Wednesday, December 31, 2008

Macam-macam Boleh Jadi

Salag...sokmo

Sepanjang duk di Yanbu ni...kedang-kadang tu..terfikir pulok, banyok bende yang dok pernoh buak mase kat m'sia tapi kene buak mase dok sini.
Macang-macang bende...dari berkebung, buak experimen masok dan dok bertenggek je...kat dalam rumoh macam puteri mandi.
Macang ambe dok sini..sedo dok sedo , buleh pulok jadi "petani moden"
Tengok kawasan rumoh ni banyok sangak tanoh dok wak gape-gape..., jadi ambe gune lah .
Ambe ada tanang pokok lade. pokok lade ni ambe tanam lebih kurang 2 bulang doh baru jadi gini ni..
Buah nye banyok sungguh. Setakat nok wak sambal kicap johor atau nok wak cicoh budu tu lepah sangaklah. Rase...pedah nenga....(pedas sungguh).

Ni pulok pokok ubi setelo (keledek) ada dua base ubi. se ubi wane putih dan se lagi wane purple.Tengok daung dia pung laing .Bile tanam sederi baru tahu rupenye daung ubi dok same bentuk.
Ubi kayu tanam gok, tapi dok berape sega sangat. Almaklumlah ambe dok jupe lagi baje pokok.
Tak pe tu projek akan datang.Ingat nok tanang bayok bile buleh isinye nok suruh kawang(Mar Balad) tu buatkan tapai ubi . Fuh....bestnye.
Oleh kerana duk sini dok leh nok gi mane2 sediri, make terpaksalah aku gunakan apa yang ada untuk jadi pasu.
"guni beras" pung jadi..., isikan tanoh dan tanamlah pokok apa-apa je..

Se lagi nok royak vi, duk sini ni kalu orang tu kulik dia putih, maka bertambah lah putih...
Tapi kalu kulik macang kulik aku ni...dok putih gok, macang tu jugoklah.
Doh nok wak guane, asyik dok kurung dalang rumoh.....je, Kalu tubik gi keda pung waktu malang je, itu pun kalu tok laki tu layang . Kalu dok jawabnye seminggu sekalilah je keluar pintu rumoh tu.
Mula tu...ambe lemas jugok, rase nok tepik pung ada. Kalu dok m'sia tu, sehari dok 3/4 kali gohek kete dok soh.Tapi sini....dok kurung macamg puteri mandi je. Nasib ada line internet ni , tahu gok pasal dunia luar.
Tapi...bile fikir2 balik, baik gok duk dumoh gini.Kalu gi tubik kemane2, nanti ada pulak maksiat mata tu...Lagilah kalu kat m'sia tu.... banyak pulak tertengok yang tak sepatutnye.

Okeylah...rasanye dah lama benar tak up datekan "kongsi Hadis"

Ibnu Mastud (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberikan satu "hasnah"(Rahmat) dan satu hasnah adalah bersamaan dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya.Aku tidak berkata bahawa alif , lam, mim, sebagai satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf"

Mu"az Johani (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda :

"Barang siapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari pengadilan, yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini, Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."

Hakim rahmatullah alaih telaj meriwayatkan daripada Baraidah (ra) tentang sabda Baginda Rasulullah (saw):

"Sesaorang yang menbaca Al-Quran dan beramal dengannya akan dipakaikan mahkota yang dianyam dengan nurdan, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua pakaian uang lebih berharga daripada seisi dunia ini.Mereka berkata: 'wahai Allah, mengapakan kami diberikan pakaian-pakaian ini?'
Jawapan yang diterima adalah : 'Kerana bacaan Al-Quran yang dilakukan oleh anak-nakamu'."

Dalam kitab Jama'ul Fawaid oleh Tabrani rahmatullah alaih bahawa Hadrat Anas (ra) telah meriwayatkan sebuah hadith dari Rasulullah (saw):-

"Barang siapa mengajar membaca Al-Quran kepada anaknya (tanpa menghafalkannya), maka segala dosa-dosanya yang lepas atau yang akan datang akan diampunkan. dan barang siapa menjadikan anaknya menghafal Al-Quran, dia akan dibangunkan pada hari pengadilan dengan cahaya seterang bulan purnama; dan anaknya akna disuruh membaca Al-Quran, dan dengan setiap ayat yang dibacakan oleh anak nya itu, taraf kedua ibu bapanya akan dinaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di dalam syurga sehinggalah bacaan Al-Qurannya itu selesai."

Saturday, December 27, 2008

Usrah .....


Mulakan dengan Salam.......

Alhamdulillah, hujung minggu lepas aku dan anak dara aku diberi kesempatan dan keizinan oleh Allah untuk menghadiri usrah buat pertama kalinya semase kami di sini. Usrah diadakan di rumah "Kakak Elah" panggilan tuan rumah tu. Usrah tu sebenarnye dianjurkan oleh orang -orang indonesia yang tinggal di Yanbu, dan terbuka buat semua.Walaupun dalam majlis tu...hanya kami berdua saja dari Malaysia, tapi...Alhamdulillah kemesraan dan ukhwah islamiah tetap terjalin.
Sebenarnye ..aku dah lama benar tak mengikuti usrah, terasa kehausan yang amat ketara.Kalau di Malaysia , tak jadi masaalah, bila-bila masa saje kita boleh mengikutinya.Tapi kat sini.....jika tak ada yang tolong menganjurkan...maka tak adalah jawabnye. Semoga keluarga penganjur diberkati oleh Allah.
Sebenarnye aku dah lama tahu pasal kelas ni tapi tak berkesempatan untuk mengikutinya. Lagipun usrah ni diberhentikan sementara semase musim haji yang lepas.

Alhamdulillah....dalam usrah kali ini, diceritakan tentang "DOA".
Di sini aku akan menyampaikan seberapa sedikit apa yang telah di samapikan oleh ustaz pade hari tu..., hanya bertujuan untuk berkongsi dengan kekawang yang tak dapat hadir pade hari tu... InsyaAllah.

Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah.Tidak kira waktunye. Kita hanyalah seorang hambanye yang miskin dan fakir..seharusnyelah kita perlu selalu meminta dari Allah, apa juga permintaan yang baik2 dan tidak melampau.

Doa itu juga satu ibadah dan sangat dituntut. Seharusnyelah kita berdoa kepadaNya dengan bersungguh-sungguh , penuh keikhlasan dan berterusan.
Doa kita akan dimakbulkan oleh Allah dengan cara cepat atau lambat bergantung kepada kehendak Allah. Tetapi ada juga doa kita yang tidak dimakbulkan kerana beberapa faktor .

Nabi Zakaria berdoa kepada Allah untuk mendapatkan zuriat. Setelah beberapa tahun berkahwin, Nabi Zakaria masih belum diberi seorang zuriat. Tetapi , Nabi Zakaria tetap dan terus berdoa dan berharap kepada Allah bukan sebulan.....atau setahun....tapi...bertahun-tahun lamanye...sehinggalah Nabi Zakaria sudah terlalu tua.Memohon supaya Allah memberikannye seorang anak agar dapat meyambung dakwahnya , Akhirnya Allah telah kabulkan permintaan Nabi Zakaria dan telah mendapat seorang putera.

