Friday, September 26, 2008

Raya oh Raya

Kesian sungguh bila terkenangkan nasib diri,anak2 dan suami akan menyambut raya di rantau orang. Pada aku, tak beraya bersama keluarga dah selalu aku rasa....tapi bila beraya di rantau orang dan tanpa ibu bapa lain sungguh rasanya. Inilah kali pertama dalam hidup aku...beraya tanpa ibu bapa. Kalau tak ...beraya dengan keluarga sebelah aku atau sebelah suami menjadi kemestian. Tak pernah lagi kami anak-beranak beraya dan di pagi raya tanpa ibu bapa kami (atuk dan nenek mereka).Kerana biasanya sehari sebelum raya kami akan balik ke rumah neneknya (raya kat Johor) dan beberapa hari sebelum raya (raya kat trg.).
Anak-anak aku yang ramai tu akan turut memeriahkan suasana gitu. Apa tak nya...mereka akan geng dengan atuknya untuk main mercun yang dibeli atuknya atau pakciknya.Nanti kat dalam rumah mulalah makcik-makciknya menjerit-jerit kerana bingit dan ketakutan.Tapi tak boleh nak larang....dah itu yang nak dimainnya.Asalkan ada pengawasan aku pun tak bimbang sangat.Cuma tak kasi pasang sendiri je....Kalau setakat bunga api tu....dia orang tak hairan sangat.Nantilah insyaallah tahun depan atuknya beli mercun lagi banyak dan mainlah puas-puas.Kalau kat terengganu pulak..pun sama, tapi dengan pakcik-pakciknya pulak.Mereka akan berbalas-balas dengan geng yang sebelah sana...tu(kampung felda) lah katakan.meriah sungguh dengan pelita-pelita yang dibuat atuk-atuknya. Kalau kat terengganu atuknya buat pelita guna buluh yang dicari sendiri. Pertama kali tengok pelita tu....rasa pelik sungguh pada anak-anak aku tu...

Aku pun sebenarnya teringat masa kecil-kecil dulu, main mercun jugak...tu dengan abang2 .Lepas tu main-main sembunyi-sembunyi dengan kawan-kawan . Tempat kita sembunyi pulak tu kat atas pokok jambu dan pokok tin yang jadi mangsa. Bila dah kena marah dan dah larut malam baru masing-masing balik.Itulah kenangan.


Pasal...masakan..
Aku dah mula beli sikit-sikit untuk buat hidangan di pagi raya tu...(Ala-ala johor + ganu)
Ala....simple2 aje lagipun tak ada orng kat Yanbu pagi raya tu....ramai yang beraya kat mekah .cuma tinggal aku dan 2/3 famili aje kat sini.


Solat raya...
Suami aku cakap, kami rakyat jelata kat Yanbu ni akan bersolat kat PADANG. bukan kat masjid seperti kat sana.Padang tu .....ialah kawasan tanah lapang yang selapang-lapangnya.Jadi semua akan solat kat situ. Mula solat kul 6.30 pagi masih sejuk lagi...tu. Insyaallah kami akan ke sana...

Anak-anak....
Dah ada yang merungut nak balik raya kat M'sia.Bila meke tengok cik lobonya (jiran kami) balik mereka tanya "tiket masih ada lagi tak?".Aku cakap..."cuma tahun ni aje kita beraya kat sini, tak pe lah kita merasa raya tempat orang, tahun depan...dah raya kat M'sia dah..." Biar dia orang belajar tabah bila menghadapi sebarang dugaan.


Ucapan Raya....

Nak hantar kad raya , kat sini tak ada jual kad raya dan tak ada "Maktabul Barid" (pejabat Pos) pulak. Kat sini semua guna PO Box aje.Jadi masa nak datang dulu aku dah bawa sekali sekeping dua kad raya saja .........nak buat ada dan konon nak hantar tapi tak leh ah....


Kami sekeluarga guna kad ni dan ucapkan Selamat Hari Raya dengan Ucapan....




