Monday, June 23, 2008

3 Mak dara terlepas ke KL




Kita mulakan dengan salam dulu..
Assalamualaikum,

Rasanya dah lama tak up date blog ni.... kekadang tu ada bahan tapi tak ada mood yg. bagus tak jadi nak menaip. Tapi kali ni ada cete sikit. cete pasal 3 mak dara yang terlepas ke KL.

Ini kisah telah berlaku semalam.

kami(Ummulamirul/permata hatiku dan ina-villabayu)telah gi ke KL atas urusan untuk menyelesaikan pasport dan visa. Ummulamirul kena pergi ke agen fikir + tu untuk collect semula pasport yg. telah dirasa tergendala kelancarannya. kemudian pasport tu akan dihantar ke agen untuk proses seterusnya .(proses terakhir) untuk membolehkan kami ke KSA.

Kami bertolak dari Johor pukul 7.10 pagi (sasaran nak bertolak 6.30pg tak berjaya). Sesampai Mas dari rumahnya ke M.ria kami terus pergi ambil Ina dan anak2nya.Ina dan pun angkutlah anaknya yg. belum bangun lagi tu... kesian budak2 tu.(berkorban...untuk satu tujuan)

Itulah kali pertama Ina (Villabayu)dan Mas(Permata hatiku) jumpa. Tapi, oleh kerana dua-duanya ada kuasa bercakap yg..... aku pun pelik tu (ada aje cite) menjadikan meke macam dah 10 tahun kenal. Itu baru sehari jumpa, kalau nanti kat KSA dah tinggal dekat aku tak tahulah guane... tapi bagus...bagus...

Perjalanan kami tak membosankan. Ada aje cete yg. dibuka... termasuklah hal-hal pertemuan pertama dengan suami masing-masing.Hai ...lucu sungguh kalau diingatkan .macam-macam cete.Mas memulakan pemanduan menuju ke KL. Yang drivernya memang dah pro dengan perjalanan jauh ni. Kalau harapkan aku...., jalan kat KL ni aku kalahlah. Tapi aku jadi pemerhati aje.........

Kami singgah jap kat R&R untuk sarapan dan mandikan Ina mandikan anaknya, lebih kurang 1/2 jam kami pun sambung semula perjalanan ke KL. Alhamdulillah, kul..12++ kami sampai kat rumah saudara Mas untuk ambil pakciknya(yg tahu jalan ke fikir+ tu)
Alhamdulillah segala urusan kat think + berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah .InsyaAllah. Lepas tu kami menuju pula ke....agen baru. jauh juga dari Manjalara tu... tapi oleh kerana pakcik mas dah pro kat Kl no problemlah. Kat sana pun Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah.

Bila segala urusan penting dah selesai, kami pasang angan-angan nak "bertanya khabar" kat peniaga2 kat masjid india tu. Ada yg. nak cari tudung dan jubah. Tapi, sayangnya bila fikir-fikir masa dah tak sempat utk.semua tu. Lupakan saja.....
Petang , on the way balik dari KL. (Ina drive) pulak. kami singgah pula kat Putrajaya
(rumah adik iparnya) untuk collect pasport Ina sekeluarga yg. dah settle dan dah nak berangkat on 2/7 nanti. Kami kat sana lama jugak, kami dah tersesat barat dah..... tapi nasib minyak dah isi ,pusing punya pusing last-last jumpa juga. Lepas rehat jap 6.15 kami bertolak ke JB. Masa balik ni pun kami sesat lagi nak cari jalan keluar dari Putrajaya. Hai....besar sungguh Putrajaya ni. Bila tengok bangunan-bangunan kat situ ingat duit rakyat.....

Mulalah si pompuan-pompuan ni buat ketupat, terutama kat si. . . . . tu. Cete punya cete Ina pun corner dengan penuh yakin untuk jalan keluar. Hai, cantik sungguh pemandangan jalan kat sini dan sunyi pulak tu.... Mas pun ternampak (Untuk kenderaan JPM sahaja) kami masih tak hirau. pecut lagi dengan yakin hinggalah sampai pintu pagar PM. Hahhhhhhhhhhh...... takuttttttttttttt

apalagi cepat-cepat patah balik sebelum kena tangkap. Bak kata Mas "nanti ada juga suami-suami masing-masing kena balik m.sia untuk tebus bini masing2 ni". Lastly kami jumpa juga jalan keluar... Alhamdulillah....
Singgah kat perhentian Pagoh untuk buat solat jamak dan makan. Cantik sungguh surau kat sini . Aku berkenan betul dengan konsep surau terbuka macam ni. InsyaAllah kalau aku ada rezeki, nak buat rumah bersurau macam ni.

Kami sampai juga kat JB dengan selamat dan satu kenangan perkenalan. Sampai kul 11.30 malam. sampai rumah, berwuduk dan bedebinggggggggggggggggg.

7 comments:

Masdihana Hamzah said...

pucat muka masing2. nasib baik pak lah tak de kat luar umah tengah basuh keta dia ngan keta isteri dia...

cik aa said...

akum,nk tanya ckit..
agak2 lame mane proses urus visa settle kat agent tu?saya pun tk sbr nk gi yanbu ni..

leman said...

Tu la, sapa suruh undi pak lah... Kalau sesat rumah Nik Aziz, bagi salam... masuk je. Tak payah nak appointment2...
Baru lah pemimpin islam.
Kalau sesat kat rumah pemimpin islam hadhari, nasib tak baik, kena halau la pulak... Dasar UMNO keparat!!

Saliza said...

Salam...seme...

cik aa (wife OBM kan?) org se ganu lah tu..
proses tu tak lama 3 @ 4 hari siaplah.dan boleh ambil. wakil pun boleh. Kami punya ata ari sening, dia kata on mon. dah settle. okeylah tu kan . kalu nak cepat lagi xxxxxx lah.


Mas, agak2 kalu gi lagi putrajaya sesat lagi tak?Mintak2 kat KSA nanti tak sesat lagi lah....

Cik leman, sapa undi "dia"?
tak nak pun .dah tentu rumah nik aziz tu dekat je dgn rumah nenek kita. kecik2 lagi dah didengarkan dgn kuliah dia...
tapi jgnlah kutuk sangat.... nanti tak lepas pulak kita nak tumpang KLIA dia nak gi sana . naya....kami nanti.

cik aa said...

ye,wife obm..kalu gitu,ok la tp wat agent kat sini,dungun..tk buat lg,next week kot,tggu yellow slip dijangka next week...anyway,tq..

KAHERAH said...

Fuhhh seronok sakan tengok semua berjumpa yek...adalah ramai kawan sok kat yanbu tak la rasa terasing dari orang kita...sekurang2nya sakit pening ada juga kawan-kawan kat sana kan kak?

Saliza said...

Erah,
jangan kata dah ramai kawan, tapi dah boleh buat jemaah yassin lagi itu campur dengan anak2lah. Dari baby sampai umur 14/15 tahun seme ada wakilnya.
InsyaAllah tak sunyilah nanti. Cuma kita kena ikhlas berkawan itu aje. jangan ada yg. dengki mendengki kerana itu akan merobohkan jemah kita yg dah kecil tu.