Sebaik-baik doa adalah doa semasa "Wukuf Di Arafah". kerana masa itulah paling banyak doa yang akan diperkenankan oleh Allah.Jadi....hendaklah kita sentiasa menjadikan doa sebahagian dari ibadah kita.

WASSALAM...

Tuesday, December 16, 2008

Rintitan haji lagi


Bermalam di Muzdhalifah.....

Selepas kami mandi dan sewaktu dengannye....kami berjalan menuju ke Muzdhalifah untuk mabit di sana. Alhamdulillah khemah kami berhampiran dengan tempat bermabit.Setelah kami berjemaah solat maghrib dan isyak , Ustaz menyampaikan tazkirah ringkas untuk kami .Alhamdulillah.(ustaz tu masih mude lagi...dan belajar kat universiti Madinah...betuah betul------anok sapo tu?)






===============++++++++++++=============
Melontar di Jamratul Aqabah - 10 Zulhijjah

Pagi ni...pagi raya Aidiladha. Ramai jemaah keluar melontar pada waktu Dhuha(Manasik haji nabi).Tapi kami hanya ke Jamrah selepas solat zohur.Kami pergi secara berjemaah.Kami sampai ke tempat Jamrah setelah lebih kurang 40 minit berjalan dari khemah.Kami dapat melontar dalam keadaan yang cukup selesa(di tingkat kedua).Alhamdulillah
Kemudian...bertahlul...(dah dapat tahlul awal)..Alhamdulillah lagi.










Perjalanan menuju Jamrah Kubro dan Melontar










Setelah selesai kami pulang ke khemah...semula. Semasa dalam perjalanan sempat Hj. Ghazali membelikan kami 2 pek Al-Baik untuk bekal dalam perjalanan. Alhamdulillah...
Dalam perjalanan itu juga aku dan pasangan Hj. Sulaiman dan Mas telah dipertemukan dengan satu pasangan dan 2 orang wanita indonesia yang telah sesat jalan sejak dari pagi lagi.(Waktu tu dan pukul 4.00 petang).Mereka tersesat setelah pulang dari melontar bersama jemaah mereka.Kami hulurkan bekalan kami untuk mereka dan suami aku menghantar semula mereka ke khemah mereka.(Walau bagaimana pun, khemah mereka tak ditemui juga dan suami ku telah menyerahkan mereka kepada satu keluarga indonesia untuk di bawa ke kunter pertanyaan negara mereka) InsyaAllah mereka dah selamat.Lebih kurang kul 10.00 malam , baru suami aku sampai semula ke khemahnye.Alhamdulillah

==============+++++++++++=============

Melontar pada hari Tasyrik 11 dan 12 Zulhijjah

Esoknye...setelah solat subuh kami bertolak ke Mekah untuk Tawaf Ifadah. Kami menaiki "Van sapu". Sampai di Masjidil Haram orang dah ramai...kalau tengok macam lautan manusia.Walau bagaimanapun alhamdulillah lagi kerana rase mudah dan dan selesai.
Kemudian.....menaiki lagi "van sapu" untuk ke Jamrah untuk melontar. Setelah berjalan dan menyusur jalan yang tinggi...nye....kami pun sampai ke Jamrah untuk melontar di ketiga-tiga jamrah. (ula..wusto...aqabah). setelah selesai...baru perasan rupenye kami dah mendaki jalan hingga sampai ke tingkat 3.Waduh capek...nye hanya Allah saje yang tahu.Dalam perjalanan balik...aku dan suami terpaksa beberapa kali berhenti kerana kaki suami ku dah melecet. Itupun kami terpaksa sembunyi2 sikit untuk berhenti...kerana polis tak kasi berhenti .












Perjalanan pergi Perjalanan balik

Selesai wajib haji untuk hari ke 11 Zulhijjah.


============++++++++++++++================

Hari Terakhir di Mina,Melontar di ketiga Jamrah untuk 12 Zulhijjah dan Tawaf Wida

Setelah selesai solat subuh, kami terus beredar dari Mina."Selamat Tinggal Mina"


Kami menuju ke Jamrah dengan menaiki bas tambang. Waktu tu... pun dah ramai orang kat jamrah (nak buat nafal awal).
Tak berapa lama, kami pun selesai menyempurnakan segala rukun dan wajib haji kami.Alhamdulillah lagi.....

Dah selesai....

Setelah bersusah payah berebut menaiki bas untuk ke Mekah (terpaksa weh...) akhirnye sampai jugak ke Haram.Tunggu suami dulu kerana terpaksa berpisah bas.Dah...tu,sarapan dulu di D'Saji . Lepas tu...kami berpisah dengan tujuan masing-masing. Aku dan suami ambil keputusan terus saja buat tawaf Wida dan tunggu solat zohur dalam masjidil haram.
Setelah selesai solat zohur dan jamak asar , kami bergerak menuju ke bas yang akan bawa kami balik ke Yanbu.....

Kami sampai Yanbu lebih kurang ...... 8.00 malam.

ALHAMDULILLAH SEGALANYE SUDAH SELESAI.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan supaya aku dan suami dipermudahkan dan dapat melakukan dengan sempurnanye ibadat haji kami.Terutama:-
Kedua Ibubapa kami,adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan.

Monday, December 15, 2008

Cerita kat Mina

Allhamdulillah

Kami sampai kat Mina lebih kurang kul..7.30 atau 8.00 pagi gitu kot.(dok berape ingat ). Alhamdulillah...tak seperti yang aku bayangkan, keadaan dan kemudahan di Mina sungguh baik.Aku betul-betul tak sangka macam gitu keadaan di Mina. Sungguh selesa untuk tujuan ibadat haji.Dari segi Makan Minum semua cukup . Semuanye puas hati. Sepanjang hari tu...aku dan semua hanya di sekitar khemah sahaja, sementara menunggu untuk Wukuf di Arafah pade esoknye. Masing-masing dengan amalan dan ibadat masing-masing. seronok tengok suasana beribadat begitu apatah lagi bercampur dengan jemaah dari berbagai bangsa yang hanya satu tujuan.


