Sunday, September 7, 2008

Ziarah pertama - Madinah

Assalamualaikum,

Kebetulan ada masa sikit ni, bolehlah sambung cete sikit, buat kekawang dan sedara-mara kat sini dan m'sia tu.

Dah mula cakp kat Bos, Cuti minggu ni kalau tak pergi jalan-jalan atau beli apa-apa tak pe, cuma tolong bawa gi Mekah atau Madinah je. MESTI... Rasa tak elok tangguh-tangguh kalau dah boleh pergi.Lagipun hati ni rasa dah tak tahan rindu kat 2 tempat yg. mulia tu.

Jadi, on Jumaat, pagi kul 7.00 kami bertolak ke Madinah.PAgi ni juga berlaku satu perkara bersejarah kat Johor (Adik iparku sedang dinikahkan diMasjid Masai) dengan iringan doa, moga diberkati dan dimudahkan segalanya.

Sepanjang perjalanan ke sana, biasalah kat Arab ni, cuma jumpa dan nampak bukit-bukit batu batan je le... bukan macam highway plus m'sia.Tapi, walaupun berbukit-batu tapi cantik sungguh.Teringat semasa belajar goegrafi dulu tentang BMB kat kawasan gurun. Semasa kami sampai kat Bdhr (tempat berlakunya peperangan badar - pada bulan puasa) kami jumpa bukit pasir. SubhanAllah.... Cantik Se..Sungguh...nok kabo v kat demo.
Tengok pasir tu halusnya macam tepung. macam bukit tepung pulak. geramnya....nak panjat.Kami tak singgah pasal mengejar masa supaya sampai sebelum solat jumaat kat Masjid Nabawi tu.


Itulah rupa bukit-bukit batu dan bukit pasir




Dalam perjalanan tu, baru aku dapat bayangkan apa yang aku baca tentang hijrah Rasullullah dan Saidina Abu Bakar. Rupanya begini
jalan-jalan yang dilalui oleh Nabi dan Sahabat setianya tu untuk selamatkan ISLAM kita ni. Rasanya tak akan terbuat oleh kita sekarang kalau disuruh atau diupah sekalipun. Rasanya tak ada manusia yang sanggup bergadai nyawa untuk meredah bukit-bukau yang panas dan kering-kontang tu. Panasnya... kalau letak telor rasanya boleh masaklah. Ho.... panas sungguh.Sepanjang 400km dari Mekah ke Madinah Nabi dan S.S.Bakar berjalan bersama unta nabi (lupa namanya)selama beberapa hari (lupa juga ).
MasyaAllah sungguh besar pengorbanan mu ya Rasullullah untuk aku dan semua.......lebih besar dari ibu bapa kami lagi rasanya.(sedihnya hatini tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata) cuma...."KESIHANNYA NABI AKU" itulah yang terpancul dalam hati ni. Jadi Syukurlah dan hargailah kita, dengan pengorbanan NABI kita tu.Patutlah sepanjang perjalanan Nabi dan S.A.Bakat tu, Sahabatnya asyik berlari-lari anak sekejap ke depan RA sekejap ke belakang RA, kerana takut musuh memanah Nabi,kerana baginya biarlah dia yang kena panah itu dari terkena Nabi. Betapa sayangnya S.ABakar pada RA.Ya Allah...

Aku guna kesempatan ini untuk bercerita serba sedikit pada anak-anak kat belakang yang dah mula rasa letih dan penat. (Padahal hanya duduk je tu...) Itulah budak-budak sekarang. macamana nak jadi macam 2 orang budak yang berebut nak pergi ikut nabi berperang tu.. (ingat lagitak cete dulu) Samurah bin Jundud dan Rafi bin Khudaij yang handal memanah dan bergusti tu. yang telah dibenarkan oleh nabi untuk ikut berperang dalam perang uhud tu...

Lebih kurang kul 11.00 pagi kami sampai juga.Kini aku dah nampak Bandar Yang Bercahaya tu.dimulakan dengan doa nampak bandar madinah kemudian doa masuk bandar madinah..... hati ni... Allahhuakkar... Aku dah sampai dan hampir pada mu kekasihku ya Rasulullah yang aku rindu-rindukan masa kat m'sia lagi.

Pemandangan dalam Masjid Nabawi

Pintu masuk nak ke dalam Masjid


Bertempiaran lari ketakutan burung-burung tu kena kejo dek 3 budak tu

Syukur..........Syukur........syukur......Ya Allah.............

Aku ambil segala kesempatan masa yang ada untuk beribadat kat dalam Masjid . Alhamdulillah aku mulakan semula bacaan quran aku di sini. setelah aku katamkan kat rumah beberapa ari lepas.Buat solat sunat dan mengaji .Wah . bestnya .....

Keluar cari makan jap lepas tu masuk semula untuk solat jumaat. Lepas solat jumaat kami keluar dan ronda-ronda kat complek kat situ.Ngap, abaya satu lepas.....jugak.

Kami masuk semula untuk solat asar jemaah dan balik.....semula ke Yanbu. Nak keluar dari bandar tu tersesat jugak, tapi mungkin tak kasi balik kot. Last jumpa jalan keluar dan terus ke Yanbu. sampai rumah kul 9.00 gitu.

Okeylah, Wassalam...........

6 comments:

KAHERAH said...

Salam kak...

Alhamdulillah akak dapat juga ke sana..Moga Erah dan anak-anak dapat menjadi tetamu-NYA kelak.

Saliza said...

InsyaAllah dapat...

Nanti bolehlah kita konvoi sama-sama. Nanti boleh gilir-gilir jaga baby tu.....

REENAZ said...

Kak za, gilir2 jaga baby boleh...Pas tuh kak za lak dapat baby. Anak arab gitu....he he he

alimsons said...

assalamualaikum...
uda & keluarga ucapkan selamat berpuasa...
salam pantai timur...hehe

Anonymous said...

Salam seme.

Salam uda dan Diana sekeluarga. lama sungguh tak jumpa kome seme. sihat ke? Alhamdulillah kita jumpa gak dalam alam maya ni dont lost contact tau.

Na,

Kak za rasa tunggu Na beranak yang ke 7 kot baru kak za on. kalau tak ....tak lah dah tua.

alimsons said...

Kak Za...
maybe hari raya ni kami dapat cahayamata lagi satu...
kalau ikut scan dapat girl lak..
hari raya ni kami pun xdapat balik kg kot...huhu
kem salam semua eh....