Tuesday, January 13, 2009

Usrah Kedua

Salam...dan doa untuk sahabat kita di Palastin

Oleh kerana masa terlalu mencemburui aku kat sini...jadi kali ni tak boleh cete panjang...cuma,beberapa perkara yang boleh aku kongsikan bersama di sini sepanjang aku tak ketuk kekunci komp ni.

Semasa majlis ilmu (Usrah)

Alhamdulillah kali ni terpilih lagi dan dengan beberapa orang sahabat yang tak dapat ikut dulu.

Sini aku sampaikan sikit kata-kata ustaz malam tu...
1) "Kita yang tinggal di sini adalah antara orang yang bertuah kerana terpilih oleh Allah untuk tinggal berhampiran dengan
Masjid Nabi (Madinah) dan juga Masjidil Haram (Mekah)".

2) "Salah satu keistemewaan yang diberi oleh Allah kepada kita adalah
Hidayah dan Hidup dalam islam"

3) "Selalulah ingatkan Allah melalui zikir dan sebagainya...supaya Allah akan menolong kamu apabila kamu dalam kesusahan"

dan ada banyak lagi...

Pot Luck berbuka puasa...

Alhamdulillah dengan beberapa sahabat yang sempat dihubungi, kami dapat berbuka puasa bersama pada puasa sunat 10 muharam, kat rumah aku .InsyaAllah tahun depan kalau dipanjangkan umur nak buat lagilah.
Idea tu pun on the spot je... pasal...teringat waktu berbuka masa kat m'sia , buka ramai-ramai dengan ahli keluarga.

Umrah Keluarga ke Mekah











Alhamdulillah kali ni gi lagi ke Mekoh.Walaupun tak ada kawang2 nok saing gi...tapi kami selamat sampai gok sana. Masa on the way, kena ribut pasir yang teruk.

Rupanya gini rupa ribut pasir tu...



Kami park kete kat Tanaim je...lepas tu ambil kete sapu gi...check in hotel kat masjidil Haram. Alhamdulillah segalanya selesalah.

Kelas Al-Quran dan Bahasa Arab (Anak-anak)

Inilah kelas yang anak2 ambe gi belajar Al-Quran tu. Sekolah tu sekolah Tahfis kerajaan Arab. Pagi untuk rakyat mereka dan petang dibuka untuk antarabangsa.






Sempat lagi ambik kesempatan, main kat gelanggang sekolah mereka.




Kira macam gi sekolah agama lah . Oh ya dalam kelas tu cuma ada 6/7 orang budak m'sia je dan sorang guru. Tak campur dengan bangsa lain. Yang ramainya anok ambelah....


Okeylah... Kongsi Hadith kali ni :-

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda :

"Tidaklah berkumpul orang-orang di salah satu rumah-rumah Allah (masjid), membaca Al-Quran dan membacanya kepada satu dengan lain melainkan diturunkan
- sakinah (ketenangan) ke atas mereka ,
- rahmat meliputi mereka,
- para malaikat mengelilingi mereka dan
-Allah (swt) menyebut-yebut mereka di perkumpulan malaikat-malaikat."


Wassalam...dan doa untuk sahabat di Palastin juga

2 comments:

hana said...

salam kak.saliza..(i think u older than me right?! heeeeee..)

akhirnya dapat pon singgah!bestnyer akak duk negara arab! kita pon rindu nk g mekah lagik...dulu penah wat umrah... akak dh lama ke kat sana? kije er? akak asal johor ker? kat ner?adoiiii manyaknyer soklan mek hana nih! heeeeeeee.....

kita pon org jhr gak kat bp..tp kije n menetap d kuantan...(tk tnya pon! hahahaaa )heeeeeee.....

Saliza said...

Salam...Hana
Akak duk sini dah lebih kurang 5 bulan dah. suami keje sini. kat sini mana ada pompuan keje bawak kete pun tak leh...
Harap2 hana dapat datang lagi ke mekah ... tu , Insyaallah.Akak akan pergi lagi insyaallah minggu depan konvoi ramai2 dan melawat kawasan sekitar sekali.Itulah aktiviti kat sini tak gi mekah gi madinah.
Akak org ganu tapi dok johor (Megah ria) p.gudang.
Okey...rajin2lah masok2 tu nanti kak za cedok lagi...keh..keh...