Friday, May 16, 2008

Ruangan baru

Hari ni saya nak mulakan satu ruangan baru, khas untuk ibu2 dan teman-teman . "Jom Kongsi Sirah", ianya tercetus apabila saya membaca sirah Rasullullah dan dalamnya ada beberapa cerita pasal kanak-kanak yang mempunyai jiwa islam yang tinggi. Jadi saya rasa perlu untuk saya kongsikan bersama anak-anak saya tentang mereka, supaya sekurang-kurangnya mereka mempunyai jiwa seperti kanak-kanak itu.
Selain itu kisah-kisah sahabat Rasullullah yang sangat sayang dan cintakan nabi akan saya kongsikan bersama untuk kita jadikan bahan tazkirah untuk anak-anak kita terutama lepas solat jemaah InsyaAllah.
Kisah 1
Kisah berlaku semasa Rasullullah hendak ke medan Uhud. Ketika Rasullullah hendak ke medan Uhud, (mengikut riwayat) seramai 17 orang kanak-kanak telah ikut serta untuk berjuang ke jalan jihad bersama Rasullullah. Tetapi Rasullullah telah memerintahkan supaya mereka pulang ke Madinah (kerana belum sampai umur baligh).Walau bagaimanapun cuma, 2 orang sahaja yang telah dibenarkan, iaitu Rafi bin Khudaij dan Samurah bin Jundud.
Rafi bin Khudaij telah dibenarkan ikut serta kerana dia handal memanah. Semasa Rasullullah menyurunya pulang ke Madinah, dia merasa sangat sedih kerana tidak berpeluang berjuang bersama Rasullullah di medan Uhud.Sehinggalah ayahnya berjumpa dengan Rasullullah dan memberitahu akan kebolehan anaknya yang handal memanah. Lalu Baginda telah membenarkannya dan gembiralah dia.
Namum, apabila mengetahui sahabat sebayanya dibenarkan oleh Rasullullah untuk mengikutnya, hati Samurah bin Jundud merasa sedih. Dia pergi bertemu Rasullullah dan bertanya sebabnya.Dia memberitahu Rasullullah bahawa dia pandai bergusti dan jika dia berlawan dengan Rafi bin Khudaij sudah tentu dia akan menang . Rasullullah menyuruhnya berlawan dengan Rafi bin Khudaij dan ternyata Samurah bin Jundud telah menang. Akhirnya Rasullullah telah membenarkannya juga turut serta berperang di medan Uhud. Gembiralah dia.
Lihatlah betapa tebalnya semangat jihad mereka. Walau pun masih kanak-kanak lagi, semangat untuk membela agama telah tersemat dihati mereka sedari kecil lagi tanpa rasa takut pada lawan.Inilah yang kita perlu jadikan,anak-anak yang berani kerana Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Za...
Lahir gak blog kamu ni....
Adin tak de cakap pong pasal blog ni...

Anonymous said...

time kasih.
tapi byk. yg belum tahu nak buat, itupu wife leman yg ajarkan
Adin tahu.. (tapi buat tak tahu je)
guane tahu ni?