Wednesday, May 6, 2009

ALYAUMUL UMMI




Terasa nak menulis pasal Ibu pulak kali ni.
Kebetulan sehari dua lagi dunia akan menyambut Hari Ibu...jadi, sukalak ambe nak cete sikit pasal Ibu.

Kalau masa kat M'sia, sambut Hari Ibu tapi..bila kat sini (KSA) dah kena tukar sambut "Yaumul Ummi"
Ibu ni adalah seorang insan yang tersangat istimewa dalam hidup kita. Tak payah nak terangkan panjang-panjang sebab semua orang dah tahu , dah faham dan dah ngerti pasal istimewanya ibu ni.
Cuma pada orang yang tak berapa sare...(tak siuman) je yang buat-buat tak ngerti.
sebab itulah dalam Agama Islam yang mulia ni...bila ditanya
"siapakah yang perlu didahului"
Jawabnya. :"ibu"
lepas tu siapa?"
jawabnya :"Ibu".
"lepas tu siapa?"
jawabnya : "Ibu"
lepas tu siapa?"
Barulah.."bapa"

Betapa istimewanya pada insan yang bergelar ibu.
Di sini ambe nak kongsi cerita pasal IBU. Cerita ni ambe dapat semasa ambe hadir majlis Al-Quran di Masjid tempat ambe belajar ngaji Masjid Uthmanian dekat rumoh ambe.
Lakonan tu dalam bahasa arablah...tapi nasib ambe ada tukang terjemah. Sedih.....

Di suatu pagi...
Seorang ibu sedang duduk bersedih...mengenagkan anaknya yang telah lama tidak menghubunginya dan menjenguknya.Sehinggalah dia telah dimamah usia begini pun anaknya masih tidak menghubunginya juga. Sambil menangis...si ibu bercerita meluahkan perasaan rindunya pada anaknya.Sambil didengar dengan setia oleh salah seorang anaknya yang setia menemani dan mengurusnya setiap hari. Tat kala ibu tua ni membongkar cerita silam...maka , terkejutlah si anak yang disisinya ini. Peristiwa itu berlaku semasa anaknya masih kecil lagi. Peristiwa kemalangan yang berlaku telah menyebabkan sebelah mata anaknya rosak dan tidak dapat diselamatkan. Tetapi dengan pengorbanan dan demi kasih seorang Ibu, ibu tua ni telah mengorbankan matanya untuk diberikan kepada anaknya. Dengan harapan anaknya nanti akan selesa melihat dunia dan dapat meneruskan hidup lebih sempurna. Di atas sekeping kertas telah menjadi bukti kasih seorang ibu pada anaknya.Dan kini anak itu telah berjaya dan bersenang-lenang dalam kehidupannya di kota. Sehinggalah telah melupakan ibunya yang cacat itu. Sehingga itu, sudah bertahun-tahun ibu tua itu menanti kepulangan anaknya dan terlalu merindui anaknya yang dimanjakan dan dikasihnya sewaktu kecil itu.Setiap hari ibu tua itu sentiasa menanti dan terus menanti ...sehinggalah kini, ibu telah jatuh sakit. Akhirnya...ibu itu meninggal dalam kesedihan dan membawa rindu yang penuh pada anaknya.Anaknya dipanggil supaya pulang melawat jenazah ibunya buat kali terakhir. Dengan perasaan yang marah , dia pulang juga. dia langsung tidak mempedulikan jenazah ibunya.Malah, merasa sangat marah kerana dikatakan telah membazirkan masanya hanya untuk melihat sekujur mayat. Sehinggalah....dia dihulurkan sekeping kertas yang telah usang.....namum..... disitulah segala rahsia yang telah disimpan oleh ibunya dari pengetahuannya telah terbongar. Dan....setelah dibaca isi kandungannya....barulah kini dia merasa sungguh tidak percaya.... bahawa ibunya telah melakukan pengorbanan yang sungguh besar untuknya, tetapi....dia telah pula mendurhaka pada ibunya ...
kini....dia meraung menangis penuh penyesalan....di atas sekujur badan yang telah kaku yang bergelar IBU. "ANA....MUSYRIMAH" "ANA MUSYRIMAH...YA UMMI" "ANA MUSYRIMAH..." namun penyesalannya tidak berguna lagi...dan sudah terlambat untuk membahagiakan hati ibunya .

Itulah sebahagian lakonan dan cerita yang telah dipaparkan oleh kaum wanita arab kat masjid hari tu..
Suasana sungguh sedih dan kebanyakan menitiskan air mata apabila mendengar kisah-kisah ibu masing-masing.
Ya...baru ambe sedar, sepanjang majlis hari tu...semua berkisar pasal ibu. Agaknya mereka dah sambut Yaummu Ummi kot.

Okeylah...itulah Kissos (cerita) untuk kita sama-sama kongsi kali ni.
"So, jangan lupa colling-colling ibu kita kat sana...."

WASSALAM

1 comment:

LYNN said...

Ya ummulamirul, kat sekolah arab /masyarakat arab ni rata-rata sejak Mac dulu dah mula. Tu pun tertengok konsert arab kat MBC tak reti aper tapi lagu itu untuk Ummi dan lagu nye sedap kate penjaga sebuah hotel kat Madinah tengah top (tak tau penyayi atau lagu nye)sempat rakam sikit jer.Yang drama tu pernah jugak penerbit Mesia cuba buat -pelakonnye Shilea rusly (si ibu bute) yang kasi sebelah matenye kpd anak lelaki.Drama utuk hari ibu tahun lepas 2008. Selamat Hari Ibu.