Tuesday, November 11, 2008

Beberapa Perkara

Salam...



Perhatian..


(Kepada kekawang yang ada buat komen dalam etikal sebelum ni... harap maaf pasal kak za dok leh nok jawab balik. Sebab kak za pun tak tahu kenapa bahagian tu buat hal pulok. Kak za dok reti nok baiki guane bahagian comment tu. Kalau ada sesiapa yang tahu tolong ajar neh)


Jiran Baru...


Hari ni , Alhamdulillah aku dapat jiran baru. Namanye..."Mah" aje aku panggil (Bab name ni aku lost sikit susuh nok ingat). Mereka anak beranak baru sampai dari Johor. Kat sana mereka pun jiran aku..gak (tukarlah cakap "ANA" pulok).


Insyaallah esok kami nak buat projek menanam sayur lagi. Mah ada bawak benih pokok kari. Nampaknya lepas ni bolehlah kami jual daun kari ...pulak.




Sambungan Hadith 3.


Uqbah Ibnu Amir (ra) telah berkata bahawa :-


"Rasulullah (saw) telah datang kepada kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya sama ada salah seorang diantara kami suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa perlu melakukan satu dosa pun atau memutuskan tali silaturrahim. Kami menjawab bahawa setiap orang antara kami suka untuk mengerjakannya. Rasulullah (saw) kemudian bersabda bahawa pergi ke masjid dan membaca dua potong ayat dari Al-Quran adalah lebih baik dari dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih berharga daripada tiga ekor unta betina, dan begitulah juga membaca empat potong ayat adalah lebih baik daripada empat ekor unta betina dan juga jumlah yang sama daripada unta-unta"


Suffah :

adalah nama bagi sebuah lantai yang ditinggikan dalam masjid nabi (saw) di madinah dan pernah didiami oleh orang Islam muhajirin yg. miskin,. Mereka dikenali dengan nama Ashab As-Suffah.


Buthan dan Aqiq :

Dua buah pasartempat unta-unta berhampiran dengan kota Madinah. Unta betina yang ada bonggol besar - itu yg paling disukai oleh orang arab


Tanpa melakukan dosa besar :

Sesuatu itu boleh didapati tanpa tenaga sama ada melalui pemerasan , pewarisan yang salah ,atau pencurian.


Rasulullah meletakkan syarat ini semua.Dapat sesuatu dan tak perlu melakukan dosa , memang menjadi kehendak manusia. TETAPI.... yang lebih bernilai adalah mempelajari beberapa potong ayat Al-Quran.


MAKSUDNYA... Biarlah seberapa banyak pun harta yang kita ada atau kekuasaan yang kita ada , lambat laung pasti kita akan mati juga.Tetapi ganjaran bagi satu ayat akan kekal selama-lamanya.

Wassalam




2 comments:

Reenaz said...

Org arab suka unta betina sbb leh wat 'skdup' atau org melayu kita kata pondok atas bonggol yg besar tuh. Yea la org arab dulu2 tu jer ler transport yg dia ada. Lg pon nk sampai kat sesuatu distinasi tuh lamaaaaa sgt!

Saliza said...

Nasib sekarang dah ada kereta kan. kalau tak kita kat sini naik unte lah. Cuba bayangkan kau naik unta pakai abaya dan tutup mate tu ...Kah..Kah...