Friday, September 26, 2008

Raya oh Raya

Kesian sungguh bila terkenangkan nasib diri,anak2 dan suami akan menyambut raya di rantau orang. Pada aku, tak beraya bersama keluarga dah selalu aku rasa....tapi bila beraya di rantau orang dan tanpa ibu bapa lain sungguh rasanya. Inilah kali pertama dalam hidup aku...beraya tanpa ibu bapa. Kalau tak ...beraya dengan keluarga sebelah aku atau sebelah suami menjadi kemestian. Tak pernah lagi kami anak-beranak beraya dan di pagi raya tanpa ibu bapa kami (atuk dan nenek mereka).Kerana biasanya sehari sebelum raya kami akan balik ke rumah neneknya (raya kat Johor) dan beberapa hari sebelum raya (raya kat trg.).
Anak-anak aku yang ramai tu akan turut memeriahkan suasana gitu. Apa tak nya...mereka akan geng dengan atuknya untuk main mercun yang dibeli atuknya atau pakciknya.Nanti kat dalam rumah mulalah makcik-makciknya menjerit-jerit kerana bingit dan ketakutan.Tapi tak boleh nak larang....dah itu yang nak dimainnya.Asalkan ada pengawasan aku pun tak bimbang sangat.Cuma tak kasi pasang sendiri je....Kalau setakat bunga api tu....dia orang tak hairan sangat.Nantilah insyaallah tahun depan atuknya beli mercun lagi banyak dan mainlah puas-puas.Kalau kat terengganu pulak..pun sama, tapi dengan pakcik-pakciknya pulak.Mereka akan berbalas-balas dengan geng yang sebelah sana...tu(kampung felda) lah katakan.meriah sungguh dengan pelita-pelita yang dibuat atuk-atuknya. Kalau kat terengganu atuknya buat pelita guna buluh yang dicari sendiri. Pertama kali tengok pelita tu....rasa pelik sungguh pada anak-anak aku tu...

Aku pun sebenarnya teringat masa kecil-kecil dulu, main mercun jugak...tu dengan abang2 .Lepas tu main-main sembunyi-sembunyi dengan kawan-kawan . Tempat kita sembunyi pulak tu kat atas pokok jambu dan pokok tin yang jadi mangsa. Bila dah kena marah dan dah larut malam baru masing-masing balik.Itulah kenangan.


Pasal...masakan..
Aku dah mula beli sikit-sikit untuk buat hidangan di pagi raya tu...(Ala-ala johor + ganu)
Ala....simple2 aje lagipun tak ada orng kat Yanbu pagi raya tu....ramai yang beraya kat mekah .cuma tinggal aku dan 2/3 famili aje kat sini.


Solat raya...
Suami aku cakap, kami rakyat jelata kat Yanbu ni akan bersolat kat PADANG. bukan kat masjid seperti kat sana.Padang tu .....ialah kawasan tanah lapang yang selapang-lapangnya.Jadi semua akan solat kat situ. Mula solat kul 6.30 pagi masih sejuk lagi...tu. Insyaallah kami akan ke sana...

Anak-anak....
Dah ada yang merungut nak balik raya kat M'sia.Bila meke tengok cik lobonya (jiran kami) balik mereka tanya "tiket masih ada lagi tak?".Aku cakap..."cuma tahun ni aje kita beraya kat sini, tak pe lah kita merasa raya tempat orang, tahun depan...dah raya kat M'sia dah..." Biar dia orang belajar tabah bila menghadapi sebarang dugaan.


Ucapan Raya....

Nak hantar kad raya , kat sini tak ada jual kad raya dan tak ada "Maktabul Barid" (pejabat Pos) pulak. Kat sini semua guna PO Box aje.Jadi masa nak datang dulu aku dah bawa sekali sekeping dua kad raya saja .........nak buat ada dan konon nak hantar tapi tak leh ah....


Kami sekeluarga guna kad ni dan ucapkan Selamat Hari Raya dengan Ucapan....




Simpulan kekeluargaan ini

akan sentiasa daku kenangi

Biarpun dimana beradanya diri

keluarga di sana tetap dihati




Diizinkan ilahi hendaknya kita

moga dapat bersua kembali

di tiba lebaran hari yang mulia

setelah lama kita terpisah




Sisipan salam di Hari Lebaran

Hari kebesaran dan kemuliaan

Janganlah lupa kami di perantauan

Sembah salam dan kemaafan kami hulurkan





UNTUK KELUARGA DI JOHOR




UNTUK KELUARGA DI TERENGGANU





9 comments:

Zuraili said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Inilah namanya pengalaman...

Saliza said...

Selamat Hari Raya juga dari kami sekeluarga untuk kalian sekeluarga.Moga ukhwah kita tetap terjalin hendaknya.

KAHERAH said...

Salam Lebaran dari Erah di Malaysia. Maaf Zahir dan Batin!

cik aa said...

kak za,tahun ni je kta raye sini tahun depan kita pakat balik deh..hu2

Saliza said...

Ya lah cik aa weh. rasenya....ini raya 1st dan last kat sini kot. tapi kalau pose maybe kat sini bestnya.

LYNN said...

Selamat Hari Raya la Saliza.. Kami masih boleh makan lemang dan ketupat lagi. Ni baru buat rendang daging. Hari raye tak der mood nak masak.Hari ni baru teringat nak rebus ketupat segera ADABI. Pagi raye tunggu adik ipor jer bawak ketupat. Lepas tu baru beraya kat kampung pawi sbb dia takut benor kite tak balik beraya kat umah dia.Kite ni raye je gan mak kite 2 beranak dan cucu 4 orang tu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Za & Ahaddin sekeluarga. Kami Fiza & Khairul nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Raya tahun depan kalau balik m'sia jgn lupa dtg rumah yea...

alimsons said...

assalamulaikum....
buat keluarga di sane..
sorry coz lambat comment..
untuk pengetahuan kaky za,yana telah selamat bersalin pada 29 ramadhan kul 9.26am.
dapat baby girl (3.03 kg)...
sekali lagi kami dapat cahayamata menjelang syawal..alhamdulillah...

Saliza said...

Salam...

Tahniah Yana. pandai yana plan

Zah, terima kasih dan selamat hari raya juga .InsyaAllah

Erah dan lynn,
Best ke raya kali ni? cepat2lah ke sini...Kak za pun ucapkan selamat hari raya juga untuk kalian.