WUKUF DI ARAFAH

Inilah hari yang paling penting...iaitu wukuf di Arafah. dikatakan juga pada hari inilah Allah turun ....dan berbangga kepada malaikat jibril.Pada hari inilah juga hari yang paling banyak Allah ampunkan dosa hambanye. Aku dan rombongan bertolak ke Arafah setelah solat subuh. MasyaAllah....keadaan dan suasana manusia yang menuju ke Arafah......sungguh ramai....dan macam-macam cara. Alhamdulillah aku diberi kemudahan kenderaan... jika dibandingkan dengan mereka yang ada terpaksa berjalan kaki berbondon-bondon dan berpuak-puak, dengan satu warna pakaian Ihram. Subhanallah....inilah gambaran persamaan kita manusia disisi Allah, Sama sahaja tak kira kaya/miskin,tua/muda,pangkat/tidak.Menuju Arafah dengan satu tujuan lagi....walaupun dengan cara yang berbeza. Ya Allah betapa ramainye hambamu yang telah datang menyahut panggilan mu...... (Siapa sangka,semase Allah menyuruh nabi Ibrahim menyeru manusia supaya datang menunaikan haji dulu yang tiada manusia pun pada masa tu...tapi, kini berjuta-juta manusia yang datang)Subhanallah.... Aku dan rombongan di tempatkan di kawasan khemah yang telah ditetapkan. Sekali lagi ku panjat Syukur padamu Allah kerana sekali lagi diberi kemudahan dan kesenangan sepanjang ibadat di sini. Alhamdulillah juga perut aku tak meragam cari tandas mase tu... Semasa di sini juga aku pun tak sangka, begini rupanye Arafah..... Jika dalam pembacaan aku, Arafah penuh dengan masaalah manusia, tapi ......segalanye Alhamdulillah. Kami dengar Kutbah Arafah dari Khemah aje...lepas tu....Solat Qhasar dan Jamak . Kini....tibalah waktu wukuf....waktu untuk memperbanyakkan ibadat dan zikir dan sebagainye. berterusan hinggalah ke waktu masuk waktu asar. Setelah pasti masuk waktu asar barulah aku ke luar khemah untuk berdoa dan segala-galanye sehingga terbenam matahari.(seperti nabi buat). Waktu ini ...hanya Allah saja tahu. Rasenye inilah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua jemaah haji .Segala kesempatan ini aku gunakan sebaik-baiknya. Puas....Alhamdulillah.
Tat kala hendak meninggalkan bumi Arafah sekali lagi hati ini direntap sayu untuk meninggalkannye apatah lagi waktu itu aku dan semua memerhati terbenamnye matahari hinggalah suasana kembali gelap.





Aku akan merinduai mu Arafah.Harap, aku akan diberi kesempatan lagi untuk wukuf dihari Arafah nanti.



Kami hanya mula boleh bertolak pukul 8.00 malam ke Musdhalifah. Susunan bas yang banyak tu...yang menyebabkan keadan jadi lambat. Sepanjang perjalanan menuju ke muzdhalifah...sekali lagi aku menyaksikan pemandangan yang mengagumkan iaitu lautan manusia bermabit di musdhalifah.Subhanallah ...ramainye...semuanye putihhhhhhhhhhhhhhhhhh belakeeeeeeeeeee.(gambar tak dapat ambil pasal kepala poning...)
Kami balik kekhemah dulu (Khemak bersebelah sempadan muzdhalifah je) lepas mandi baru kami menuju (jalan kaki je) ke muzdhalifah untuk bermabit dan kutip batu untuk melontar esoknye.

Sambung lagi....(Bermabit di Muzdhalifah dan Melontar diJamratul Aqabah pada hari 10)zulhijjah)

Minggu Haji

Labbaikallah........ Hummalabbaik...
Labbaikala...Syarikalakalabbaik..
Innalhamda..Wannikmata...
Lakawalmuk..La...syarikalab


Itulah laungan yang aku laungkan dalam menyahut panggilan mu Ya Allah. Dengan hati yang penuh sayu dan syukur, aku bersama suami dan rombongan telah bertolak dari Yanbu pada penghulu hari iaitu Jumaat.









Tat kala berpisah sementara dengan anak. Aku tinggalkan mereka dengan doa semoga mereka dibawah jagaan dan naungan Allah.Harap...keadaan ini tidak akan menggangu ibadat aku di sana nanti.


Singgah di Juffah untuk
solat sunat ihram dan Niat Haji. Alhamdulillah aku dan suami dan kebanyakan buat Haji Ifrad.
Setelah berniat maka aku kini kena menjaga pantang-larang semasa ihram..Bertolak meneruskan perjalanan .....ke Mekah.(Ya Allah....kami pergi dengan satu tujuan dan sama2 bertarbiah).Tika itu juga aku panjatkan doa pada Ya Rabbi...moga aku diterima sebagai tetamunye yang teristimewa dan menerima segala ibadatku.
Sampai kat Mekah....kami terus buat Tawaf Qudum dan Saie Haji . Alhamdulillah...walaupun terpaksa berjalan lebih kurang 15 atau 20 minit kot, dari tempat berhenti bas ke Masjidil Haram....kami masih diberi kekuatan fizikal dan mental untuk melaksanakan Tawaf dan Saie . Selepas tu...kami menuju semula ke bas yang menunggu kami untuk ke Mina. (kalau dihitung ...rasa-rasenye lebih 10 km kami gunakan kaki ni ) - bila dalam bas semuanye....SENYAP ....TIDUR ....(waktu tu....jam 3.00 pagi) Alhamdulillah selesai....satu step.
Tika...ni juga kami mungkin diuji kesabaran olehNya. Bas yang kami naiki tu hanya bertolak pada 4.00 pagi . Sedangkan kami dah dalam bas dari pukul 3.00 pagi. Hanya Allah saja yang mengetahui.
Sekali lagi , rase teruji dengan kesesakan jalan raya . Hinggakan perjalanan kami dari Mekah ke Mina memakan mase lebih kurang 3 jam. Walaupun hanye beberapa km sahaja. Alhamdulillah aku dapat menggunakan ilmu solat yang aku pelajari sebelum tu....ketika dalam suasane darurat.
Kami tiba di Mina lebih kurang pukul 7.00 atau 8.00 pagi .

Sambung .............(semase di Mina)

Sunday, December 14, 2008

Cerita-ceritut

Assalamualaikum...

Baru ari ni aku buleh ngadap skrin komputer ni....
Rasenye lebih seminggu doh aku dok ketuk bende ni...Yele...sebelum tu sibuk dengang nok gi Aji, lepah tu...gi Aji, lepah tu...balik Aji, lepah tu...dok sega badang pulok...bak tu lah lame dok up date bende ke blog ni.

Ari ni ade mase sikit ni...dan badang pun macang sego sikit dang buleh doh wak keje...jadi aku pun nok layanglah kejap dengang blok ni.

Cete sebelum gi Aji...

Kebetulang mase sari due nok gi Aji tu... Kak tie
Temerloh tumpang dok rumoh ambe. Buleh gok dalang 3 ari. Beshnye....kak tie yang jadi tukang dapur.....(memang itu kegemarannye). Jadi buleh gok aku rehah-rehah sikit2 sambil2 bace buku pasal Aji.

Dalam kesempatang ni jugok aku dan kak tie dang agi terplan buak "Majlih Doa Selamak" sikit untuk aku dang tok laki aku sebelum kite gi Mekoh. Kalu kat Kampung tu...Mok Ayoh buak doh kak sejid, tapi kami kat sini wok gok lagi.

Kak Tie selaku ketua dapur...pun bertumgkus-lumuslah ....masokkk. Orang doh pakar masok , dia cume ambil mase kejap je....masok. Lagipung kami wak majlih "Anok-Beranok" je...dan jemput Hj. Fauzi selaku Kepala bacaan Yassin dan untuk Bacaan Doa Selamat. Alhamdulillah ...Dalam majlih tu ade gok 2/3 orang yang sedang dalam proses untuk jadi Hafiz dan Hafizah.

