Monday, November 10, 2008

Panggilan Haji

Salam....

Sekarang dah masuk ke bulan haji. Ramai juga warga m'sia kat Yanbu ni tunaikan ibadat haji tahun ni, termasuk suami aku jugok. Aku...? kalau ikutkan perancangan awal aku nok gi tahun depan...pasallllllllll (tak payah nok cereta kat sinilah ) tapi.....bila bos kata pergi je tahun ni, aku pun macam akurlah jugok.
Walaupun dalam keadaan yang serba kelam-kabut, serba kekurangan ilmunya , aku jadi terlalu takuttttttttttttt sangat dan sedih pun ade.(Ini haji pertama nak dilaksanakan) mesti terbaik dari yang terbaik. Ya Allah hanya Allah saja yang tahu perasaan aku. Sosoh nok cete kat orang (Terlalu spiritual sangat).
Tapi....aku hanya berusaha keras dan sentiasa bertawakkal pada Allah yang Penyayang. InsyaAllah jika aku tetap juga ditakdirkan olehNya untuk melaksanakan haji tahun ni , maka akan pergilah aku...dan akan melaksanakannya dengan yakin.
Sekarang ...aku harap, siapa saje yang ade pengetahuan dan pengalaman haji , jomlah kongsi dengan aku. Moga-moga ....dapat aku jadikan panduan untuk menambahkan lagi bekalan aku kesana.
Kalau orang tanya kenapa aku takutttt sangat.......,
bukannya aku takut orang ramai...,
bukannya takut cuaca,
bukannya takut tinggalkan anak-anak aku
atau takutkan kesusahan kat sane.... tapi aku takut haji pertama aku dalam keputusan yang singkat ini , tak dapat aku buat dengan sempurna kerana kekurangan bekalan. (sama ada bekalan sebelum atau semasa haji nanti ) .Aku takut haji yang wajib pada aku ni , tak diterima Allah. Ya Allah.... Tolonglah aku.....
Ya Allah aku akan pergi dengan amalan yang masih kurang dan tersangat kuranggggggggggg.
Ya Allah berilah Rahmat mu pada aku nanti
Ya Allah tenangkanlah hati aku
Ya Allah Sempurnakanlah segala ibadat ku nanti.
Sekarang mungkin dah tiba masanya aku akan merialisasikan apa yang aku belajar dulu. Walaupun banyak yang dah lupa tapi....insyaallah aku akan polish semula secepat mungkin.
Pada semua doakanlah supaya aku dapat menjalankan ibadat di sana nanti dengan lancar dan tenang.Mungkin doa kamu lebih baik dari doa aku sendiri....

12 comments:

cik aa said...

betul tu kak za,rasa sgt takut mcm kak za kata..moga2 usaha kita utk belajar walaupun masa yg singkat diiringi dgn doa dan niat yg ikhlas..haji kita akan diterima,insyaallah..

REENAZ said...

huhuhu....Ina pun tgh takotttttt sgt nih....Hujung mggu ni & mggu dpn ada short course utk j'maah hj. Jumpa d sana ye....

REENAZ said...

Kalau nak ikutkan bekalan utk wat hj ina pun kurang sangat. Insyaallah, short course yg akan d adakan hujung mgu ni dgn mgu dpn sdkit sbnyk akan membantu. Jumpa nanti

KAHERAH said...

Salam kak,

Erah doakan segalanya di permudahkan. Semoga di beri keberkatan oleh NYA.

KAHERAH said...

salam kak..

Erah doakan agar segalanya di permudahkan ye kak...

Saliza said...

Terima kasih semua... Insyaallah.

Anonymous said...

KataNya di dalam Al-Quran.........
"sebaik-baik bekalan adalah takwa"

Jangan kita harap pada ilmu atau amalan kita tapi haraplah pada Allah.......

Perbanyakkanlah solat taubat dan solat hajat, mohon Haji yg Mabrur dariNya kerna Dialah saja yang mampu memberinya....

Semoga memperolehi Haji Mabrur insyaAllah

al-hassani

LYNN said...

Akhirnya,za.. Pergi jugak. Dengan segala kekalutan yang melanda jiwang...Insya Allah Saliza dan keluarga dipermudahkan. Pawi langsung tak dapat cuti. Ha tu kira saliza & family dah ada jalan mudah. Dah kat sana pun ada yang tak dapat pergi ni yang kita kat M'sia ni aper lagi. Semoga dapat Haji Mabrur..

Anonymous said...

Assalamualaikum Zah...Syukur alhamdulillah...tawakkal lah pada Allah....semoga dapat mengerjakan ibadah haji dengan tenang dan dimudahkan oleh Allah...InsyaAllah....

Saliza said...

Terima kasih bayak2 kawang2. Hanya itu yang mampu za buat sekarang . Dan Insyaallah akan dipermudahakan segalanya.

Kak Na said...

Alhamdulillah kerana telah terpanggil olehNya untuk menunaikan fardhu haji...oleh kerana inilah haji yang wajib, saya berdoa agar ante dapat menunaikannya dengan sebaik mungkin...kalau boleh buatlah haji sebagaimana Rasulullah s.a.w kerjakan kerana dalam khutbah haji wadaknya baginda menekankan agar semua umat mengambil kerja haji yang dilakukan...kerana sekiranya kita melakukan lain dari apa yang baginda lakukan bermakna kita menganggap apa yang baginda kerjakan bukanlah yang terbaik...pelajarilah manasik haki Rasullullah s.a.w...insyaallah kita mampu mengerjakannya...

Saliza said...

lam....
siape kak na? kak rohana ke?terima kasih banyak. tapi kami mungkin akan buat nafal awal je.Ikut agen arab saudi kat sini.