Simpulan kekeluargaan ini

akan sentiasa daku kenangi

Biarpun dimana beradanya diri

keluarga di sana tetap dihati




Diizinkan ilahi hendaknya kita

moga dapat bersua kembali

di tiba lebaran hari yang mulia

setelah lama kita terpisah




Sisipan salam di Hari Lebaran

Hari kebesaran dan kemuliaan

Janganlah lupa kami di perantauan

Sembah salam dan kemaafan kami hulurkan





UNTUK KELUARGA DI JOHOR




UNTUK KELUARGA DI TERENGGANU





Wednesday, September 24, 2008

Puasa , Kematian dan kedai

Bulan Puasa
Tiba bulan puasa ni.... teringat juga akan peristiwa aku kehilangan wan(nenek) pada puasa tahun lepas...masa tu...tengah UPSR pulak tu. tak dapat balik. suami pulak masih kat Titan Indon. Tapi Alhamdulillah lebih kurang sebulan sebelum tu aku dah balik dan dah jumpa dengannya.Waktu tu...dia masih sihat , cuma...mengadu kena makan banyak ubat dari doktor. Aku juga sempat sediakan dan bagi dia makan ubat. Itulah layanan terakhir aku buat nenek ku yang sorng tu je...
.
Kemudian... Syawal
pada bulan syawal pula aku kehilangan adik pula. Dah pergi salah sorang dari adik beradik kami.Al-fatihah untuknya juga aku sedekahkan. Semuanya ketentuan Allah kita entah bila...harap-harap dapat jumpa lagi ramadhan pada tahun depan. Hari ni pun dah hari yang ke 24 ramadhan cuma 6 hari lagi nak tinggalkan bulan yang mulia ni. Rasa sayu pulak...
Oh kedai...Ku....
aku terpaksa tinggalkan dan tutup terus engkau kat sana.Sayang sungguh kalau ingatkan masa nak tutup tu...sebab bukan senang nak buat persediaan nak buka kedai dan beroperasi tu....
Yang bestnya time-time gini nak raya....punyalah best berjual. Ramai betul orang kat KIP MART tu....kedai tutup kul 1.30 malam. Lepas balik terawih terus singgah kat kedai dan sambung jaga kedai pulak.Masa tu...kuasa beli orang kita amat tinggi.Kekadang tu benda yang tak laju pun masa tu jadi laju dan laris. Paling best lagi malam raya ........tapi itu cuma dan jadi kenangan dan sejarah berniaga aku.Azam ku , insyaalah ...suatu hari nanti akan aku buka semula perniagaan "ALIZA PANTAI TIMUR ENTERPRISE" tapi...kat mane?...Yanbu?...Tak mungkin...

Saturday, September 20, 2008

Mengimbau kenangan di pagi hari....

Pagi-pagi macamni bila duk sorang-sorang mulalah teringat.............kat kampung sana tu.

Teringat sangat kat keluarga sana (trg dan johor) macam nak terbang je.. balik.



Mek,Mak dan sepupu dan adik

Sehari dua ni, ayahnya asyik dok pasang lagu raya...je.(Aku yang suruh) .Bukan apa, saja nak buat suasana hari raya macam kat m'sia.



Anak-anak sedara dan atuknya


Hati ni nak dengar sangat lagu-lagu raya, sambil buat kerja rumah sambil dengar lagu raya best tu... tapi, dalam best tu, jatuh juga airmata ni... doh nok wak guane?....


Lagi kalau dengar lagu sudirman, balik kampung..lagi haru jadinya.




Bersama satu-satunya biras perempuan aku


Long, rindu nak dengar ketawa long tu.... tahun ni raya kita tak sama lah ye... rindu juga kat kuih kek lapis tu.. tahun ni banyak ke tempahan?.....




Hai....apa khabar kolam dan ikan-ikan aku tu... kalau tak pagi-pagi mesti ngadap meke dulu bagi makan..kat kolam tu.harap-harap masih hidup lah lagi. G, tolong jaga ikan kak tu.....




Antara perkara yang tak dapat dibuat oleh anak-anakku di sini......




Memancing ikan puyu kat paya sebelah perumahan kami.....dah kata orang kampung itu kampung jugak le...itu yang dia terjah tu...tak tahu takut dan kotor pun....tapi, itu akan jadi kenangan dia bila besar nanti. Kalau kita dulu mandi sungai atau paya, tak ada mak atau ayah bowak kamera ambil gambar...tapi...bawak rotan adalah...mulalah lari lintang pukang...... tapi itu jadi kenangan yang manis bila bercerita dengan kawan-kawan bila jumpa.
















Kat sini pulak ....asyik dengan video game je..le.NOK WAK GUANE....




Friday, September 19, 2008

Terima-kasih semua

Beberapa hari lepas, selamat dah sampai barang yang dipesan.Terima kasih pada mak mertua ina(mama bungas) kerana sudi bawakan barang2 tu.

Terima kasih juga pada adik beradik di sana kerana susah payah carikan barang-barang tu. Mungkin bagi kalian barang tu remeh...tapi amat berharga bagi kami kat sini.


Setengah barang ada kat sini tapi...harganya MasyaAllah, mahalnya.memang orangkata "padanlah dengan duit sini mahal" betul tu... tapi, rasanya selagi boleh cuba cara lain kita cubalah. Itupun kalau tak menyusahkan orang kat sana kot.. Tapi, ada juga barang yang ada kat sini tak kualiti macam m'sia tak boleh guna. Tapi, ada juga yang kita dah cuba dan biasakan dengan barang segera di sini supaya nanti boleh diterima tekak.


Bagi kalian kat m'sia, hargailah apa yang kalian ada dan dapat di sana. kerana bila dah tak ada barulah rasa betul-betul hargainya. Yang penting bagi kami cuma barang makanan je...macam kicap,belacan,sos cili,cili kering,tepung2 dan lain2 lagilah.Rempah-rempah pun kurang dan tak ada m'sia punya jenama.Kalau ada sesiapa yang nak buka bisnes supply barangan asia kat sini rasanya boleh kayalah. Satu lagi barang makanan frozen memang laku habis......


