bila kami balik nanti waktu gugur....dah
Kalau ada rezeki kami boleh makang buah duriang.....moktang........

Okeylah....WASSALAM