Monday, September 8, 2008

Minggu-minggu kat Yanbu

Salam seme lagi...
Beberapa minggu dok kat sini kekadang tu rasa boring gak. pasal tak ada komputer lagi. Nak hilangkan boring, tiap petang bila bos balik kerja dia bawak pusing-pusing bandar yg.tak berapa mcm bandar ni.
Dari segi landskapnya memang cun jugak. banyak popok ditanam. yang aku suka jalan yg ditanam dengan pokok kelapa tu....bila malam cantik sungguh disinari lampu-lampu.
Kat sini macam bandar diraja lah,gitu agaknya. memang dijaga kebersihan dan pokoknya. Nasiblah kawasan macamni tak rasa bosan sangat.
Tapi kalau kat bandarnya, MasyaAllah. rasanya kat m'sia tak adalah kawasan macam tu. Hatta kat pekan-pekan pun rasanya cantik gak.
Rakyat M'sia bagus..lah.

Kerja kami pergi Hyper Panda je. kalau kat Johor tu macam kat tescolah gitu. tapi adik pada tesco lagi. Kira okeylah juga pada tak ada langsung.Dari rumah cuma beberapa minit je.Kalau tak gi situ pergi Star Market lebih kurang 2 x 5 h.panda jelah. Kekadang kat situlah boleh jumpa barang-barang biasa kita makan. Macam sayur bendi(melambak-lambak) sampai anak bendi pun ada tau. Kacang panjang, terung (terlebih kale purplenya),labu air (labu sebesar pasu bunga pun ada), petola , timun batang (muda-muda belaka), cili padi thai (SR15.00) 1 peket besar. kalau kat KIP MART RM4.00 sepeket. kira lebih kuranglah harga.Sayur berdaun tak ada. Sawi ke Kangkung ke ??? tanamlah sendiri...... Kalau taugeh pulak kena buat sendiri. masuk kalini dah 3 kali buat taugeh. (Ilmu dari bibik - digunakan) alhamdulillah jadilah gak. cuma kurus-kurus je.

Untuk yg. bakal ke sini, bawak lah benih sawi,kangkung,bayam dan apa-apa sayur berdaun lagi tu. Boleh tanam dan makan sendiri. manalah tahu kot-kot ngidam. Rasanya nak pesan gak sedara kat m'sia tu carikan benih sayur-sayur dalam peket tu dan kirim atau poskan boleh aku tanam kat kebun aku tu. Kot-kot kalau banyak boleh jual gitu.....keh!keh!....

Kat sini aku nampak peluang perniagaan banyak sungguh. geram betul aku nak niaga. Tapi pasport dah dicop tak boleh bekerja. In nak bagitahu pakcik aku kat ganu tu, suruh dia supply barang-barang dari m'sia ke sini. Dulu dia dah nak supply air meneral kat Arab ni tapi dah ada orang masuk.Bab -bab ni dia terror.

CETE PASAL TERAWIH KAT SINI

Sekarang pun dah masuk puasa yg ke 8. Kali pertama terawih kat sini macam-macam cete ada. Alhamdulillah surau kat rumah, sediakan ruangan untuk jemaah wanita solat terawih.(Ari-ari biasa tak boleh). Surau kat sini ada di setiap tempat.banyak sungguh.Kalau kat sana surau jelatang,surau kempas,surau dedaru.....gitulah

First datang solat, alamak...tak de yang pakai putih, cuma aku dan anak pompuan aku je..yang bertudung putih .Bibik indon pun pakai hitam jugak. Mulanya terperanjat, tapi buat tak tahuje lee..Diaorang ada jugak pandang-pandang kat kami, tapi tak pelah.... itu bukan syarat nak solat kan. peduli apa aku.

Selesai solat isyak, tak ada doa macam tempat kita. Lebih kurang 5 minit, terus solat terawih. Bacaan imamnya, Fuhhh....filing habis, best betul. Lebih kurang macam suara dan lagu imam mekah tu lupa namanya.Panjangnya surah dia baca, tapi....masih surah Al-Bakarah boleh ikut lagi...

Kat sini buat 10 dan 1 witir je. Dan dalam witir ada baca doa qunut. Panjang....yang biasa kita baca tu sampai yg ke 9 je lepas tu dah versi arab.Itulah yang beza dengan tempat kita.