TERIME KASIH BAAAANYOK KE...

Kak Tie.....(selaku tukang masok)
Hj. Fauzi sekeluarge (selaku ketua Yassin dan Doa)
En Lobo sekeluarge (selaku "anok beranok")
Jiran terdekat (sudi datang dan bacakan Yassin bersame)


Esoknye...Tibelah mase dan saat kak tie nok balik Malaysia...pulok... dah jumpe dan mesre dan kini nok pisoh pulok....Kak Tie balik M'sia sehari sebelumg aku gi Mekoh (esoknye) . Itu lepah 3 bulang duk sini. Bayok cerite dan kenangan dan ilmu aku buleh dari dia dan berkongsi bersame. Kak Tie jangan lupe....rahsia kite tu......


Saat-saat berpisah (sementara je kot)










Kenangan Ber= K.Tie Bersame Ikhwan "Tabik"


En Lobo sekeluarge yang gi...anta mereke ke Jeddah. Itulah "anok beranok" namenye.
...

Sunday, November 23, 2008

Debaran demi debaran

Alhamdulillah....


Jumpa lagi kat ruangan ini. Tempat inilah juga dapat rasenye melegakan perasaan ini. Hari ni merupakan hari keberangkatan kawan ku (Maziah SKTR2) dari Johor ke Makah. Aku tak sempat nak berbual dengannye sebab dah terlambat call.Harap-harap kami dapat jumpa nanti kat mane2 aje bile buat haji ....
Cume aku dapat bercall dengan kaka Fazi tapi Alhamdulillah banyak info2 yang dah dititipkan buat bekalan aku nanti. Terimakasih Abang Mad dan Akak Fazi. Walaupun perbualan kita kekadang terganggu, tapi aku rase puas kerana dapat penerangan sedemikian.

Aku cuba juga untuk mencall beberape lagi kawan dari sana (Ustazah Somedah), yang aku memang hormati dan juga kak Faridah . Harap nanti aku akan mendapat penerangan lagi darinye.

Bila kekawang kat sane tahu aku nak buat haji tahun ni, mereka agak terkejut....tapi, tetap mendoakan aku. InsyaAllah aku akan buat mengikut apa yang dah aku faham.

Sekarang aku dalam proses nak buat ringkasan dan catitan doa2 yg mengikut kronologi hari. (Kak Fazi) yang pesan suruh buat macam tu. Aku akan tulis kat kepingan kecil manilakad dan senang nak bawa .
Pasal doa Tawaf insyaAllah aku dah jumpa doa yang ringkas. dan aku akan susuli dengan doa sendiri.Alhamdulillah.

Satu yang aku nak tanye sesiape je yang bace blog ni, Pasal....bermalam di Muzdhalifah(Mabit fi Muzdhalifah).
- kite akan ke sane dari wukuf di Arafah.
-Pergi ke Muzdhalifah selepas asar
-Solat maghrib dan Isyak secara jamak takdim
- (Kalau ikut yang afdal selepas subuh baru bertolak keMina) - Tapi......
> Boleh tak kite ke Mina sebelum subuh? - Maksudnye solat subuh kat Mina je...
>Semase kat Muzdhalifah, maksud bermalam tu... kene tidur ke? atau hanye cukup dengan singgah saje?

(Kalau ade sesiape yang lebih berpengetahuan tentang perkara ini tolong jelaskan. TK)

Sekarang ni pun dah sibuk buat persiapan bekalan nak dibawa . Yang perlu2 aje. Buat persiapan awal2 takut ade bende penting yang tertinggal.Aku juga akan selalu buat latihan berjalan kaki kat taman... kerane katanya mungkin perlu kite berjalan juga dari satu tempat ke satu tempat yang tak kurang juga jauh. Jadi perlulah stamina untuk kaki belajar tak jadi manje kalau kena jalan jauh. HArap2 kaki aku akan spoting walaupun aku ade masaalah sakit kaki .


Beberpa perkara nak kongsi...
Semase ambil wuduk..

1) Semase basuh tangan kanan :
berdoa : "Ya Allah gerakkanlah tangan ku ini untuk mengambil rekod ku di padang mahsyar nanti / melakukan perkara yang makruf didunia ni.

2) SEmase basuh tangan kiri :
Berdoa : "Ya Allah jauhkanlah tangan ku ini mengambil rekod ku di padang mahsyar nanti / dan melakukan kejahatan di dunia ini.

3)berkumur-kumur
berdoa : "Ya Allah biarlah aku ini sentiase berzikir dan bertahmid kepada mu"

4)Basuh muka
berdoa : " Ya Allah sinarilah wajah ku nanti di padang mahsyar

5) Basuh tangan hingga ke siku kanan dan kiri (same macam basuh tangan )

6) Menyapu kepala
berdoa : "Ya Allah. lindungilah aku di padang mahsyar dan di dunia)

7) menyapu telinga
berdoa : "Ya Allah, dengarlah dan sukakanlah aku mendengar perkara yang makruf dan bencikanlah dan jauhkanlah aku mendengar perkara yang mungkar)

8) Basuh kaki kanan
berdoa : "Ya Allah gerakkanlah kaki ku menuju ke pintu syurga / menuju ke tempat yang makruf di dunia dan/ tetapkanlah kaki ku di titian sirotolmustakim hingga ke syurga.

9)Basuh kaki kiri
berdoa :"Ya Allah jauhkanlah kaki ku menuju kepintu neraka / menuju ketempat maksiat di dunia / dan tetapkanlah kakiku di titian sirotolmustaqim hingga ke syurga.

Amalan tu aku amalkan , dari tingkatan 5 semase di Sekolah Agama Mahmudiah , Kuala Berang Terangganu. Yang bagi doa tu ialah cikgu Norlizam guru bahasa melayu mase tu...

InsyaAllah mereka (guru-guru ku ) juga akan termasuk dalam senarai doa aku nanti di Arafah.


Okeylah.....Wassalam.



Saturday, November 15, 2008

Suatu Hari...

Salam semua....

Ini adalah kisah yang dah berlaku pada aku hingga kesannya sekarang . Sedang aku asyik dengan kerja-kerja dunia kat rumah ni... tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan dari seorang sahabat aku yang juga dipanggil Allah untuk menjadi tetamunya nanti.

Ring....Ring....Ring......

Selepas beberapa perbualan kami, aku disuruh supaya mengikuti suatu rancangan TV 3 . secara on line. Sebelum ni aku ada dengar tentang tu... tapi kenapa aku tak buka -buka lagi . Entahlah...

Tapi kali ni hati ini macam tak sabar-sabar nak tengok rancangan tu.... Setelah dah selesaikan apa yang perlu., dan dengan suasana yang tak ada gangguan...dari anak-anak aku buka dan saksikan rancangan tu..... (Al-Kuliyah 31 Oct).Rasanye dah ramai kawan yang dah dengar rancangan ni.

