Friday, September 5, 2008

Bermula semula.......

Assalamualaikum,

Pada semua. Alhamdulillah, hari ni baru boleh up date blok setelah 2 bulan terbengkalai. Time sampai sini, kami tak ada line telephone lagi, cuma baru kemarin org. telekom dtg pasang. Lega rasa.... baru boleh kiok sikit dan boleh call lama2 kat m'sia tu.....

Okeylah, first.. buat kekawan kat sana, kami sekeluarga Alhamdulillah. masih dikurniakan dengan kesejahteraan olehNya. cuma ... kering dan panas kat luar tu yg tak boleh handle lagi.

Kat sini saya mula dari kami mula bertolaklah.... (ikut kronologikan)

Kami bertolak ke negara Singa tu pada kul 4 pagi dari rumah.Suasana pagi tu tak usah cetelah, sedih sungguh.... Selepas, Abah bacakan doa selamat kami bertolak dengan 2 kenderaan.
Subuh kat Singapore. Itulah kedatangan aku ke Sana setelah 17 tahun yg lepas.Bersih dan berdisiplin sungguh meke-meke seme. Kagum sungguh aku. tapi.... masyarakatnya sungguh mengejar masa ... waduh..Sambil di terangkan serba sedikit oleh Hafiz (yg bawak kami) baru aku faham sikit tentang masy. situ. Sampai kat Aiport changi, perut dah minta makan. Apalagi, aku bedal selamba aje kat situ nasi dagang mek bekalkan tu. peduli apa aku org tengok. aku anak beranak makan selamba je kat dalam airport tu. Yang malutu tak makan nasiblah.....
Posing dulu sebelum sambung travel


Three Boys belajar cara tolak troli beg kat airport

Lebih kerang kul 9.00 kami flight ke Colombo dengan SriLankan Airline. Selama 6 jam kami sampai kat Colombo. Lepas solat dan lepak2 kat surau, kami sambung lagi flight ke Jeddah lebih kurang kul 3.30 ptg (waktu dgn m'sia dah berubah. Perjalanan kami selesa dan Alhamdulillah segalanya mudah. barang2 aku tu pun seme lepas. Brg.seludup aku (brg2 tembaga hiasan aku tu, pokok2 , dan budu aku seme lepas).Sepanjang perjalanan kami makan tidur je. anak2 diberi permainan sorang satu.






Lebih kerang kul 6.00 petang kami selamat tiba di King Abdul Aziz Airport Jeddah. Rupanya gini airport jeddah. Lepas urusan check point dan scan beg2 seme kami pun keluar dan naik pulak van yg. dah sedia tunggu untuk ke Yanbu pulak. Perjalanan kami tu pulak 3 jam. Lepas leka2 tengok pemandangan kat sekitar Jeddah kami tertidur sedar2 dan gelap dah...... pukul 9.00 mlm kami sampai rumah.Panjat syukur pada Allah.

Okeylah esok sambung lagi cete neh..
Nak sambung buat keja bibik pulak ni. kalu dulu ada bibik, boleh duk depan ni je. sekarang kena rompak masa sikit. itupun bebudak seme tengah lelap lagi lepas subuh tadi. Ohya, ari ni ari ke 5 kot puase. dok kat sini lupa ari bulan dah. nok wak guane..okey insy. nanti petang cete pasal terawih kat sini lak. (macam-macam yang baru)

Wassalam.

5 comments:

REENAZ said...

Emmm...Dah berbulan tgk asyik semakin terasa jerk. Nah! skrg baru ler best, ada citer yg leh di baca. Sri Lankan tu bagi kupang ke kak za? Macam hijau jer 'kaler' dia...Kulit kupang ke aper?

Masdihana Hamzah said...

selamat kembali ke dunia maya Kak Za.

seronok makan ramai2 n terawih ramai2 malam td. macam ngan adik beradik kat skudai lak. nanti buka kat umah lagi k.

Anonymous said...

Na, tu bukan kupang, tapi peria katak yg pahit tu,,,,, tak makan pun.

Yalah Mas. tapi kalau ada yg lain lagi best kan.InsyaAllah. Tapi terawih kat surau rumah kak za best sikit (Cepat.....)

KAHERAH said...

Alahaiii..barula dapat membaca al kisahnye di sana...hehehehe..sernok betul la..tak sabar nak pergi sana la..da mula indu nie!hehehehe

alimsons said...

apa kabo org kat saner???
uda sampaikan salam org2 kat air tawar..
semua sihat coz last week baru balik kota tengok diaorg...