Tapi nak cete, jugak ni, semasa solat jemaah boleh siap belek dan pegang quran lagi.Kekadang tu siap baiki tudung dulu, lap peluh dulu dan macam-macam... Kalau mazhab kita, dah batal kot.Kekadang tu masa sujud pun diaorang boleh bentangkan kain dulu dan baru sujud. Tapi yang paling bestnya, makcik sebelah aku tu, masa nak naik rakaat kedua (Solat isyaak) sempat buka beg dan tengok message lagi, lepas tu simpan beg dan bangun rakaat kedua. Hah , boleh gitu...

Walau bagaimanapun, aku fikir... mungkin diaorang faham makna bacaan yang dibaca jadi khusuk mereka dengan cara itu. tapi bangsa kita dengan perbuatannya. Apa-apa pun hanya Allah saja yang tahu.

Kat sini juga dijaga supaya tak buat bising. Kanak-kanak tak boleh buat bising semasa solat berlangsung. Siapa yg. bising akan dihalau keluar. Bukan macam kat surau kita.. main mercun lagi tu...

Lepas solat witir tu, terus balik tak ada doa ke salam ke... macam tempat kita. Semasa nak masuk gate rumah ada makcik arab tegur (jiran kami) bila bagitahu dari m'sia, suka sangat dia entah kenapa. siap jemput pergi rumah lagi. Tapi lupa pulak nak tanya nama. InsyaAllah esok kot jumpa lagi.

Itulah serba sedikit pasal solat terawih hari ni.

12 comments:

LYNN said...

Assalamualaikum Saliza,
Lame betul nak tunggu Mu update blog, rupenya tak der talian..okay nampak begitu serasi duduk di sane. Kembor(anak pawi) kite ni asik tengok ayah dia kat webcame jer..tah lah dapat pegi ke idak.

alimsons said...

SALAM SEMUA....
Macam seronok ek kat sane...
Org2 kat KOTA semua kirim salam untuk angah sekeluarga....
kalau rasa nak tgk org2 kota leh tgk kat blog uda jer..

REENAZ said...

Abih skrg kak za p smbhyg tarawikh guna telkung lagi x? he he he...Ina lom p lagi. Nti tunggu mak datang, p dgn anak2 sekali. Hr tu Zuraili pas smbhyg maghrib dgn Irfan p bukak posa umah org arab. Patut ler menaun tggu dia balik...

Hafizah said...

Assalamualaikum Za, alhamdulillah awak sekeluarga selamat dan sihat kat sana...lama jugak nunggu berita terkini dari awak...kami kat Msia ni nak ucapkan selamat berpuasa. Entah bila kita dpt jumpa lagi. InsyaAllah ada umur jumpa lagi kita satu hari nanti..

Anonymous said...

kak za,
klu nak wa kirimkan benih sayur - sayuran tu bagitau la. bagi address sekali, insyaallah wa cuba poskan. tak de gambar terkini ashraf, syaira, aiman, akmal n arif ker? anyway salam tuk semua. rindu arrr

EINAZ.. said...

salam kak za... ina/zam ni... blog nurulnuraiman.lum update lgi..komptr kta sngkut2.sometime tgu smthg pg yg nk done tu,sya smpi leh lelap kjap dpn montr ni..lgpn ni ngah usha cri alterntv ln tuk mmbolehkn sya menjlnkan krja2 offc dgn lncr d hdpn skrin kmptr sya ni.ceh wa..trigt lak zman keja kt shppg.. sblm trlpa sya nak bg tau nih.. mgkn mggu dpn klu keta dh klr wkshp la.keta anto gi oprtn sikit.rayakn lg brp mggu..org tak raya pn tak pe..yg pnting keta tu,coz ank2 nk blk kg, sya lh yg kna drve.nk jga kshtan keta tu mklumlh tuannye takde..sya anto buat suntikan botox skali keta tu.. sya nak courier brg tuk zam.sya guna DHL courier srvs je.zam sruh guna almt pat keja.siang smua tak dak kt umah.sya nak krmkn brg kat kak za, nak krim kn kat kak ina(mama-bungas) eemm adalh.. & nk krmkn kat Mas.. eemm adalh jgak.. biarlh rahsia..
Kak za tau dak..kwn zam dpt blk raya ni tau.Mail mamak umah dia blkg umah sya ni je.dia offer zam nk krm brg blk kt msai tak? so zam tnye kita.org dh tnye kta mtklh dia blikn abaya shelai.zam ckp dia x nmpk kt mne ada jual dia x pernh nmpk.pas nk mcmane lh, size apalh..dia kata nti mgu dpn ke dia cri kt madinah @ jeddah gitulh klu x slp zam ckp kat sya.tpi suspen gak sya ngan zam ni.mtk tlg akak ajak ahdin sma2 ngan zam gi crikn tuk sya.ukrn bhu 16 1/2" @ 17" (size:L) jbah@abaya ni besar skit x pe selesa klu nk dduk..wrna yg d bnarkn Hitam @ Maroon @ dark chocolate.pas tu sya ada gak mtk zam blikan kupiah tuk 2 org hero dia ni.mls nk bli2 songkok.biar ln skt.idak ler nti trtkar ngan bocah2 nakal kt kg.apa2 nti sya call kak za key.ngantuk la pulak mta ni.. bju nk bsuh ni bleh than.ujan lebat bru brhnti ni. Alhamdulillah.
opocottz.leh trpejam lak mta ni kak.