Ya Allah ...
Betul-betul tersentuh hati ini bila saja menyaksikan rancangan tu....
Titisan demi titisan air mata ini gugur...rupanya aku tak seorang yang mengalami perasaan begitu..., cuma aku tak tahu nak ucapkan bagaimana.... Rasanya samalah perasaan aku dengan penceramah tu.... Tapi Alhamdulillah dengan itu aku mula mendapat kekuatan dan keyakinan. . Alhamdulillah itu menjadi motivasi bagi aku.Terima kasih sahabat ku....


Betullah seperti yang dibuat dan dikatakan itu, Apabila kita bermunajat dengan Allah hati kita jadi tenang setenang tenangnya. Aku juga rasa (perasan) Allah dah dengar luahan aku .Cuma rasa takut tu....sikit2 aje.Terima kasih juga kawan-kawan atas motivasi yang diberikan tu...Sekarang aku cuma perlu banyakkan amalan dan tampal kesalahan aku tu.... Aku tahu ALLAH maha pengasih dan penyayang lebih dari segala-galanya. Aku rasa Allah masih sayang kan aku walaupun aku dah banyak lalai dan buat banyak dosa pada Nya.Moga aku diampunkan sebelum aku menjadi tetamunya.
Aku harap aku akan menjadi tetamu Nya yang paling istimewa nanti walaupun bekalan aku tak banyak seperti orang lain.
Sekarang Air mata menjadi terlalu murah . Tapi...biarlah ia jatuh , supaya menjadi peringatan aku pada Allah sentiasa setiap saat dan jika itu akan mendalamkan lagi ketakwaan aku padaNya.
Aku dah terima hakikatnya....mungkin inilah bahagian aku . Membuat keputusan menyahut panggilannya dalam masa yang singkat. tidak seperti kebanyakan orang . Mungkin itu Qada aku ALHAMDULILLAH. Walaupun sebelum ni cita-cita aku nak banyakkan dulu ilmu dan amalan kebaikan sebelum menjadi tetamunya.

Aku ni bila ada kekalutan tak pandai nak cerita kat orang Hatta kat suami, tapi hanya DIA lah tempat aku mengadu selama ni. Kerana hanya dia yang benar-benar faham perasaan aku samaada yang tersirat atau yang tersurat. Benarlah Cinta pada NYA adalah CINTA yang AGONG.Tapi....bestnya kalau ada kawan-kawan terdekat seperti dulu....(Kak Fazi/Kak Faridah / Kak somedah / Maziah /Zah Khairul)dan banyak lagi) yang dapat berkongsi perasaan ini.Buat, kak Faridah....tak sangka rupanya za akan menjadi tetamunya dulu dari akak. Maziah, tak sangka kita akn menjadi tetamunya pada tahun yang sama. Kak Fazi....doakan za kat sini ......

Kongsi Hadith 4:-

Aisyah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) pernah bersabda:
"Sesaorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada dikalangan para malaikat yang mana mereka itu adalah pencatit-pencatit mulia dan lurus, dan sesaorang yang tidak lancar di dalam membaca Al-Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya , akan mendapat ganjaran dua kali ganda"

"Sesaorang yang ahli dalam Al-Quran"
Sesaorang yang cekap menghafal dan mambacanya. Lebih terpuji jika menguasai maknaya.

"Akan berada di kalangan malaikat-malaikat"
Seumpama malaikat-malaikat yang memindahkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz (kitab yang dipelihara dis isi Allah)
Dia memindahkan bacaannya kepada orang lain, dengan itu kedua-duanya mempunyai pekerjaan yang sama.

WASSALAM......

Tuesday, November 11, 2008

Beberapa Perkara

Salam...



Perhatian..


(Kepada kekawang yang ada buat komen dalam etikal sebelum ni... harap maaf pasal kak za dok leh nok jawab balik. Sebab kak za pun tak tahu kenapa bahagian tu buat hal pulok. Kak za dok reti nok baiki guane bahagian comment tu. Kalau ada sesiapa yang tahu tolong ajar neh)


Jiran Baru...


Hari ni , Alhamdulillah aku dapat jiran baru. Namanye..."Mah" aje aku panggil (Bab name ni aku lost sikit susuh nok ingat). Mereka anak beranak baru sampai dari Johor. Kat sana mereka pun jiran aku..gak (tukarlah cakap "ANA" pulok).


Insyaallah esok kami nak buat projek menanam sayur lagi. Mah ada bawak benih pokok kari. Nampaknya lepas ni bolehlah kami jual daun kari ...pulak.




Sambungan Hadith 3.


Uqbah Ibnu Amir (ra) telah berkata bahawa :-


"Rasulullah (saw) telah datang kepada kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya sama ada salah seorang diantara kami suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa perlu melakukan satu dosa pun atau memutuskan tali silaturrahim. Kami menjawab bahawa setiap orang antara kami suka untuk mengerjakannya. Rasulullah (saw) kemudian bersabda bahawa pergi ke masjid dan membaca dua potong ayat dari Al-Quran adalah lebih baik dari dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih berharga daripada tiga ekor unta betina, dan begitulah juga membaca empat potong ayat adalah lebih baik daripada empat ekor unta betina dan juga jumlah yang sama daripada unta-unta"


Suffah :

adalah nama bagi sebuah lantai yang ditinggikan dalam masjid nabi (saw) di madinah dan pernah didiami oleh orang Islam muhajirin yg. miskin,. Mereka dikenali dengan nama Ashab As-Suffah.


Buthan dan Aqiq :

Dua buah pasartempat unta-unta berhampiran dengan kota Madinah. Unta betina yang ada bonggol besar - itu yg paling disukai oleh orang arab


Tanpa melakukan dosa besar :

Sesuatu itu boleh didapati tanpa tenaga sama ada melalui pemerasan , pewarisan yang salah ,atau pencurian.


Rasulullah meletakkan syarat ini semua.Dapat sesuatu dan tak perlu melakukan dosa , memang menjadi kehendak manusia. TETAPI.... yang lebih bernilai adalah mempelajari beberapa potong ayat Al-Quran.


MAKSUDNYA... Biarlah seberapa banyak pun harta yang kita ada atau kekuasaan yang kita ada , lambat laung pasti kita akan mati juga.Tetapi ganjaran bagi satu ayat akan kekal selama-lamanya.

Wassalam




Monday, November 10, 2008

Panggilan Haji

Salam....

