Wednesday, April 29, 2009

Cerita Cuti-cuti sekolah....

Salam...Wa Kaifa Haluk...

Dalam minggu cuti sekolah ni...dah macam-macam aktiviti berlaku kat Baiti .
Ni cete pasal si Waladi (anak-anak ku) si hero-hero...

Satu pagi tu...ambe suruh mereka pergi basuh Hammam (tandas) pasal dah lama tak dibela.
Mereka pun kata..."Okey...Umi..." dengan panjangnye..
sambil berlalu tinggalkan Uminye yang tengah bertungkus-lumus melipat kain yang 4 tambun tu...
Tapi...
bila dah lama baru perasan...Senyap...je...mana budak-budak ni...seme?

Ambe Zahabu fi Qurfah Naumm mereka(pergi ke bilik tidur).nak tengok kot-kot sambung tidor ke?
Tapi tak dok pulok... mula rasa Musykil (masaalah)
pergi jengok kat belakang ...rupanye...betul mereka kat situ...dan

Nunnnnn kat sana...

(Dah..atas pokok)

Ambe apa lagi mulalah bising ...bukan takut jatuh tapi...takut guugr buah pelam tuan rumah ni...
Pasal panjat memanjat ni ambe tak hairan sangat kat mereka tu...
pasal mereka dah biasa dan macam maknye jugak dulu-dulu.

Macam kata Arif..."tak pe..umi, tak bahaya pun.."
Mereka tu nak buat pondok atas pokok pulak. Agaknye senang sikit kot..kalau kena marah merajuk pergi duk atas pokok je...






Tengoklah tu...aksi-aksi lasak mereka. Ada je..idea pelik mereka tu...






Dalam masa cuti sekolah ni..juga diadakan aktiviti menghafaz Al-Quran kat Baiti.
Ramai yang sempat hantar anak-anak mereka ke rumah ambe.sepanjang seminggu ni.

Dengan bantuan dari seorang ustaz (pelajar Universiti Madinah) anak-anak dilatih menghafaz surah-surah lazim dan surah-surah panjang.
Alhamdulillah segalanye selamat dan berjaya, dengan izinNya.

(Yg. Asswad tu anak-anak Ema, dan yang Ahmarr tu anak-anak ambe. Ramaikan)


Dalam cuti ni...juga, rumah kami dah bertambah ahlinya.
Anak-anak Ema dah pun selamat sampai untuk berjumpa keluarganye kat sini.
Seronoknye tengok bila mereka dapat jumpa semula dan main sama-sama.
Memang riuh rendah jadinye...apataknya main galah panjang dan baling selipar tu...malam pulak tu...
dah macam kat kampung pulak rasenye.
Tapi bila ingat nanti dia dah nak balik...itu yang sedih tu...





(Berkhemahlah sorang2)




Dalam...cuti ni juga, satu aktiviti yang tak jadi dibuat iaitu Kem Qiammullai tak dapat diteruskan aktivitinya memandagkan beberapa sebab keselamatan.
(InsyaAllah satu hari akan diadakan).
Anak-anak dah ready untuk berkhemah di halaman rumah...dan dah pasang khemah pun....tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.
Jadinya..mereka berkhemah je...sendiri-sendiri tanpa kawan-kawan lain.

Kongsi Hadith:-
Hadith 37
Abu Zar (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

"Wahai Abu Zar, Jikalau kamu pergi di suatu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah, maka itu lebih baik baginya daripada mengerjakan solat nafil seratus rakaat dan jilalau kamu mempelajari satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat atau tidak dapat beramal dengannya adalah lebih baik bagimu daripada mengerjakan seribu rakaat solat nafil."

WASSALAM

No comments: