Wednesday, December 31, 2008

Macam-macam Boleh Jadi

Salag...sokmo

Sepanjang duk di Yanbu ni...kedang-kadang tu..terfikir pulok, banyok bende yang dok pernoh buak mase kat m'sia tapi kene buak mase dok sini.
Macang-macang bende...dari berkebung, buak experimen masok dan dok bertenggek je...kat dalam rumoh macam puteri mandi.
Macang ambe dok sini..sedo dok sedo , buleh pulok jadi "petani moden"
Tengok kawasan rumoh ni banyok sangak tanoh dok wak gape-gape..., jadi ambe gune lah .
Ambe ada tanang pokok lade. pokok lade ni ambe tanam lebih kurang 2 bulang doh baru jadi gini ni..
Buah nye banyok sungguh. Setakat nok wak sambal kicap johor atau nok wak cicoh budu tu lepah sangaklah. Rase...pedah nenga....(pedas sungguh).

Ni pulok pokok ubi setelo (keledek) ada dua base ubi. se ubi wane putih dan se lagi wane purple.Tengok daung dia pung laing .Bile tanam sederi baru tahu rupenye daung ubi dok same bentuk.
Ubi kayu tanam gok, tapi dok berape sega sangat. Almaklumlah ambe dok jupe lagi baje pokok.
Tak pe tu projek akan datang.Ingat nok tanang bayok bile buleh isinye nok suruh kawang(Mar Balad) tu buatkan tapai ubi . Fuh....bestnye.
Oleh kerana duk sini dok leh nok gi mane2 sediri, make terpaksalah aku gunakan apa yang ada untuk jadi pasu.
"guni beras" pung jadi..., isikan tanoh dan tanamlah pokok apa-apa je..

Se lagi nok royak vi, duk sini ni kalu orang tu kulik dia putih, maka bertambah lah putih...
Tapi kalu kulik macang kulik aku ni...dok putih gok, macang tu jugoklah.
Doh nok wak guane, asyik dok kurung dalang rumoh.....je, Kalu tubik gi keda pung waktu malang je, itu pun kalu tok laki tu layang . Kalu dok jawabnye seminggu sekalilah je keluar pintu rumoh tu.
Mula tu...ambe lemas jugok, rase nok tepik pung ada. Kalu dok m'sia tu, sehari dok 3/4 kali gohek kete dok soh.Tapi sini....dok kurung macamg puteri mandi je. Nasib ada line internet ni , tahu gok pasal dunia luar.
Tapi...bile fikir2 balik, baik gok duk dumoh gini.Kalu gi tubik kemane2, nanti ada pulak maksiat mata tu...Lagilah kalu kat m'sia tu.... banyak pulak tertengok yang tak sepatutnye.

Okeylah...rasanye dah lama benar tak up datekan "kongsi Hadis"

Ibnu Mastud (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberikan satu "hasnah"(Rahmat) dan satu hasnah adalah bersamaan dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya.Aku tidak berkata bahawa alif , lam, mim, sebagai satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf"

Mu"az Johani (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda :

"Barang siapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari pengadilan, yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini, Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."

Hakim rahmatullah alaih telaj meriwayatkan daripada Baraidah (ra) tentang sabda Baginda Rasulullah (saw):

"Sesaorang yang menbaca Al-Quran dan beramal dengannya akan dipakaikan mahkota yang dianyam dengan nurdan, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua pakaian uang lebih berharga daripada seisi dunia ini.Mereka berkata: 'wahai Allah, mengapakan kami diberikan pakaian-pakaian ini?'
Jawapan yang diterima adalah : 'Kerana bacaan Al-Quran yang dilakukan oleh anak-nakamu'."