Sekarang dah masuk ke bulan haji. Ramai juga warga m'sia kat Yanbu ni tunaikan ibadat haji tahun ni, termasuk suami aku jugok. Aku...? kalau ikutkan perancangan awal aku nok gi tahun depan...pasallllllllll (tak payah nok cereta kat sinilah ) tapi.....bila bos kata pergi je tahun ni, aku pun macam akurlah jugok.
Walaupun dalam keadaan yang serba kelam-kabut, serba kekurangan ilmunya , aku jadi terlalu takuttttttttttttt sangat dan sedih pun ade.(Ini haji pertama nak dilaksanakan) mesti terbaik dari yang terbaik. Ya Allah hanya Allah saja yang tahu perasaan aku. Sosoh nok cete kat orang (Terlalu spiritual sangat).
Tapi....aku hanya berusaha keras dan sentiasa bertawakkal pada Allah yang Penyayang. InsyaAllah jika aku tetap juga ditakdirkan olehNya untuk melaksanakan haji tahun ni , maka akan pergilah aku...dan akan melaksanakannya dengan yakin.
Sekarang ...aku harap, siapa saje yang ade pengetahuan dan pengalaman haji , jomlah kongsi dengan aku. Moga-moga ....dapat aku jadikan panduan untuk menambahkan lagi bekalan aku kesana.
Kalau orang tanya kenapa aku takutttt sangat.......,
bukannya aku takut orang ramai...,
bukannya takut cuaca,
bukannya takut tinggalkan anak-anak aku
atau takutkan kesusahan kat sane.... tapi aku takut haji pertama aku dalam keputusan yang singkat ini , tak dapat aku buat dengan sempurna kerana kekurangan bekalan. (sama ada bekalan sebelum atau semasa haji nanti ) .Aku takut haji yang wajib pada aku ni , tak diterima Allah. Ya Allah.... Tolonglah aku.....
Ya Allah aku akan pergi dengan amalan yang masih kurang dan tersangat kuranggggggggggg.
Ya Allah berilah Rahmat mu pada aku nanti
Ya Allah tenangkanlah hati aku
Ya Allah Sempurnakanlah segala ibadat ku nanti.
Sekarang mungkin dah tiba masanya aku akan merialisasikan apa yang aku belajar dulu. Walaupun banyak yang dah lupa tapi....insyaallah aku akan polish semula secepat mungkin.
Pada semua doakanlah supaya aku dapat menjalankan ibadat di sana nanti dengan lancar dan tenang.Mungkin doa kamu lebih baik dari doa aku sendiri....

Saturday, November 8, 2008

Ziarah Ke Madinah

Alhamdulillah...
Aku , suami dan seorang anak aku telah gi ke Madinoh pulok minggu ni. Lama doh kami dok gi Madinoh ni. Lebih kurang 2 bulang doh. start bulan pose sampai raye dok gi lagi ni baru gi pulok.
Tolok kul...7.00 pagi dengan keluarga kawang aku ....dan sapa kul 10.00 gitu. Bereti kat sejid Quba dulu. Turun-turun dari kete.. Ya Allah...SEJUKNYA............ Anging sejuk sungguh. macag kat Cameron Highland gitu. Nok ambik wuduk tu.....sekali hal lagi , k e ta g e g a. Aku ni memang pantang sikik dengang sejuk ni, biar panah dok ape sikit. tapi kalu sejuk ni kaloh ambe.....
Itulah kebesaran Allah . Bila Dia nok wak panah jadi panah....dan nok wak sejuk jadi sejok...SUBHANALLAH....
Sebenarne itu kali pertama aku sapa sejid Quba tu. ALhamadulillah sempat buak solat yang sewaktu dengannya.Kebetulan kat kaki lime sejid tu ramai pulok mokcik-pokcik ju'al barang2. Dang agi aku beli kain selepang ke anok2 aku bab sejuk lajok....muruh je....SR10 je. okeylah tu. Kat pasor malang m'sia tak dok jual bende tu... ke guane?

Rasenye seme doh tahu sejarah sejid Quba tu....kan....:-
(Tahu doh dok apelah tapi nok cete jugok....ni pasa doh lame dok ngajar, orang tak boh tahu pung nok cete jugok)

- Masjid pertama di bina dalam sej.islam atas dasar TAQWA dan IMAN YG. PADU.
- Rasullullah (SAW) selalu pergi ke masjid tu pada tiap-tiap hari sabtu, kasang2 ari isnin dan khamis
- Rasulullah gi naik unta atau berjalan kaki
- Rasulullah Bersabda : Sape yg. wuduk kat rumoh dia dan gi sejid Quba untuk solat, diberi ganjaran pahala seperti menunaikan umrah. BESARNYA FADHILAT NYA KAWANG@ kang.
-Terletak di perkampungan Quba'
- 3 km dari bandar Madinah
- siloh-siloh name Quba' tu ialah sempena name sebuah telage kat situ.
PEMBINAANNYA..
- Pada ari pertama Nabi sapa di perkampungang Quba' (Hijrah dari Mekah)
-Ari tu 8 Rabi'ul Awwal = 23 sep. 622M
- Nabi duk situ selama 4 ari
-Nabi turut serta buak sejid tu
-Nabi pikul batu-bate sampai bengkok tubuh nabi
- Baju nabi penuh dengan debu-debu dan pasir
-Sahabat nok tolong angkat, nabi dok vi. nabi suruh gi angkat wak lain.

MULIA SUNGGUH HATI SEORANG PEMIMPING AGONG KITE. (sebab tu kite kena sayang R.A)

Okeylah sambung lagi...

Lepas tu baru gi sejid Nabawi. Ramai ju'pe dengang jemaah haji dari Malaysia . Gembira dapat tengok dere M'sia kat bek2 jemaoh haji tu. Lepah kene check beg dapat masuk gok dalam sejid. (Lepas lagi seludup h.phone dalam masjid- care kena ade).
Macam bese, aku cari sof paling depan aje... rezeki aku kali ni dapat sof ketiga dari depan. Alhamdulillah. Sementara tunggu solat Jumaat, dang agi aku perabih bacaan Quran aku (suroh Al Taubat) legeeeeeeee.
Lepah solat jumaat, sekali lagi nok jadi ke rezeki aku ari tu agoknye....aku dang masuk dan solat sunat kat RAUDHAH . sepanjang2 tu aku ucap syukur sebab berpeluang solat kat situ kali ni (kali pertama) . Legeeeee dapat ucap salam sendiri pada Kekasih yang dirindu ....Rasulullah.Hanya Air mata yng menjadi saksi pertemuan kita ya Rasulullah.
Sebelum tu ada Ustazah berbangsa Indonesia bagi tazkirah sikit untuk jemaah hari M,sia dan Indonesia. Aku dan kawang aku (Mas - permata hati ku) tumpang sekaki. Hilang haus dengar tazkiran sebab doh lame dok dengor nasihat dan panduan agame secara live gitu.
Lepas selesai urusan kat situ, ucap salam pada Rasulullah dan kembali semula ke acara bebas. Gi makang beto...makang pulok kak Restoreng Indonesia. Beh jugok makang situ dok lah maha sangak. kire ok lah harge kat situ.
Oh ye ...kami makang nasi campur. macang-macang lauk ade. Bestnye sup kaki lembu pung ade.
Sebelum gi tempak laing, kami singgah pulok kat Bukit Uhud. Ziarah kejap makam pejuang Syahid kat situ dan sedekahkan Al-Fatihah. Saidina Hamzah telah mati di situ dalam perang Uhud. Betullah kata kawang aku (Kak Fazi) tanah kat situ masih merah...seolah-olah masih ade darah pejung islam yang syahid tu.Subhanallah.Aku pung dang jugok panjak bukit Uhud (bukit pemanah)tu....bestnye...panjat bukit. Teringat panjat bukit kat kebun.
Lepas tu pulok gi kat tempak orang pere unte. Masyallah....wanginye baung situ....rasenye kalu pakse aku makang nasik situ aku muntuh mula. Uhhhhh wangi sungguh. Beli susu unte wak balik rumuh.Katenye best....tapi aku dok lalu lagi lah ...
Lepas tu... gi pulok tempat orang lelong2 barang2. Macamg2 barang ade dari pinggang-mangkuk, perabut,baju terpakai dan macam-macam adelah...
Aku dan bapaknye...beli gok 4 helai baju Overcoat untuk paka musing sejuk kekgi. Muruh je....RS30 je selai. Kalau ikut yang baru mahu gi 300 ratus sela tu. Okeylah tu...kite orang kampung nok wak selimuk musim sejuk ...Teringat kat kawang aku kat Johor tu...(Kak Fazilah), kalu ade dia jadi kami shooping......"Nanti datang sini kite jalang-jalang ye kak."
Aku dang gok beli barang antik, kaki lilin . muruh je RS5 je. Dok lah come mane...tapi ...come.Dang gok berebuk jam antik dengan pok arab. last-last buleh ke dia gok RS110 tapi memang cunnn
Kami dok raung belake...pasa doh nok gharib. (Insy..lain kali kami datang lagi).
Gi solat gharib kat sejid Qiblatain. Kemudian ke JARIR pulok untuk beli barang sikit. lepas tu terus balik Yanbu.
Kul 9.00 malam Alhamdulillah kami sampai.