Saliza said...

Assalamualaikum,

Baru boleh ketuk papan ni.kalau tak si semek tu je yg konke.saja bagi can dia boring tu.....

Wa,Uda danseme ni alamat kami sini

No.1, Maddkhal 7
Alhulaiyah Street
Alnakheel 5
Royal Commission, Yanbu
Kingdom Of Saudi Arabia

Kalau sesiapa yang nak berkenalan dan nak anta kad raya tu silalah ya...(Gurau je tu)

Wa, nanti kak za up date gambo2 tu. dok dang weh....gambo ari jadi arif.

Uda, k.salam sokmo kat keluarga sana. Kak za nak diana v. resepi kek batik tu. macam nak buat je....

Na, kak za masih pakai telekong tu jele... tak ada telekong lain. nanti nak kirim belikan juga kat sana.

Na. nizam,,,
nak kirim kuih raya ke? bagus jugak tu. dapat rase kuih raya na. nak makan mee singapore tak dapat lagi lah...

Lynn,
cepatlah datang nanti boleh kembor lelaki jumpa dengan kembor perempuan tu lagi. gamat nanti tau.

alimsons said...

Salam Kak Za....
ngidam kek batik ker??hehe

Bahan-bahannya:
1 kg - Biskut Marie (ader x)
1 biji telur
200g mentega
400g gula
serbuk koko secukupnya...

Cara-caranya :
- masak santan, mentega dan telur(dipukul dulu) dan gula dengan api yang perlahan
- tunggu sehingga mendidih masukkan pula serbuk koko dan biarkan sehingga pekat
- kemudian matikan api dan masukkan biskut marie tersenut yang telah dipatah-patahkan sedikit demi sedikit.
- masukkan biskut yang telah digaul bersama bahan tadi kedalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais.
- setelah sejuk dan keras bolehlah menikmati kek tersebut..
selamat mencuba..hehehe

Angah dan Kak Za...
Keluarga di kota semua kirim salam..
Kitaorg pun xtahu lg raya ini balik kota ke tak...
coz nak dapat baby kat pahang kot..hehehe

bab benih2 tu nanti uda tanyakan abah..
tp uda rasa abah byk stok bab benih2 ni....
oklah kirim salam kat angah dan semua eh...

Saliza said...

Thank Na, tapi santan tu byk mane?
Ari tu kak za nampak ada kat market tu jual biskut marie itu yg terus teringat kek diana tu.


pasal benih tu..tak pelah. kak za nak yg dalam peket je senang nak kirimkan.
Salam seme juga utk keluarga kat sana. sedihnya rasa hatini.
Kalini baby girl pulak ke?.. Alhamdulillah. nanti balik kita jumpa.

alimsons said...

opsss...lupa plak nk bgth..
santan 650ml jer...
dah start wat kueh raya ker?
td baru abis wat kuih conflake madu..
kalau ikut scan aritu mmg girl..
akhirnya dapat jugak baby girl..
alhamdulillah....
atleast ader juga medium yg boleh kita berhubungkan...
oklah esok sambung lg eh...
bye..bye..

Ummi Wafa said...

assalamualaikum..
salam perkenalan. sonok laa baca story akak..especely yg citer solat tuu.. huhuhuhu. bleh tak nak add link akak ni?

Da said...

salam semue..
ape kabo lake lake..
camane pose sane,mesti best kn?
seronok r bace blog kak nie,kelakor pun ade...=)
arip pose x ari ni..
tinggal xlg?
bju raye beli x lg tu..

k la tu ajer,tgh keje nie.curi mase skit,ato msj nie..next time plok ek..ni alamat skype.(maslida_r)add la kalu ade.

sampaikan salam utk semue,dr pok mijie n da dr malaysia..bye2