Ambe punya pasport "tidak boleh bekerja" kalau tak nak juga contact orang sana buat bisnes...

Nilah beberapa barang yang dah sampai tu....



Tepung beras,sirap cap ros dan daun-daun masakan.Hari tu beli juga tepung beras kat sini (baru jumpa) tapi baunya.....dah tengik...dan tak berapa sedap....tapi, nanti kalau dah tak ada tu belasah juga kot. Ari tu nak makan onde-onde buatlah guna tepung tu...



Inilah rupa cili padi thai yang boleh diselamatkan.Alhamdulillah....boleh guna juga. Agaknya kalau dah tak boleh guna buat benih aje....okey gak.Benih cili yang tabur ari tu... dah mula besar dan akan dipindahkan ke dalam bekas masing-masing untuk pembesaran seterusnya. Suka tengok pokok -pokok yang ditanam dah mula besar .....



Ni pulak pokok kesum yang dikirim tu...mulanya dah tumbuh akarnya....tapi tak nampak lagi progress nya. entah hidup ke maut tu.... tak pe nanti kirim lagi ...




Kabus di Yanbu

Salam...lagi,

Semalam, semasa anak-anak balik dari solat subuh, diaorang bagitahu ada asap tebal. Terperanjat juga aku. Ada kebakaran ke....? kami keluar semula kat laman... Yalah...macam asap.tapi...sejuk. Tak sangka pulak kabus...pasal tak pernak jumpa lagi .kalau waktu macam ni (6.00am) dah mula matahari nak curi-curi keluar dah.


Kami pergi jenguk kat luar.... sah, memang kabus dan anginnya sejuk je.kami boleh nampak kabus-kabus yang baru turun tu.... Tak caya? tengok gambar ni....



Gambar di ambil kat depan rumah








Kabus kami nampak





Semasa suami nak ke tempat kerja pun, rupanya tak nampak jalan pasal kabus tebal sangat. Agaknya dah dekat nak musim sejuk ni.

Oleh kerana aku sangka , cuaca dah tak panas, maka kami mulakan operasi mencuci laman rumah dengan cerianya.pagi-pagi main air .


Inilah pekerja-pekerja yang taat dan happyning tu.....

Main-main air dan cuci laman

Time tu jenguk pula pokok ubi yang dah tumbuh tu. teringat pulak kat bibik yang bekalkan batang ubi tu dulu.Teringat masakannya "bening pucuk ubi".thank's bibik.










Sukanya bibik (dalam kenangan)









Pokok ubi yang dah dipetik hasilnya




Ambil kesempatan pagi yang sejuk tu untuk tinjau-tinjau pokok-pokok yang dah lama tak ditanya khabar tu. Hah..ni pokok-pokok yang ada tu....



Pokok pisang (tak tahu namanya) dah berbuah dah...


Buah kurma yang tak termakan









Pokok tasbih macam kat johor


Setelah penat mencuci, kami pergi selongkar kat stor depan dan dapatlah beberapa hasil yang boleh dikira memuaskan jugalah.....Tiga beradik tu angkutlah bawak masuk rumah...dan hasilnya....

Ni dia...cuba teka apa bendanya tu? ....Tak tahu?.....





Okeylah Wassalam.....
























Puasa-puasa di Yanbu

Assalamualaikum...

Melalui amalan puasa di sini rasanya tak banyak perbezaan sangat dengan M'sia. Cuma dari segi makan minum dan suasana aje yang berbeza.Yang lebihnya amalan-amalan masyarakat kat sini dan keutamaan mereka pada bulan Ramadhan Al-karim. Mereka lebih mengutamakan bulan berkat ini dari beraya.(Sepatutnya seperti dalam ajaran islam).Sepengetahuan ambelah, Raya Aidilfitri tak berapa perlu disambut sangat macam kita buat tu (Sampai sebulan) yang perlu diraikan sangat ialah raya Aidiladha. Sebab tu lah kalau kat pantai timur raya haji (Aidiladha) yang meriahnya. seperti juga nanti di sini.Guane tu....nak kena ubah juga budaya tu.

Masyarakat sini, memeriahkan bulan puasa dengan bertarawih dan amalam sunat malam.Sebab itulah surau-surau atau masjid menyediakan ruangan solat khas untuk jemaah wanita pada bulan puasa ni. Selain tu, solat isyak dianjakkan lebih lewat dari waktunya.(mungkin untuk memudahkan kaum wanita nak ke surau kot).Kalau tempat kita,kelam-kabut sikit bagi kaum wanita nak ke surau masa terhad.... kat sini kami siap boleh kemas dan relex2 dulu sementara tunggu dipanggil ke surau. Bestkan....

Kat sini juga tak ada langsung (yang saya jumpa) kertas-kertas pasal Aidilfitri. Kalau kat shooping complek tu yang ada semua Ramadhan Al-Karem je.
Kad Raya???... lagi haru, sekeping pun tak jumpa..jadi kami hantar kad raya pakai e-mail je le....