Tuesday, November 4, 2008

Nasi Dagang

Alhamdulillah dulu...


Semalam sempat dan jadi juga projek aku nak buat nasi dagang. Dah lama kepingin nak makan nasi dagang dan baru hari tu sempat buat . Alhamdulillah kat sini pun ada jumpa ikang aye (ikan tongkol) dan bolehlah buat nasi dagang. Percubaan pertama guna beras kat sini nampaknya macam berjaya....


Kami punya projek (Dengan kak tie), mula lepas waktu zohor, dan siap lepas asar....dan kebetulannya, Nor (Cik aa - Perjalanan ini) datang untuk hantar buah tangan dari ganu. Alhamdulillah ada rezeki juga untuk Nor. Untuk Nor sekeluarga Syukran jazilah...ya Nor,

Sunday, November 2, 2008

Ziarah Ke Mekah

Assalamualaikum lagi....


Kali ni kami cuma buat ziarah aje.... Kalau ikut plan awal nak buat umrah tapi dah tukar plan pasal masa. Kami putuskan untuk buat ziarah aje. lagipun aku dan keluarga nak ziarah rumah Hafiz kat Mekah tu. esoknya.

Sampai sana kami dapat hotel dan lepas makan , kami turun untuk buat Tawaf Qudum (tawaf Selamat Datang). Alhamdulillah orang tak ramai...dan aku dan anak-anak berpeluang kucup Hajarul Aswad. Aku juga berpeluang solat sunat kat Hijir Ismail (lega nya dan syukur ada rezeki solat kat situ kali ni) . Nak ambil peluang kucup Hajarul Aswad tu...kami kena beratur....dan dikawal oleh polisnya. Sambil beratur tu...sempat anak aku (aiman dan Arif) peluk kaabah yang suci tu...sambil berdoa. Katanya wangi bau kaabah tu. ALHAMDULILLAH.

Harap aku moga dapat anak-anak saudara aku dan keluarga datang sini dan berpeluang sama-sama dengan kami juga suatu hari nanti.


Esoknya.....

Lebih kurang kul...7.05 pagi kami dah siap-siap untuk ke rumah Hafiz. kami guna teksi aje dan Hafiz dah bagitahu kat driver teksi tu. Semasa kami on the way ke sana driver tu yang boleh cakap b.melayu sikit-sikit tu....tunjukkan rumah kelahiran Nabi S.A.W





Rumah Kelahiran Nabi S.A.W




Perjalanan kami kejap aje, sebab rumahnya dekat aje dengan Masjidil Haram rasanya tak sampai 10 minit pun. Tambang nya satu kereta SR10.


Kami sempat besarapan dan bertukar-tukar cerita dan lebih kurang kul 10.10 minit kami dah ke Masjil Haram semula.Seronok anak-anak kat rumah "Ayah De" dan "Mak De". InsyaAllah lain kali kami datang lagi.



kat rumah "Ayoh De dan Mok De"

Okeylah itu aje...



JOM KONGSI HADITH..


Hadith 2....



Abu saad (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:



Allah berfirman : Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dari Ku kerana dia sibuk dengan Al-Quran , Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripada Ku.ketinggian perkataan Allah ke atas segala-gala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah di atas segala ciptaan-ciptaan (makhluk)"



Dengan lain perkataan, berbanding dengan mereka yang memohon rahmat Allah. Dia akan pasti sekali mengurniakan ganjaran yang lebih baik pada orang yang sibuk menghafal Al-Quran atau belajar dan memahaminya yang mana dia tidak ada masa untuk berdoa.

Adalah diketahui umum bahawa jikalau sesaorang membahagi-bahagikan gula-gula atau sesuatu kepada orang-orang lain,satu bahagian akan disiimpan kepada orang yang tidak dapat menghadirinya kerana tugasnya membahagi-bahagikan benda itu yang ditugaskan oleh pembahagi itu sendiri. Dalam hadith yang lain,dalam kontek yang sama, dinyatakan bahawa Allah akan memberi orang yang tersebut yang lebih baik daripada apa yang akan diberikanNya kepada hamba-hamba Nya yang selalu bersyukur.

Wassalam........

Pertama kali ke Jeddah.



Assalamualaikum....

Cuti minggu ni kami seme ke Jeddah sempena ada rumah terbuka di kedutaan Jeddah pada malam khamis tu. Seronok juga bila konvoi ramai-ramai (8 buah kereta). Lebih kurang kul 4.50 kami bertolak dan sampai Jeddah kul 7.30 kot (lupalah). Alhamdulillah ...kereta kami selamat sampai juga kat sana.

Sampai sana...lepas ucapan serba ringkas kami pun belasahlah....segala makanan yang ada. Tapi banyak-banyak makanan yang aku cari tak ada ...(Satay) . Ingatkan ada satay, boleh anak-anak aku makan kat sini...tapi..tak de pulak.

Dalam masa makan dan sembang -sembang tu... jumpalah dengan Siti Hajar(isteri ustaz hakim) dan Ayu(isteri ustaz A.Rahman). Kemudian kami di pertemukan dengan sedara aku yang memang kami nak jumpa tu.... (Mohd Hafiz dan Isterinya). Tak sangka pulak dapat jumpa kat situ , ingat kan jumpa kat Mekah esok. Allah lebih tahu segalanya.

Sebenarnya kami tak pernah jumpa sebelum ni, cuma bila ayah suruh kami cari satu sama lain baru kami usahakan dan Alhamdulillah kami dah jumpa. Sekurang-kurangnya aku ada juga sedara kat sini.

