Wednesday, April 22, 2009

Walimatul urus....


(Salah satu bilik menempatkan makanan yg akan diedarkan untuk tetamu)


Salam....

Dalam masa sebulan ni ada macam-macam majlis dah ANA sempat hadir...
dari majlis walimatul urus (arabic),majlis wanita di Masjid dan majlis Arabic di dewan.
Tiga-tiga majlis tu...semuanye berbeza.

Majlis Walimatul Urus Arabic....
Mulanya....rasa berat hati nak pergi memandangkan malam tu ada Usrah..
Tapi...bila fikir2 dah 2- 3 kali dia pesan...aku putuskan pergi majlis tu lah
ANA pergi tu atas undangan Sodiki Ana ,yang dah berkenalan semasa Tarawih tahun lepas.
Hiya, dah jadi warganegara Saudi. dah kawin dgn org Arab.Dah lebih 20 tahun duk sini.
Mulanya tak diberitahu untuk majlis walimatul urus, dan sangka ANA jemputan untuk AlRoosyak(makan malam) je..
Bagdaa waktu isyak, Zauji (suami ku) pun hantar...ana wa jarri (rahimah lobo).
Malam jumaat tu...
pusing2 punya pusing...last2 jumpa gok rumohnye...
MasyaAllah...kabirrnya baitat(besarnye rumah dia).Depan masjid tu....

Kali pertama menjejakkan kaki ke rumahnye...rase macam nak balik semula ana..
Terkejut kancil ana..bila nampak mereka dressing tak cukup kain.
MasyaAllah....salah rumah ke ana ni...kami mula ragu
Tapi..bila disilakan dan jumpa sodiki tuan rumah sendiri, barulah sah ..
Majlis ni just for Muannas je.

Kami ambil tempat...dan sempat ambil beberapa gambar sebelum ramai jemputan datang.
Tapi tak boleh snap gambar mereka.....dilarang keras

(ternampak juga si semek arab tu...tengok dia pakai baju...mengalahkan Julia Robert gitu)

Sementara tunggu pengantin turun ke pelamin, anak2 remaja perempuan yang comel lote.. menyerikan majlis mereka dengan tarian.....tarian gelek. Lagaknye macam orang lepas perasaanlah gitu.
Kalau kat luar kena berhijab...masa nilah mereka mendedahkan sebahagian badan mereka.
Pakkal seme comel lote, kalau tak tak lalu nak tengok. Itulah pengalaman namanye.

Kul 12.30 barulah penantin turun...dan mereka melakukan acara lebih kurang macam kat m'sia jugalah.
Potong kek dan suap menyuap...
batalkan wuduk dengan memakaikan pengantin perempuan dgn brg2 kemas oleh pengantin lelaki
Dan...yg ni tak dibuat oleh org m'sia...(menari..mengikut alunan irama yang romantik)
mula-mula berdua kemudian dgn keluarga.

Makan? makan sedap2 belaka. kebetulan mereka keturunan Indonesia..jadi makanan tekak asia pun ada juga.
Ada sambal telur, serunding hati, nasi putih dan macam-macam ada.
Tetamu akan menyumbang jugak macam m'sia.





(tompang dok jap neh...)

(bersama akak)





InsyaAllah lepas ni...ana sekali lagi dijemput ke majlis repsepsi mereka di sebuah Hotel Balad(majlis terakhir sebelum pengantin perempuan dihantar ke rumah mertua). Majlis khas untuk wanita sahaja . Lelaki?...tunggu dalam kereta je....lah.
Nanti bila ana dah pergi ana cete neh.

Okeylah nanti ana cete pasal majlis yang lain tu...mata dah kelabu nak...Tidooooo


Wassalam

1 comment:

LYNN said...

Masha allah, Almalabis jamilatun....hee