Pasar Ramadhan, mereka pun ada juga cuma tak semeriah tempat kita.Kuih-kuih dijual dengan timbangan kilo. Contoh kuih samosa dan popia yang suami beli tu harganya sekilo SR24.00. lebih mahal dari kuih raya kita lagi dah... tapi nak makan beli juga le...sikit.

Cete pasal kuih, makcik jiran kami ada kasi kuih untuk kami berbuka.
Rasanya manis dan sedapppppppppp.....rupanya macam jemput-jemput lembut dan manis. Nak tanya makcik tu cara buatnya macamana? tapi...tak tahu nak cakap.last-last tanya bibik yang kerja rumah arab tu.Hah meke guna tepung segera dalam kotak yang telah dikhaskan. Nanti nak cuba buat. Kalau nak rasa, nanti kami balik m'sia datang rumah dan kami buatkan.

Nak balas kuih-kuih yang sering dihantar tu kami buatlah kuih yang manis-manis juga..hah, ni...kuihnya kuih keria je...itu pasal kat sini banyak keledek dan murah pulak tu.



HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ARIF

Nak cete pasal arif...ni. (Hari ni genap umurnya 6 tahun...)

Tahun ni dia sambut ulangtahunnya dalam bulan puasa.Sepanjang puasa ni dia pun ada puasa jugak cuma ...tak penuhlah..(susah bangun sahur) - pasal tidur kul 1-2 pagi. Nak bangun sahur pukul 3.30 pagi dah mengantuk. Jadi tak puase. Lagi satu dia kata, nanti makanan yang tak habis sahur tu, kalau tak ada orang yang makan nanti sayang basi...jadi sebab tulah arif kena makan.(itu salah satu alasannya).

Okeylah...

Berbalik pada hari jadinya...Dari petang lagi dia asyik tengok video hari jadi atuknya dalam kamera tu...masa tu macam-macam makanan ada. Sate terutamanya.Apa lagi dia.. Emmm sedapnya... sambil tersenyum sorang-sorang.Dari bangun tidur lagi dia tanya bila nak beli kek arif?
cakp nanti malam lepas terawih baru kita pergi beli... tapi.. dia suruh cuti je terawih pergi beli lepas maghrib je.(Kedai dibuka semula lepas terawih)...

Lepas balik terawih kami terus ke Hyper Panda dan belikan kek dia dan hadiahnya... sukalah tu.Lepas ni disuruh buat kat m'sia pulak.Boleh gitu.....

Untuk atuk,nenek,akid,syabil dan seme keluarga ini dia gambar-gambar arif....












Okeylah dulu untuk sat ni...

Monday, September 15, 2008

Kenangan-kenangan............

Salam,

Sepanjang berada di bumi Arab ni, Alhamdulillah, kami dah sampai ke Mekkah pada 14 Ogos yg. lepas. Kami ke sana secara konvoi beberapa buah kereta.

Perasaan pertaman kali dapat tengok KAABAH. tu susah nak cete. siapa yang pernah alami peristiwa tu dia sendiri tahu.


Ya Allah.....Aku dah sampai pada mu
Ya Allah.....Syukur...
Ya Allah.....seronoknya...
dan hanya air mata yang mengungkap segala-galanya.

Bila di depan KAABAH...
.


Terharu...gembira.....dan sedih....Tak terluah dek kata-kata. cuma aku panjatkan doa untuk ibubapaku,adik-beradikku,kawan-kawanku dan juga bibik kat sana supaya dapat datang juga ke sini.


Aku juga bersyukur kerana angan-angan (3 tahun dulu) aku dulu untuk membawa semua anak-anakku ke sini telah diperkenankan oelah Nya.Jika dulu aku asyik berpesan pada kekawan yang datang umrah supaya menyebut dan mendoakan untuk aku datang ke sini, dan kini aku dah sampai dan aku doakan pula untuk mereka.

Alhamdulillah segala dipermudahkanNya. kami selesai umrah pada kul 3.00 pagi.Esok kami sambung lagi untuk tawaf dan solat sahaja. Mula tu timbul juga kemuskilan tentang TAWAF WIDA (Tawaf Selamat Tinggal) tu... perlu dilakukan atau tidak oleh kami????? Tapi kata beberapa pihak tak perlu kerana alasan, kami bermastautin di bumi Arab.Aku akan rujuk juga....nanti saja untuk puaskan hatini. onblur="try
Lepas tu kami ke Taif pulak.Bermalam kat sana dan esok ke Yanbu semula.

....

Di depan Kaabah Kita



Anak-anak minum air Zam-zam


SOLAT TERAWIH DAH MALAM KE 15 ....


Malam tadi aku sambung semula terawih kat surau,setelah terbrek satu malam semalam. (Pasal mengantuk sungguh). Itu biasalah dah malam-malam nak akhir ni...mulalah dia buat hal tu. (Dugaankan).Apapun harap-harap dapat penuhkan terawih berjemaah kat surau tu.