Dalam kitab Jama'ul Fawaid oleh Tabrani rahmatullah alaih bahawa Hadrat Anas (ra) telah meriwayatkan sebuah hadith dari Rasulullah (saw):-

"Barang siapa mengajar membaca Al-Quran kepada anaknya (tanpa menghafalkannya), maka segala dosa-dosanya yang lepas atau yang akan datang akan diampunkan. dan barang siapa menjadikan anaknya menghafal Al-Quran, dia akan dibangunkan pada hari pengadilan dengan cahaya seterang bulan purnama; dan anaknya akna disuruh membaca Al-Quran, dan dengan setiap ayat yang dibacakan oleh anak nya itu, taraf kedua ibu bapanya akan dinaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di dalam syurga sehinggalah bacaan Al-Qurannya itu selesai."

9 comments:

alimsons said...

salam....
tahun along start sekolah darjah 1.
so perjalanan hidup seharian ader sedikit perubahan coz masa kena sesuaikan dengan untuk hantar dan amik dia dr sekolah....
alhamdulillah semuanya berjalan lancar.....
nti sambung lg eh....

Saliza said...

Oh ya... arif pung dah gred satu gok. Nampaknye na lagi sibukkkkkk lah kan. tak pe meriah gitu

hafizah said...

Salam zah...
saja je nak tanya khabar...awak dan anak2 sihat ke? lama gok dokdengar cerita... tahniah sebab dah jadi petani moden ye...pokok2 saya pulak yang kena tinggal kat rumah megah ria tu sumer dah kering sebab tak dijenguk2. Ada jugak saya lalu lalang kat lorong rumah awak dan nampak kat rumah awak macam ada orang duduk ye..baguslah...at least tak kosong je macam rumah saya...anak2 dah pandai cakap arab ke...untungnya mereka dpt belajar cakap arab kat sana...

wassalam.

LYNN said...

Saliza.. ee lame beno dah sebulang (eh sebulan)ni tak jumpe. Sibuk ngan budak nak masuk sekolah dan tukar sekolah. Tah ape-ape tah silibus sini saliza. Benggang ambo. Ikut jer boss punya qualified gred dok. Si kecik nih ayah ajak anto sekolah arab dekat dgan umah pulak. Walhal dah terlebih umur. 3 hari naik bas mcm bebudak gak. Ni demam sejuk sesangat sebab menunggu kat taman sekolah sampai jam 11. Fening la..

alimsons said...

salam...
memang pun sibuk....
nak kena byk plan mcmane nak hantor ngan amik alg coz org kan keje shif pastu uda kekadang outstation tu yg kena ader plan2 back up.....hehehe
next cuti raya cina kat sini mybe family air tawar semua dtg kuantan kot....

Saliza said...

Salam....
Zah, gitulah kalau dah duduk sini. saja suka2 ...kami seme sihat alhamdulillah. harap zah dan keluarga sihat gok lah. Budak-budak tu belum panai sangat cakap arab. cuma tengah belajar mengaji dan belajar A-Quran dan diajar sekali bahasa arab tu..dengan ustaz sekolah kerajaan arab dekat rumah ni. kira macam gi sekolah agamalah lepas asar jalan kaki je dan free lagi Alhamdulillah.
Za...doakan zah pun dapat datang ke sini juga satu hari nanti.Rumah za tu kadang2 adik duduk.buat ada orng .

Saliza said...

Salam...
Lynn,lama sungguh dok jumpe, nantilah senang2 kami gi ziarah ke rumah lynn.Sekarang tengah sibuk nak buat revision budak2 nak mid exam ni.
Silibus tu..lebih kurang kat m'sia jugak lynn. za dah check. cuma tak 100% samalah, cuma yg sini tinggi sikit.Oh...jadi skrag ni jadi budak sekolah jugak lah ya...kah...kah...

Saliza said...

Salam..na, kak za sini sihat seme.Alhamdulillah na pun sihat gok. itulah..kalau anak dah ramai ni...macam kak za kat sna lah keje jadi supir je..
nanti kirim salam seme kalau dah dtg rumah na tu.kalau na ada skype nanti onkan boleh kita caling2 dari sini.

alimsons said...

salam....
ok gak...
nti suruh uda masukan...
tp kak long ngan abg long biasa pakai skype...
xpe nti diorg dtg sini kita online eh....
apa add nye ek?