Friday, September 19, 2008

Terima-kasih semua

Beberapa hari lepas, selamat dah sampai barang yang dipesan.Terima kasih pada mak mertua ina(mama bungas) kerana sudi bawakan barang2 tu.

Terima kasih juga pada adik beradik di sana kerana susah payah carikan barang-barang tu. Mungkin bagi kalian barang tu remeh...tapi amat berharga bagi kami kat sini.


Setengah barang ada kat sini tapi...harganya MasyaAllah, mahalnya.memang orangkata "padanlah dengan duit sini mahal" betul tu... tapi, rasanya selagi boleh cuba cara lain kita cubalah. Itupun kalau tak menyusahkan orang kat sana kot.. Tapi, ada juga barang yang ada kat sini tak kualiti macam m'sia tak boleh guna. Tapi, ada juga yang kita dah cuba dan biasakan dengan barang segera di sini supaya nanti boleh diterima tekak.


Bagi kalian kat m'sia, hargailah apa yang kalian ada dan dapat di sana. kerana bila dah tak ada barulah rasa betul-betul hargainya. Yang penting bagi kami cuma barang makanan je...macam kicap,belacan,sos cili,cili kering,tepung2 dan lain2 lagilah.Rempah-rempah pun kurang dan tak ada m'sia punya jenama.Kalau ada sesiapa yang nak buka bisnes supply barangan asia kat sini rasanya boleh kayalah. Satu lagi barang makanan frozen memang laku habis......


Ambe punya pasport "tidak boleh bekerja" kalau tak nak juga contact orang sana buat bisnes...

Nilah beberapa barang yang dah sampai tu....



Tepung beras,sirap cap ros dan daun-daun masakan.Hari tu beli juga tepung beras kat sini (baru jumpa) tapi baunya.....dah tengik...dan tak berapa sedap....tapi, nanti kalau dah tak ada tu belasah juga kot. Ari tu nak makan onde-onde buatlah guna tepung tu...



Inilah rupa cili padi thai yang boleh diselamatkan.Alhamdulillah....boleh guna juga. Agaknya kalau dah tak boleh guna buat benih aje....okey gak.Benih cili yang tabur ari tu... dah mula besar dan akan dipindahkan ke dalam bekas masing-masing untuk pembesaran seterusnya. Suka tengok pokok -pokok yang ditanam dah mula besar .....



Ni pulak pokok kesum yang dikirim tu...mulanya dah tumbuh akarnya....tapi tak nampak lagi progress nya. entah hidup ke maut tu.... tak pe nanti kirim lagi ...




4 comments:

LYNN said...

saliza, nampak dedaun yang ade tu teringat kat experiment.. jgn tak tau kita dah try preserve dlam minyak dulu baru simpan tapi tak leh biar kene simpan dalam plastik kot macam preserve kepok gete. serai pun gitu tapi tak berapa lame kulat lah. Tengah belajar keringkan pokok..tapi matilah..

Saliza said...

Buatlah banyak2 experiment sebelum datang tu...mana tahu ada yang jadi.. terutama pokok kesum tu...susah sungguh nak tumbuh.

REENAZ said...

Daun kesun ina dah tumbuh daun dah...alhamdulillah...Kalau 'terkucil' leh ler dtg sini

Saliza said...

Alhamdulillah...

Tak tahulah pokok ni nampak macam tak nak tumbuh je....

kalau dah rimbun kat rumah ina bolehlah minta benihnya.