Monday, September 15, 2008

Kenangan-kenangan............

Salam,

Sepanjang berada di bumi Arab ni, Alhamdulillah, kami dah sampai ke Mekkah pada 14 Ogos yg. lepas. Kami ke sana secara konvoi beberapa buah kereta.

Perasaan pertaman kali dapat tengok KAABAH. tu susah nak cete. siapa yang pernah alami peristiwa tu dia sendiri tahu.


Ya Allah.....Aku dah sampai pada mu
Ya Allah.....Syukur...
Ya Allah.....seronoknya...
dan hanya air mata yang mengungkap segala-galanya.

Bila di depan KAABAH...
.


Terharu...gembira.....dan sedih....Tak terluah dek kata-kata. cuma aku panjatkan doa untuk ibubapaku,adik-beradikku,kawan-kawanku dan juga bibik kat sana supaya dapat datang juga ke sini.


Aku juga bersyukur kerana angan-angan (3 tahun dulu) aku dulu untuk membawa semua anak-anakku ke sini telah diperkenankan oelah Nya.Jika dulu aku asyik berpesan pada kekawan yang datang umrah supaya menyebut dan mendoakan untuk aku datang ke sini, dan kini aku dah sampai dan aku doakan pula untuk mereka.

Alhamdulillah segala dipermudahkanNya. kami selesai umrah pada kul 3.00 pagi.Esok kami sambung lagi untuk tawaf dan solat sahaja. Mula tu timbul juga kemuskilan tentang TAWAF WIDA (Tawaf Selamat Tinggal) tu... perlu dilakukan atau tidak oleh kami????? Tapi kata beberapa pihak tak perlu kerana alasan, kami bermastautin di bumi Arab.Aku akan rujuk juga....nanti saja untuk puaskan hatini. onblur="try
Lepas tu kami ke Taif pulak.Bermalam kat sana dan esok ke Yanbu semula.

....

Di depan Kaabah Kita



Anak-anak minum air Zam-zam


SOLAT TERAWIH DAH MALAM KE 15 ....


Malam tadi aku sambung semula terawih kat surau,setelah terbrek satu malam semalam. (Pasal mengantuk sungguh). Itu biasalah dah malam-malam nak akhir ni...mulalah dia buat hal tu. (Dugaankan).Apapun harap-harap dapat penuhkan terawih berjemaah kat surau tu.

Harini dah dapat dah barang -barang yang dikirim oleh sedara kat m'sia tu. Alhamdulillah dan terima kasih semua. Terima kasih pada mak mertua Ina yang tolong bawakan tu. sukanya dapat stok-stok makanan tu.Yang penting benih daun kesum dah boleh ditanam... Yahoo...InsyaAllah hidup tu.


Okeylah nanti sambung lagi...lah


Wassalam,

6 comments:

Anonymous said...

salam Za..
seronoknya....bila nak pergi buat umrah lagi? Tolonglah doakan saya dapat pergi umrah atau haji lagi...terlalu rindu kat Masjid Nabawi dan Kaabah...

laily said...

salam kak za..
amacam kat sne?
sume c-hat x??
ni akak ni..
laily @ ciklai..
hehe..rindunye kat sume...
akak da wat blog..
nt akak ltk gmbo akid n da gang k..
hikss..

Ummi Wafa said...

salam perkenalan bt akak
mesti seronok kan dapat bertarawih kat masjidilharam...semoga suatu hari nanti UW pun dapat ke sana jua..doa2kan utk UW juga
bleh tak nak add link akak nie?

REENAZ said...

Kalau benih kesum tu tak 'menjadi' lagi leh ler kita share2...Ina pun bagi 2 benih tu. 1 tanam kat pasu, satu lg masih rendam kat dlm air...Kalau ada brg yg rosak minta maaf bebnyk sbb mak simpan 1wk dlm beg br p Yanbu..hu hu hu

Saliza said...

Akak,
guane nak buka blog akak. kak za dok tahu ni?..cepat bagitahu dok sabo nak tengok gambor2 seme.Kak za buat blog khas untuk keluarga kita.... nanti kak za msg nama blognya.

Walaikummussalam..
Itu iza ke? bulan pose ni tak gi umrah.pasal pasport kami seme tengah dihantar untuk buat iqamah.jadi kami tak ada pasport lah.InsyAllah, lepas raya kot.

Ummi wafa..
Salam perkenalan juga buat anda sape nama?Bila darang Yanbu?

Na,
Benih kesum tu dah tumbuh akar dah. Kak za dah tnam dalam botol. Mintak2 tumbuhlah kalini.

laily said...

kak za..
try klik kat name akak 2..
klau x bley jugak kak za tekan
http://www.lailyramly.blogspot.com

akak da bce blog k.za yg 1 lg 2..
nt akak comment k..