Sunday, November 2, 2008

Ziarah Ke Mekah

Assalamualaikum lagi....


Kali ni kami cuma buat ziarah aje.... Kalau ikut plan awal nak buat umrah tapi dah tukar plan pasal masa. Kami putuskan untuk buat ziarah aje. lagipun aku dan keluarga nak ziarah rumah Hafiz kat Mekah tu. esoknya.

Sampai sana kami dapat hotel dan lepas makan , kami turun untuk buat Tawaf Qudum (tawaf Selamat Datang). Alhamdulillah orang tak ramai...dan aku dan anak-anak berpeluang kucup Hajarul Aswad. Aku juga berpeluang solat sunat kat Hijir Ismail (lega nya dan syukur ada rezeki solat kat situ kali ni) . Nak ambil peluang kucup Hajarul Aswad tu...kami kena beratur....dan dikawal oleh polisnya. Sambil beratur tu...sempat anak aku (aiman dan Arif) peluk kaabah yang suci tu...sambil berdoa. Katanya wangi bau kaabah tu. ALHAMDULILLAH.

Harap aku moga dapat anak-anak saudara aku dan keluarga datang sini dan berpeluang sama-sama dengan kami juga suatu hari nanti.


Esoknya.....

Lebih kurang kul...7.05 pagi kami dah siap-siap untuk ke rumah Hafiz. kami guna teksi aje dan Hafiz dah bagitahu kat driver teksi tu. Semasa kami on the way ke sana driver tu yang boleh cakap b.melayu sikit-sikit tu....tunjukkan rumah kelahiran Nabi S.A.W





Rumah Kelahiran Nabi S.A.W




Perjalanan kami kejap aje, sebab rumahnya dekat aje dengan Masjidil Haram rasanya tak sampai 10 minit pun. Tambang nya satu kereta SR10.


Kami sempat besarapan dan bertukar-tukar cerita dan lebih kurang kul 10.10 minit kami dah ke Masjil Haram semula.Seronok anak-anak kat rumah "Ayah De" dan "Mak De". InsyaAllah lain kali kami datang lagi.



kat rumah "Ayoh De dan Mok De"

Okeylah itu aje...



JOM KONGSI HADITH..


Hadith 2....



Abu saad (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:



Allah berfirman : Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dari Ku kerana dia sibuk dengan Al-Quran , Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripada Ku.ketinggian perkataan Allah ke atas segala-gala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah di atas segala ciptaan-ciptaan (makhluk)"



Dengan lain perkataan, berbanding dengan mereka yang memohon rahmat Allah. Dia akan pasti sekali mengurniakan ganjaran yang lebih baik pada orang yang sibuk menghafal Al-Quran atau belajar dan memahaminya yang mana dia tidak ada masa untuk berdoa.

Adalah diketahui umum bahawa jikalau sesaorang membahagi-bahagikan gula-gula atau sesuatu kepada orang-orang lain,satu bahagian akan disiimpan kepada orang yang tidak dapat menghadirinya kerana tugasnya membahagi-bahagikan benda itu yang ditugaskan oleh pembahagi itu sendiri. Dalam hadith yang lain,dalam kontek yang sama, dinyatakan bahawa Allah akan memberi orang yang tersebut yang lebih baik daripada apa yang akan diberikanNya kepada hamba-hamba Nya yang selalu bersyukur.

Wassalam........

4 comments:

REENAZ said...

Patut ler pagi tu senyapppp jer x dgr suara kat bilik sebelah. Rupa2nyer dah p jln...Kami pepagi tu lepak2 & bc quraan kat dataran kaabah. Best sbb x ramai org jd x der le yg nak pijak2 kita masa tgh bc quraan.

Saliza said...

Itu aje peluang yang ade...
nanti ayah tanya pulak dah jumpe ke belum?

cik aa said...

kak za,guana dah bincang lom ngan cik abang pasal nk jaga anak kami nanti?ok ke dia?satu lagi baru ni balik malaysia bnyak bwk mjlh..nk pinjam leh...

Ibn al Haramain said...

kakza...menarik blog nih.cuma nk betulkan sikit,bkn mak de tp che de..hehehe