Harini dah dapat dah barang -barang yang dikirim oleh sedara kat m'sia tu. Alhamdulillah dan terima kasih semua. Terima kasih pada mak mertua Ina yang tolong bawakan tu. sukanya dapat stok-stok makanan tu.Yang penting benih daun kesum dah boleh ditanam... Yahoo...InsyaAllah hidup tu.


Okeylah nanti sambung lagi...lah


Wassalam,

Thursday, September 11, 2008

Cuaca kat Yanbu





Dimulakan dengan.......Bismillah,

Hari ni, terperasan pulak kenapa...tak panas macam biasa. Buka pintu, hah...dah sah MENDUNG. (tak percaya?). Mula tu memang tak percaya jugak, tapi bila diamati betul-betul ,sah ada banyak awan dan awan mendung lagi tu....

Waktu tu dan pukul 10.00 pagi. Kalau kebiasaannya, waktu gitu dah panas terik.Tak boleh buka pintu pun. Tapi tengoklah beberapa gambar ni. bukan apa rase pelik dengan kejadian Allah. Bukan senang nak tengok awan kat langit tu. border=

Tengok gambar-gambar ni..Lihat perbezaannya...












Dengar-dengar kata (dari bukan ahli kajicuaca) Yanbu sekarang sedang dalam peralihan nak ke Musim sejuk lak.Mungkin akhir bulan sept.atau awal oktober ni.Patutlah rasa sejuk semacam je.

Hari ni kami berbuka bersama Mas (Permata hati Ku), pasal suami kami ke Jeddah. So, Mas datang sini dan tunggu sini je. Kami sempat buat karipap, nasi goreng belacan,mee hoon goreng, kari ayam dan sayur-sayur. Tak lupa jiran kasi lagi karipap vesi arab (sedap). kira meriah jugalah makanan kami petang tu. Lepas tu aku dengan Mas ke surau untuk terawih.Malam ni sempat juga aku bertanya nama jirin aku yang karim tu.Namanya Subhananayyah. Aku cuma panggil sodiki aje lagi senang.

Lebih kurang kul 3.15 pagi mereka sampai dari Jeddah terus sahur sebelum balik rumah masing-masing.Alhamdulillah....


Malam ni rupanya dah tukar imam. Tak dengar lagi imam yang best tu..
Mungkin sebab dah masuk malam ke 11 kot.Imam dah ditukar-tukar. Tapi boleh ikut lagi.

Monday, September 8, 2008

Minggu-minggu kat Yanbu

Salam seme lagi...
Beberapa minggu dok kat sini kekadang tu rasa boring gak. pasal tak ada komputer lagi. Nak hilangkan boring, tiap petang bila bos balik kerja dia bawak pusing-pusing bandar yg.tak berapa mcm bandar ni.
Dari segi landskapnya memang cun jugak. banyak popok ditanam. yang aku suka jalan yg ditanam dengan pokok kelapa tu....bila malam cantik sungguh disinari lampu-lampu.
Kat sini macam bandar diraja lah,gitu agaknya. memang dijaga kebersihan dan pokoknya. Nasiblah kawasan macamni tak rasa bosan sangat.
Tapi kalau kat bandarnya, MasyaAllah. rasanya kat m'sia tak adalah kawasan macam tu. Hatta kat pekan-pekan pun rasanya cantik gak.
Rakyat M'sia bagus..lah.

Kerja kami pergi Hyper Panda je. kalau kat Johor tu macam kat tescolah gitu. tapi adik pada tesco lagi. Kira okeylah juga pada tak ada langsung.Dari rumah cuma beberapa minit je.Kalau tak gi situ pergi Star Market lebih kurang 2 x 5 h.panda jelah. Kekadang kat situlah boleh jumpa barang-barang biasa kita makan. Macam sayur bendi(melambak-lambak) sampai anak bendi pun ada tau. Kacang panjang, terung (terlebih kale purplenya),labu air (labu sebesar pasu bunga pun ada), petola , timun batang (muda-muda belaka), cili padi thai (SR15.00) 1 peket besar. kalau kat KIP MART RM4.00 sepeket. kira lebih kuranglah harga.Sayur berdaun tak ada. Sawi ke Kangkung ke ??? tanamlah sendiri...... Kalau taugeh pulak kena buat sendiri. masuk kalini dah 3 kali buat taugeh. (Ilmu dari bibik - digunakan) alhamdulillah jadilah gak. cuma kurus-kurus je.

Untuk yg. bakal ke sini, bawak lah benih sawi,kangkung,bayam dan apa-apa sayur berdaun lagi tu. Boleh tanam dan makan sendiri. manalah tahu kot-kot ngidam. Rasanya nak pesan gak sedara kat m'sia tu carikan benih sayur-sayur dalam peket tu dan kirim atau poskan boleh aku tanam kat kebun aku tu. Kot-kot kalau banyak boleh jual gitu.....keh!keh!....

Kat sini aku nampak peluang perniagaan banyak sungguh. geram betul aku nak niaga. Tapi pasport dah dicop tak boleh bekerja. In nak bagitahu pakcik aku kat ganu tu, suruh dia supply barang-barang dari m'sia ke sini. Dulu dia dah nak supply air meneral kat Arab ni tapi dah ada orang masuk.Bab -bab ni dia terror.

