Friday, July 4, 2008

Dah mula terasa

Sekarang aku pula dah mula rasa akan suasana dan bahang nak pergi. Bukan kata suka sangat tapi,,,, terbayang bgmn. nak tinggalkan keluarga kat sini. keluarga kat trg dan johor. Kalau 17 tahun dulu aku terpaksa berpisah dengan keluarga aku kerana ke johor untuk bekerja dan terus lekat kat sini, tapi nanti sekali lagi akan berpisah....dan lebih jauh lagi. Mungkin ini adalah perpisahan yg. pertama dengan keluarga kat sini tapi, byk kenangan indah dengan mereka. Hai.. aku ni yg. paling kalah ialah dengan perpisahan. masa kat sekolah lagi. Itulah perkara yg. paling aku tak boleh tahan.
Sebab tulah agaknya akuni tak berapa boleh berpisah dengan anak-anak. Walaupun aku ni sikit garang tapi tak b oleh kalau tak ada dia orang. Kenangan aku terpaksa tinggalkan anak aku yg. sulung semasa umur 8 bulan untuk ke satu tempat yg. jauh, masih lagi aku teringat. sepanjang jalan aku sedih je.Betullah orang kata hati ibu tak sama dengan hati ayah.Betultak?

Esok aku plan nak beli beberapa beg. Nak packing sikit2 dulu nanti tak kelam-kabut sangat.(Bos dah pesan tu...). Almaklumlah anak ramai tu... nanti ada juga yg. tertinggal nak bawa. Tapi yg. plg. ptg bagi aku ialah benih2 pokok bunga dan pokok rempah2 (pokok pisang,bunga ros,ubi kayu,pokok kari,serai, pandan dan .....). peduli apa aku kalau orang kata aku ni gila. Itulah yg. boleh jadi terapi aku nanti kat sana lagipun itu akan mengingatkan aku dengan pokok2 aku kat laman tu. Tahu aku nak buat camne? nak letak dalam beg pakaian. nanti kat kastam aku bacalah selawat banyak2 insyaAllah lepaslah tu.Nak tiru? ok gak tu..Bos kata dia sewa rumah yg. ada laman apalagi bolehlah aku berkebun(bukan kebun sayur tapi bunga)>

11 comments:

KAHERAH said...

salam kak,

Wah kalau macam ni tahun depan Erah sampai sana segala macam pokok yang akak bawa tu da pun tumbuh sihat tak perlula Erah nak bawa leh minta kak nye sikit...heheheheh boleh ke???

Masdihana Hamzah said...

kalau pokok nyer subur dan daun nyer menghijau bolehlah tumpang mintak sikit. ditakuti kering dan layu daunnya... ada gak yang masak nasi lemak pakai daun pandan warna coklat. (sebab dah layu) jgn mare kak za.

Saliza said...

Itu tak tahulah, antara 2 sama ada segar bugar atau kecut berut terus.

Ina said...

Kak Za,

NAnti akar pokok pandan Ina nak sikit eh ... lupa nak bawak lah...

Anonymous said...

Salam kak Za..
Apa khabar?
Seronoknye masing2 nak jumpa hubby kat KSA kan. Saya gak yg kena tinggal..apa nak buat dah nasib badan..

einaz said...

sok klau dah berhijrah ke KSA akak jgn lupa kat saya di Kota Masai ni yek!!! Oh ye,lupa lak nk kenalkn diri.. Ina/zam..
Seronok gak tengok blog yg ada ni..
Sya nye blog masih dlm proses. Ngah kumpul data. nti klu dah ready sya invite akak, mas n kekawn yg ln ye.Utk permulaan mgkn x cggh sgtlah...

REENAZ said...

Cheeewwwwahhhh....Gapo dio yg teghaso tuh???? Ni blog ina punyer..Maleh nak kongsi2 doh...Nanti dtg sini jgn luper ha bawak budu....

REENAZ said...

p kat blog zuraili ada blog ina

Jamilah said...

salam kak Liza..sy pun bakal ke yanbu gak..so nih tengah mencari2 mangsa utk ku ty2 kan ape yg patut sambil bersahabat.. bleh gitu???

Hafizah said...

Salam zah, semalam kita lalu depan rumah awak. saja nak tengok ada org lagi ke tak. tengok2 ada kain baju bersidai lagi. hati tu tertanya2 awak pegi ke tidak ikut suami. Bila try2 visit blog ummulamirul ni rupa2nya awak punya. terkejut + gembira sgt. bila nak berangkat? (from Fizah/Khairul Kmpas 4)

LYNN said...

Wah saliza.. tengah busy pi beli belah yee.. suami-suami kite tengah sibuk berbincang kat Wak Mee Rebus tu .. ha dah tak ingat dah sebab dah.. teringat nak berangkat je.