Friday, October 10, 2008

Kongsi Sirah - haji

Alhamdulillah...dapat lagi jumpa dalam alam maya ni. Komputer asyik buat hal aje, dan tak bolehlah nak up date.
Hari ni aku call beberapa kamcing kat m'sia. Kami borak pasal raya,marhaban dan macam-macam lagi . jelouse juga aku dengar cerita dia orang tu. Tapi, Alhamdulillah...kami kat sini ada juga beberapa orang buat open house. Dari situ boleh kami jumpa sesama kawan dan bertukar-tukar cerita.
Dalam pada berborak dengan salah sorang kawan kat sana...(Kak Fazi) aku pun tanyalah beberapa perkara tentang haji dan umrah yang menjadi kemusykilan aku ni....

i) Ada yang mengatakan sesiapa yang telah menyambut raya (1 syawal) di Mekah (Masjidil Haram), maka mereka itu dah kena buat haji pada tahun dia menyambut raya tu.Maksudnya...macam aku sambut raya di mekah hari tu, jadi aku dah jatuh wajib untuk buat haji tahun tu juga.
J) Sebenarnya...bulan haji memang dari 1 syawal hingga 10 Zulhijjah.(2 bulan 10 hari lebih kurang). Jadi sesiapa yang nak berniat untuk buat haji pada tahun itu boleh berniat haji dari tempoh itu.TETAPI...mereka kena berpantang larang dan sentiasa berihram sehingga habis tempoh haji iaitu 10 Zulhijjah. (boleh buat ke...) Itu bermakna mereka telah berada dalam ihram haji.Walaubagaimana pun, mereka boleh "keluar Ihram" dengan membayar dam kemudian mereka masuk berihram semula semasa waktu nak buat ibadat haji.Itu yang difahamkan.
ii) Kemusykilan kedua, pasal jatuh wajib buat haji kepada yang telah bermastautin di tanah arab.
J) Rujuk kepada syarat wajib haji:-
Islam / Baligh / Berakal /Merdeka / Berkuasa

Berkuasa pula ada dua bahagian :-

Berkuasa dengan sendirinya:-

a)Dapat tambang pergi dan balik

b)Ada bekalan yg cukup utk tangguggannya yang ditinggalkan di rumah

c)sihat tubuh badan

d)Aman dalam perjalanan (x ada perang)

e)Ada kenderaan untuk pergi dan balik

f)Kesempatan masa



Tambahan untuk wanita:-

a) Ada mahram atau thiqat

b) dengan izin suaminya

Berkuasa dengan pertolongan org. lain

- Orang yg dah cukup segala syarat2 yg wajib dan berkemampuan, cuma....sakit yg tak ada harapan utk sembuh. Maka boleh diupah hajinya.

Jadi....Kalau kita tak mencukupi syarat2 tu.... maka kita tak jatuh wajib haji lagi, walaupun kita tinggal kat tanah arab.

contohnya...Segala syarat dan kemudahan kita dah cukup, tetapi..anak atau tanggunggan kita tak ada orang jaga semasa peninggalan kita, maka masih belum wajib lagi kita buat haji. Kecuali kita boleh bawak tanggunggan kita bersama atau ada yang menjaganya .Maka itu dah jadi wajib.

Salam amalan haji kita tak boleh berimam,macam dalam solat.Kalau solat kita cacat, imam yang tanggung. Tetapi haji wajib ke atas individu sendiri. Jadi masing-masing kena ada ilmu sendiri.tak boleh bergantung pada orang lain.


Haji yang pertama adalah wajib. Manakala haji kali kedua adalah sunat sahaja. Jadi aku teringat ustazah2 cakap dan pesan, belajar dulu seberapa banyak sebelum pergi haji yang pertama, supaya kita mendapat haji yang Mabrur.
Sekarang kita tengok, ramai yang balik haji , tapi.....tak ada tanda dapat haji yang Mabrur. Antara orang yang mendapat haji yang mabrur ialah...
Berlaku perubahan yang lebih baik berbanding sebelum dia menjalankan ibadat haji.
Segala apa yang aku tulis di atas adalah selepas merujuk kepada salah seorng Mutawif dari M'sia.Alhamdulillah dia dah terangkan segala kemusykilan aku.

6 comments:

LYNN said...

Assalamualaikum saliza,
Pasal Haji ni baru semalam jugak kite dok dengar kat Al-Kuliyyah oleh Tuan Hj Daud Che Ngah at TV3. Haji memang ada banyak cabangnye, termasuk yang bekerja menjaga jemaah pun kene buat haji gak sebab dah dalam Bulan Haji macam diterangkan saliza tu, tapi Haji yang mabrur tu hanya tuhan sahaja yang tahu sesiapa yang dapat. Alamak rancangan tu tak online la pulak boleh saliza tengok same ye.

Saliza said...

Memang hanya Allah yang tahu, samaada kita dapat haji mabrur atau tidak. tapi..tanda-tandanya kita dapat rasakannya.

REENAZ said...

Hr tu kami kat Saudi ni ada amek short course dgn Ustaz Daud Che Ngah berkenaan hj.Best!Agak2 kalau bukak You Tube ada x yer????

Saliza said...

Sori...lynn apa maksud haji banyak cabangnya tu?

Saliza said...
This comment has been removed by the author.
Masdihana Hamzah said...

salam semua.

Tq Lynn atas info tu. Saya dah menonton episod Al-Kuliyyah 31 Okt 2008 dgn tajuknya "Roh Haji" kat TV3 online. Banyak gak info yang saya dapat dari rancangan tu.