CETE PASAL TERAWIH KAT SINI

Sekarang pun dah masuk puasa yg ke 8. Kali pertama terawih kat sini macam-macam cete ada. Alhamdulillah surau kat rumah, sediakan ruangan untuk jemaah wanita solat terawih.(Ari-ari biasa tak boleh). Surau kat sini ada di setiap tempat.banyak sungguh.Kalau kat sana surau jelatang,surau kempas,surau dedaru.....gitulah

First datang solat, alamak...tak de yang pakai putih, cuma aku dan anak pompuan aku je..yang bertudung putih .Bibik indon pun pakai hitam jugak. Mulanya terperanjat, tapi buat tak tahuje lee..Diaorang ada jugak pandang-pandang kat kami, tapi tak pelah.... itu bukan syarat nak solat kan. peduli apa aku.

Selesai solat isyak, tak ada doa macam tempat kita. Lebih kurang 5 minit, terus solat terawih. Bacaan imamnya, Fuhhh....filing habis, best betul. Lebih kurang macam suara dan lagu imam mekah tu lupa namanya.Panjangnya surah dia baca, tapi....masih surah Al-Bakarah boleh ikut lagi...

Kat sini buat 10 dan 1 witir je. Dan dalam witir ada baca doa qunut. Panjang....yang biasa kita baca tu sampai yg ke 9 je lepas tu dah versi arab.Itulah yang beza dengan tempat kita.

Tapi nak cete, jugak ni, semasa solat jemaah boleh siap belek dan pegang quran lagi.Kekadang tu siap baiki tudung dulu, lap peluh dulu dan macam-macam... Kalau mazhab kita, dah batal kot.Kekadang tu masa sujud pun diaorang boleh bentangkan kain dulu dan baru sujud. Tapi yang paling bestnya, makcik sebelah aku tu, masa nak naik rakaat kedua (Solat isyaak) sempat buka beg dan tengok message lagi, lepas tu simpan beg dan bangun rakaat kedua. Hah , boleh gitu...

Walau bagaimanapun, aku fikir... mungkin diaorang faham makna bacaan yang dibaca jadi khusuk mereka dengan cara itu. tapi bangsa kita dengan perbuatannya. Apa-apa pun hanya Allah saja yang tahu.

Kat sini juga dijaga supaya tak buat bising. Kanak-kanak tak boleh buat bising semasa solat berlangsung. Siapa yg. bising akan dihalau keluar. Bukan macam kat surau kita.. main mercun lagi tu...

Lepas solat witir tu, terus balik tak ada doa ke salam ke... macam tempat kita. Semasa nak masuk gate rumah ada makcik arab tegur (jiran kami) bila bagitahu dari m'sia, suka sangat dia entah kenapa. siap jemput pergi rumah lagi. Tapi lupa pulak nak tanya nama. InsyaAllah esok kot jumpa lagi.

Itulah serba sedikit pasal solat terawih hari ni.

Sunday, September 7, 2008

Ziarah pertama - Madinah

Assalamualaikum,

Kebetulan ada masa sikit ni, bolehlah sambung cete sikit, buat kekawang dan sedara-mara kat sini dan m'sia tu.

Dah mula cakp kat Bos, Cuti minggu ni kalau tak pergi jalan-jalan atau beli apa-apa tak pe, cuma tolong bawa gi Mekah atau Madinah je. MESTI... Rasa tak elok tangguh-tangguh kalau dah boleh pergi.Lagipun hati ni rasa dah tak tahan rindu kat 2 tempat yg. mulia tu.

Jadi, on Jumaat, pagi kul 7.00 kami bertolak ke Madinah.PAgi ni juga berlaku satu perkara bersejarah kat Johor (Adik iparku sedang dinikahkan diMasjid Masai) dengan iringan doa, moga diberkati dan dimudahkan segalanya.

Sepanjang perjalanan ke sana, biasalah kat Arab ni, cuma jumpa dan nampak bukit-bukit batu batan je le... bukan macam highway plus m'sia.Tapi, walaupun berbukit-batu tapi cantik sungguh.Teringat semasa belajar goegrafi dulu tentang BMB kat kawasan gurun. Semasa kami sampai kat Bdhr (tempat berlakunya peperangan badar - pada bulan puasa) kami jumpa bukit pasir. SubhanAllah.... Cantik Se..Sungguh...nok kabo v kat demo.
Tengok pasir tu halusnya macam tepung. macam bukit tepung pulak. geramnya....nak panjat.Kami tak singgah pasal mengejar masa supaya sampai sebelum solat jumaat kat Masjid Nabawi tu.


