Thursday, January 22, 2009

Weekend di Yanbu

Salam...dan doakan untuk sahabat di Palastin

Semalam aku dan suami dah menghadiri sesi perjumpaan ibubapa dan guru di sekolah anak aku tu. Perjumpaan tu samalah macam hari terbuka sekolah kat m'sia. Macam-macam yang kami bincangkan terutama pasal prestasi dan masaalah anak-anak di sekolah tu. Keseluruhannya .... anak-anak perlu lebih banyak menguasai bahasa International tu...supaya cepat dan mudah menguasai pelajaran. InsyaAllah pihak sekolah pun akan carikan guru-guru untuk di tuitionkan mereka tu.

Kalau kat sekolah ni..(Al-Israk International School) kaum bapa tidak dibenarkan masuk dan berbincang dengan guru-guru perempuan yang mengajar anak-anak mereka cuma, kaum ibu sahaja. Kaum bapa tunggu jelah kat luar bangunan...

Tapi...bila nak bincangkan pasal anak-anak lelaki, aku belasah je...masuk bahagian lelaki tu, buat muka tak faham je.... tak delah kena halau.... pun.

Tetamu Baru...di Yanbu.

Alhamdulillah , malam tadi kami dah diziarahi oleh pasangan skroll dan isterinya yang baru datang ke sini. Suka dapat jumpa orang malaysia yang baru sampai sini.
Walupun bukan saudara sendiri tapi...bila kat sini rasa macam saudara pulak.

Terima kasih juga buat Nurul, yang sudi hadiahkan sepeket cili kering tu...Alhamdulillah.Semoga diberkati Allah.


Walaupun dalam keadaan yang masih tak berapa sihat...sudi juga datang rumah kami.Nanti datang lagi.
Ini pun ada juga beberapa jenis biji benih pokok yang di kirim oleh salina (na).Ingat juga dia kat aku.Itu biji benih tu kalau dah jadi...buah, tak termakan nanti. Banyaknye..... Insyaallah akan aku semai dan jaga.

Terima kasih...semoga diberkati Allah hendaknye. nampaknye lepas ni ...pegang cangkul lagilah .

USRAH....

"Malam ni....22 Januari , akan diadakan lagi usrah seperti biasa di.....

- Hai al fairouz Camp 7 build no : 7443 house no. 1
terima kasih". Harap dengan information kat sini ada sahabat yang dapat datang.


9 comments:

Jamilah said...

tx kak za bg ulasan usrah tu..tima kasih bebanyak..

tima kasih juga psl bg sms ttg usrah tu.. tp blum berkesempatan..insyaallah nx time..

Saliza said...

Same-same...
InsyaAllah lepas ni...tempat akan diubah ke tempat kursus haji ari tu.. pasal dah ramai yang hadir.
InsyaAllah ... nanti kak za inform mila

Hafizah said...

salam Za.. Usrah di sana diadakan tiap2 minggu ke? seronok ye... hari ni saya balik Megah Ria nengok2 ada anai2 dah serang kat bilik bawah tu... leceh betul... ni lah nasib rumah kena tinggal... rumah Za dulu ada problem anai2 tak?

Saliza said...

Salam juga buat Zah..
Usrah tu 2 minggu sekali je...(ustaz darri madinah datang).
Setakat ni za tanya adik tak de lagi masalah tu... harap2 tak delah.
Zah cuba cari minyak itam kereta tu yang dah tak guna...dan sapu kat bahagian yang bermasaalah. InsyaAllah .
Kat depan rumah za tu dua2 pokok pelam tu katanya dah mati...ari tu sblm dtg za tengok ada anai2 gak.

Hafizah said...

Ooo....patutlah kita tengok macam kena bakar je pokok tu... kering semacam....rupa2nya kena serang anai2...

Saliza said...

Itulah...nasib pokok pelam tu.

Zah, kalau jumpa kak nor sampaikan salam za ye.

da_malaysia said...

salam..kak ape kabo..
mizi suh kak call die.kak xonline skype,da anto kot blog..tq

Mrs.FHM said...

kak liza....
trimer kasih byk2 sudi nak bagi tunku...takpe la buat susah2 ajer... ader org kat sini nak bagi jugak...

dah lama tak ke yanbu, rasa rindu pulak...

Saliza said...

Salam...na,
Tak pe...lepas pantang nanti datang lah sini bawak baby tu....nak pergi ziarah ina kak za rase tak kan jumpa rumah nye kot.