Bersama Ismah (isteri Hafiz)


Nok cete...gok ni, Aku jumpa dengan Eja dan Erma Fatima jugak kat situ. Mereka buat pengambaran kat Mekah untuk cete "Tasbih Cinta " untuk Astro. Memang cantik sungguh meke tu. Aku memang minat sangat kat lakonan Eja tu.... siap aku bagi tahu lagi kat dia aku suka lakonan dia tu. Kami sempat juga posing .



Lepas makan kami cari tempat landing untuk bedebing lah pulak. Alhamdulillah kami berada di tempat yang sama. Selesa sungguh,














Esoknya......






Kami gi pulak shooping kat "Arabic Mall". katanya itu mall yang terbesar kat UAE. Rasanya best lagi Jusco Tebrau. Kelakaunya kat Mall tu tak de Musollah untuk wanita cuma, ada bilik untuk solat je....tak ada tempat wuduk pulak. Kalau nak wuduk kena gi bilik air yang cantik tu....



Cantik sungguh bilik airnya. Pintu nak masuk je pun dah cantik. Betullah kata org, salah satu tampat yang digemari oleh mereka ialah bilik air. Patutlah bilik air rumah orang arab dan hotel memang ada klas....

Kat situ aku banyak window shoping je....cuma adalah belikan sehelai sorang untuk anak2 tu. dan satu abaya untuk aku sendiri. Best jugak masa kat kedai abaya tu aku siap suruh si "Ahmad" buatkan abaya berkonsepkan songket pulak . Insyaallah aku akan jumpa dia semula untuk beri beberapa contoh nanti . Sebelum tu aku akan suruh tailor kat sana buatkan abaya berkonsepkan songket dan aku akan cuba promosikan ke sini. Ada can tu....

Lepas shoping kami pergi lunch pulak... nasib jumpa nasi...kenyang.











Petang balik hotel dan lepas maghrib kami bertolak pulak ke Mekah Mukarramah.

Monday, October 27, 2008

Rangkaian cerita...

Assalamualaikum...


Pada kawan-kawan tahniah kerana dah selamat habiskan puasa 6 di bulan syawal. Moga kalian mendapat lebih keberkatan dari Allah. Masihkan aku dapat jumpa syawal tahun depan?????



Rumah Terbuka Aidilfitri..

Sepanjang bulan raya yang lepas macam-macam perkara yang dah berlaku dan dilakukan. Antaranya jamuan rumah terbuka oleh kawan-kawan dan rumah aku sendiri. Bermula dengan keluarga Mas dan diikuti dengan beberapa keluarga yang lain. Meriah sungguh .....

Macam-macam makanan disajikan, dari menu pantai barat hinggalah menu pantai timur pun ada. Pasal kebanyakan famili yang dah ada kat sini datang dari ganu dan johor. Keluarga dari ganu aje ada lebih kurang 6 atau 7 keluarga.Meriah sungguh dapat cakap ganu dengan geng2 ganu. Rasa macam duduk kat ganu pulak.




Persekolahan bermula...

















Ready nak ke sekolah

Kali pertama anak-anak aku ke sekolah. Semuanya bersekolah di Al-Israk International School. Sekolahnya dah pindah ke bandar Yanbu. (Kat Balad) Sekolah tu sekolah Pakistan owner. Tapi itu sekolah yang islamik. Murid-murid lelaki dan perempuan diasingkan, dan tidak bergaul bebas.



Disegi kemudahannya...masih jauh ke belakang jika dibandingkan dengan sekolah kat m'sia. Kemudahan tu maksudnya...segala facilitis yang sepatutnya ada pada sekolah antarabangsa, tak ada kat situ.Sistem pentadbirannya pun masih tidak sempurna lagi. Bangunannya pun tak secantik dan seperti sekolah betul. Cuma selesa untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah semua anak-anak aku tak cerewet sangat pasal kekurangan tu...kerana aku dah selalu pesan yang penting ilmu yang nak diceduk dari guru buka keselesaan yang kita nak.

Sepanjang dah hampir masuk 2 minggu sekolah tu..Anak-anak dah mula boleh faham arahan dan pesanan dari guru mereka, termasuklah arif .Satu perubahan yang aku kira positif.

Sekarang aku cuma nak cari dan masukkan anak-anak lelaki aku ke masjid untuk tahfis Al-Quran pulak. Dengar kata untuk lelaki lepas solat maghrib dibuat di setiap masjid dan untuk wanita lepas solat asar. Harap-harap hajat aku dipermudahkan Allah. Moga anak-anak aku dapat ilmu dunia dan akhirat seiring..

Aku benar-benar berharap akan dapat sama-sama memberi sumbangan dan meramaikan lagi golongan Protaz (Profesional Ustaz) dan Protazah (profesional Ustazah). Itulah doaku...

Subjek yang dibelajar ...Math , B.i , History (Pasal Arab Saudi), S.s (geografi) , Islamiat ,Arabic , Computer science , itu untuk primary school.

B.i, Math, SS , Geog, Biology , History, physics ,chemistry , untuk secondry school (greed 7 ,8,9,10) bila masuk gred 10 kena ambil exam O Level (SPM lah tu) dan kena sambung ke Jeddah untuk gred 11 (untuk A Level). lepas tu baru ke IPT.

Kat sekolah tu juga ada salah satu keluarga dari terengganu hantar anaknya juga ke situ dan kebetulahnya sekelas pulak dengan anak aku. Mereka dah jadi kamcing dan anak aku dah mula cakap loghrat ganu dah pulak. Okeylah tu.



Jom Kongsi Hadith...(29/10/2008)

Fadhilat Al-Quran (Maulana Muhammad Zakariya Kandahlawi)

Hadith 1,

Uthman (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:




"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"

Dalam banyak buku-buku hadith, hadith ini dinyatakan dengan perkataan (alif wau - dan) Maknanya: "Yang terbaik diantara kami ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"Maksudnya, ganjaran yang terbesar ialah pada sesiapa yang belajar dan kemudiannya mengajarkannya pula kepada orang lain



Tapi.. ada sebahagian kitab-kitab, hadith ini diriwayatkan dengan perkataan (alif wau - atau).Maknanya,"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran atau mengajarkannya"Maksudnya...Ganjaran pahala sama besar pada yang belajar atau pada yang mengajarnya.




Darjah kebaikan belajar Al-Quran:

i-Belajar Al-Quran besama-sama makna dan maksudnya. (Terbaik)

ii-Belajar mengenai perkataan-perkataannya sahaja (Terendah)

Mulla Ali Qari merujuk dari hadith lain : barangsiapa memperoleh ilmu Al-Quran, sebenarnya dia menyimpan ilmu kenabian dalam kepalanya.

Sahl Tastali (ra) berkata : "Bukti sesaorang itu cinta Allah, adalah dengan wujudnya rasa cinta pada perkataan-perkataan Allah dalam hatinya"

Dalam Syarah Ahya : senarai orang yang akan mendapat perlindungan di bawah Arasy (Kursi Allah)di hari Pengadilan ialah orang yang mengajar Al-Quran pada anak-anak orang islam,Yang belajar Al-Quran pada masa kecilnya dan terus membaca pada masa dewasanya.




Okeylah ..cukup untuk hari ni . Wassalam...