Itulah rupa bukit-bukit batu dan bukit pasir




Dalam perjalanan tu, baru aku dapat bayangkan apa yang aku baca tentang hijrah Rasullullah dan Saidina Abu Bakar. Rupanya begini
jalan-jalan yang dilalui oleh Nabi dan Sahabat setianya tu untuk selamatkan ISLAM kita ni. Rasanya tak akan terbuat oleh kita sekarang kalau disuruh atau diupah sekalipun. Rasanya tak ada manusia yang sanggup bergadai nyawa untuk meredah bukit-bukau yang panas dan kering-kontang tu. Panasnya... kalau letak telor rasanya boleh masaklah. Ho.... panas sungguh.Sepanjang 400km dari Mekah ke Madinah Nabi dan S.S.Bakar berjalan bersama unta nabi (lupa namanya)selama beberapa hari (lupa juga ).
MasyaAllah sungguh besar pengorbanan mu ya Rasullullah untuk aku dan semua.......lebih besar dari ibu bapa kami lagi rasanya.(sedihnya hatini tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata) cuma...."KESIHANNYA NABI AKU" itulah yang terpancul dalam hati ni. Jadi Syukurlah dan hargailah kita, dengan pengorbanan NABI kita tu.Patutlah sepanjang perjalanan Nabi dan S.A.Bakat tu, Sahabatnya asyik berlari-lari anak sekejap ke depan RA sekejap ke belakang RA, kerana takut musuh memanah Nabi,kerana baginya biarlah dia yang kena panah itu dari terkena Nabi. Betapa sayangnya S.ABakar pada RA.Ya Allah...

Aku guna kesempatan ini untuk bercerita serba sedikit pada anak-anak kat belakang yang dah mula rasa letih dan penat. (Padahal hanya duduk je tu...) Itulah budak-budak sekarang. macamana nak jadi macam 2 orang budak yang berebut nak pergi ikut nabi berperang tu.. (ingat lagitak cete dulu) Samurah bin Jundud dan Rafi bin Khudaij yang handal memanah dan bergusti tu. yang telah dibenarkan oleh nabi untuk ikut berperang dalam perang uhud tu...

Lebih kurang kul 11.00 pagi kami sampai juga.Kini aku dah nampak Bandar Yang Bercahaya tu.dimulakan dengan doa nampak bandar madinah kemudian doa masuk bandar madinah..... hati ni... Allahhuakkar... Aku dah sampai dan hampir pada mu kekasihku ya Rasulullah yang aku rindu-rindukan masa kat m'sia lagi.

Pemandangan dalam Masjid Nabawi

Pintu masuk nak ke dalam Masjid


Bertempiaran lari ketakutan burung-burung tu kena kejo dek 3 budak tu

Syukur..........Syukur........syukur......Ya Allah.............

Aku ambil segala kesempatan masa yang ada untuk beribadat kat dalam Masjid . Alhamdulillah aku mulakan semula bacaan quran aku di sini. setelah aku katamkan kat rumah beberapa ari lepas.Buat solat sunat dan mengaji .Wah . bestnya .....

Keluar cari makan jap lepas tu masuk semula untuk solat jumaat. Lepas solat jumaat kami keluar dan ronda-ronda kat complek kat situ.Ngap, abaya satu lepas.....jugak.

Kami masuk semula untuk solat asar jemaah dan balik.....semula ke Yanbu. Nak keluar dari bandar tu tersesat jugak, tapi mungkin tak kasi balik kot. Last jumpa jalan keluar dan terus ke Yanbu. sampai rumah kul 9.00 gitu.

Okeylah, Wassalam...........

Saturday, September 6, 2008

First day kat Yanbu.....

Salam seme,

Jumpa lagi.
Ini kira flashback cete ari pertama kat Yanbu (jgn salah sebut, jambu pulak).
Sesampai je...
Woo.... waduh.... itulah yg pertama dari mulut kami (kecuali ayahnya je). terperanjat dengan rumah arabnya.Bukan apa, jauh dari apa yang aku terbayangkan. Dibayangkan... rumahnya ada pokok satu dua je dan laman. Sedih aku sikit terubat bila tengok ada laman dan pokok-pokok yg besar dan banyak tu. Mulalah aku pasang angan2 nak berkebun. kalau ikutkan hati malam tu juga aku nak pegang cangkul dan pokok yg aku bawak tu.......

Kami makan dulu makanan yg. telah tersedia dibeli oleh Lobo. Jiran serumah kami (T.kasih). Itulah kali pertama kami bedal nasi mandi arab ni. Best jugak, mungkin perut tengah lapar kot. Alhamdulillah

Bebudak tu, tak terus tidur, tapi keluar masuk rumah kejenya. Saja.... buat siasan agaknya.

Ada pokok kurma yg sedang berbuah...

Esoknya,

Pukul 3.00pagi dah bangun, (Tak lena tidur) agaknya masa tu kat m'sia dah kul 8.00 pagi tu. patutlah aku dah bangun lagipun perut nak mintak sarapan.. boleh gitu?

Call lah kat keluarga m'sia, bagitahu perkembangan terbaru. Tunggu siang punyalah lama rasanya. Bukan apa aku nak mula berkebunlah..
Lepas aje Bos pergi kerja, aku apa lagi... keluarkan seme benih pokok dan tanam.....
Aku pun tak tahulah org. luar nampak tak aku buat kerja tengah2 panas tu.Agaknya kalau dia orang nampak dikatanya aku ni benggong agaknya orang ni, buat kerja tengah panas buta tu.(Tak ada sorang manusia arab pun aku dengar dan nampak lagi).Tak lama aku tengah berkebun, tak disangka-sangka, ada bunyi ayam berkokok pulak ...(terkejut aku sekejap) kat Johor ke Arab aku ni?. Dah rasa macam kat m'sia pulak. Yang bestnya lagi pokok2 kat laman kami disiram secara Automatik, so, tak payahlah aku gi angkut air dan siram.tepat jam 6.00 pagi dan 7.00 pagi 2 kawasan tu akan disiram air pancut.Lega.....


Inilah hasil kerja ari pertama (batas2 semai benih pokok)

Beberapa hari kemudian...

Kami berkesempatan berkunjung ke rumah "Mama Bungas" kebetulan Mas "permata hatiku" pun ada sama. Jumpa lagi kami.Nampak meke2 seronok dah tu......

Nak cete, Kat sini kalau nak beli barang2 kena plan awal2. pasal... kalau pergi kedai waktu nak azan solat, jawabnya duduk depan kedai je lah. Semua kedai ditutup waktu mula azan. BAgus sungguh budaya tu. Patutlah kat Kelantan pun ikut budaya berniaga macam tu. walaupun tak tutup kedai tapi, semua tinggal untuk solat bila azan.(kat pasar siti khadijah lah tu cete).

Okeylah, dah kena masuk office ni. nanti cete lagi pasal gi madinah. Tunggu..........

Friday, September 5, 2008

Bermula semula.......

Assalamualaikum,

Pada semua. Alhamdulillah, hari ni baru boleh up date blok setelah 2 bulan terbengkalai. Time sampai sini, kami tak ada line telephone lagi, cuma baru kemarin org. telekom dtg pasang. Lega rasa.... baru boleh kiok sikit dan boleh call lama2 kat m'sia tu.....

Okeylah, first.. buat kekawan kat sana, kami sekeluarga Alhamdulillah. masih dikurniakan dengan kesejahteraan olehNya. cuma ... kering dan panas kat luar tu yg tak boleh handle lagi.

Kat sini saya mula dari kami mula bertolaklah.... (ikut kronologikan)

Kami bertolak ke negara Singa tu pada kul 4 pagi dari rumah.Suasana pagi tu tak usah cetelah, sedih sungguh.... Selepas, Abah bacakan doa selamat kami bertolak dengan 2 kenderaan.
Subuh kat Singapore. Itulah kedatangan aku ke Sana setelah 17 tahun yg lepas.Bersih dan berdisiplin sungguh meke-meke seme. Kagum sungguh aku. tapi.... masyarakatnya sungguh mengejar masa ... waduh..Sambil di terangkan serba sedikit oleh Hafiz (yg bawak kami) baru aku faham sikit tentang masy. situ. Sampai kat Aiport changi, perut dah minta makan. Apalagi, aku bedal selamba aje kat situ nasi dagang mek bekalkan tu. peduli apa aku org tengok. aku anak beranak makan selamba je kat dalam airport tu. Yang malutu tak makan nasiblah.....
Posing dulu sebelum sambung travel


Three Boys belajar cara tolak troli beg kat airport

Lebih kerang kul 9.00 kami flight ke Colombo dengan SriLankan Airline. Selama 6 jam kami sampai kat Colombo. Lepas solat dan lepak2 kat surau, kami sambung lagi flight ke Jeddah lebih kurang kul 3.30 ptg (waktu dgn m'sia dah berubah. Perjalanan kami selesa dan Alhamdulillah segalanya mudah. barang2 aku tu pun seme lepas. Brg.seludup aku (brg2 tembaga hiasan aku tu, pokok2 , dan budu aku seme lepas).Sepanjang perjalanan kami makan tidur je. anak2 diberi permainan sorang satu.






Lebih kerang kul 6.00 petang kami selamat tiba di King Abdul Aziz Airport Jeddah. Rupanya gini airport jeddah. Lepas urusan check point dan scan beg2 seme kami pun keluar dan naik pulak van yg. dah sedia tunggu untuk ke Yanbu pulak. Perjalanan kami tu pulak 3 jam. Lepas leka2 tengok pemandangan kat sekitar Jeddah kami tertidur sedar2 dan gelap dah...... pukul 9.00 mlm kami sampai rumah.Panjat syukur pada Allah.

Okeylah esok sambung lagi cete neh..
Nak sambung buat keja bibik pulak ni. kalu dulu ada bibik, boleh duk depan ni je. sekarang kena rompak masa sikit. itupun bebudak seme tengah lelap lagi lepas subuh tadi. Ohya, ari ni ari ke 5 kot puase. dok kat sini lupa ari bulan dah. nok wak guane..okey insy. nanti petang cete pasal terawih kat sini lak. (macam-macam yang baru)

Wassalam.