Sunday, November 23, 2008

Debaran demi debaran

Alhamdulillah....


Jumpa lagi kat ruangan ini. Tempat inilah juga dapat rasenye melegakan perasaan ini. Hari ni merupakan hari keberangkatan kawan ku (Maziah SKTR2) dari Johor ke Makah. Aku tak sempat nak berbual dengannye sebab dah terlambat call.Harap-harap kami dapat jumpa nanti kat mane2 aje bile buat haji ....
Cume aku dapat bercall dengan kaka Fazi tapi Alhamdulillah banyak info2 yang dah dititipkan buat bekalan aku nanti. Terimakasih Abang Mad dan Akak Fazi. Walaupun perbualan kita kekadang terganggu, tapi aku rase puas kerana dapat penerangan sedemikian.

Aku cuba juga untuk mencall beberape lagi kawan dari sana (Ustazah Somedah), yang aku memang hormati dan juga kak Faridah . Harap nanti aku akan mendapat penerangan lagi darinye.

Bila kekawang kat sane tahu aku nak buat haji tahun ni, mereka agak terkejut....tapi, tetap mendoakan aku. InsyaAllah aku akan buat mengikut apa yang dah aku faham.

Sekarang aku dalam proses nak buat ringkasan dan catitan doa2 yg mengikut kronologi hari. (Kak Fazi) yang pesan suruh buat macam tu. Aku akan tulis kat kepingan kecil manilakad dan senang nak bawa .
Pasal doa Tawaf insyaAllah aku dah jumpa doa yang ringkas. dan aku akan susuli dengan doa sendiri.Alhamdulillah.

Satu yang aku nak tanye sesiape je yang bace blog ni, Pasal....bermalam di Muzdhalifah(Mabit fi Muzdhalifah).
- kite akan ke sane dari wukuf di Arafah.
-Pergi ke Muzdhalifah selepas asar
-Solat maghrib dan Isyak secara jamak takdim
- (Kalau ikut yang afdal selepas subuh baru bertolak keMina) - Tapi......
> Boleh tak kite ke Mina sebelum subuh? - Maksudnye solat subuh kat Mina je...
>Semase kat Muzdhalifah, maksud bermalam tu... kene tidur ke? atau hanye cukup dengan singgah saje?

(Kalau ade sesiape yang lebih berpengetahuan tentang perkara ini tolong jelaskan. TK)

Sekarang ni pun dah sibuk buat persiapan bekalan nak dibawa . Yang perlu2 aje. Buat persiapan awal2 takut ade bende penting yang tertinggal.Aku juga akan selalu buat latihan berjalan kaki kat taman... kerane katanya mungkin perlu kite berjalan juga dari satu tempat ke satu tempat yang tak kurang juga jauh. Jadi perlulah stamina untuk kaki belajar tak jadi manje kalau kena jalan jauh. HArap2 kaki aku akan spoting walaupun aku ade masaalah sakit kaki .


Beberpa perkara nak kongsi...
Semase ambil wuduk..

1) Semase basuh tangan kanan :
berdoa : "Ya Allah gerakkanlah tangan ku ini untuk mengambil rekod ku di padang mahsyar nanti / melakukan perkara yang makruf didunia ni.

2) SEmase basuh tangan kiri :
Berdoa : "Ya Allah jauhkanlah tangan ku ini mengambil rekod ku di padang mahsyar nanti / dan melakukan kejahatan di dunia ini.

3)berkumur-kumur
berdoa : "Ya Allah biarlah aku ini sentiase berzikir dan bertahmid kepada mu"

4)Basuh muka
berdoa : " Ya Allah sinarilah wajah ku nanti di padang mahsyar

5) Basuh tangan hingga ke siku kanan dan kiri (same macam basuh tangan )

6) Menyapu kepala
berdoa : "Ya Allah. lindungilah aku di padang mahsyar dan di dunia)

7) menyapu telinga
berdoa : "Ya Allah, dengarlah dan sukakanlah aku mendengar perkara yang makruf dan bencikanlah dan jauhkanlah aku mendengar perkara yang mungkar)

8) Basuh kaki kanan
berdoa : "Ya Allah gerakkanlah kaki ku menuju ke pintu syurga / menuju ke tempat yang makruf di dunia dan/ tetapkanlah kaki ku di titian sirotolmustakim hingga ke syurga.

9)Basuh kaki kiri
berdoa :"Ya Allah jauhkanlah kaki ku menuju kepintu neraka / menuju ketempat maksiat di dunia / dan tetapkanlah kakiku di titian sirotolmustaqim hingga ke syurga.

Amalan tu aku amalkan , dari tingkatan 5 semase di Sekolah Agama Mahmudiah , Kuala Berang Terangganu. Yang bagi doa tu ialah cikgu Norlizam guru bahasa melayu mase tu...

InsyaAllah mereka (guru-guru ku ) juga akan termasuk dalam senarai doa aku nanti di Arafah.


Okeylah.....Wassalam.



9 comments:

Saliza said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualikum...
Akak terbaca pasal kemusykilan ke Mina...disini akak cuba jelaskan macamana sebenarnya Nabi s.a.w buat coz of course kita seboleh2nya ikutlah manasik baginda...Pada 8 Zulhijjah, Baginda bertolak ke Mina selepas subuh dan Baginda tunai solat zuhur,asar,maghrib, isya' & subuh dgn menqasar solat dan tidak jamak.Bila matahari terbit pada 9 Zulhj baru bertolak ke Arafah. Selepas terbenam matahari 9 Zulhj baru bertolak ke Muzdalifah dan tunai solat maghrib & isya'(jamak taakhir) di Muzdalifah. (kena sampai di Muzdalifah before midnite). Di Muzdalifah Baginda rehat sehingga terbit fajar.Selepas solat subuh barulah ke Mash'aril Haram (doa,takbir,tahlil & ucap kalimah tauhid) hingga subuh agak lewat dan barulah bertolak ke Mina sebelum matahari terbit.
Hopefully this brief explanation will help you understand what our Prophet s.a.w underwent during his haji wadak...semoga mendapat haji mabrur...Kak Na

Anonymous said...

salam kak za..
apa khabar?lama tak jumpa..rindu rasanya..
insyallah kalau tak ada apa2 halangan..kami pon ikut haji nanti insyallah..
kita jumpalah nanti jika diizinkan Allah..bila2pon masa melontar ke..hihi..
salam utk anak2

Saliza said...

Terima kasih bayak2 kak na. Tapi macam za kata, kami mungkin hanya buat sampai nafal awal je. tak tunggu hingga hari ke 13. pasal bas dah nak balik ari tu.
Kalau boleh memang nak ikut manasik haji Rasulullah, lagilah ini haji pertama. Pasal kronologi tu...alhamdulillah za dah faham..., cume, nak tahu kene tidur ke tak kat muzdalifah tu? Ade yg. kate cukup kalau kita hanye singgah aje selepas setengah malam tu. maksud za, (kalau pukul 12 keatas hingga ke subuh tu...kite tido kejap atau boleh kite tak tido?)

Nak mintak pendapat akak, kalau dari muzdhalifah tu, kalau terus gi mekah untuk buat tawaf ifadah dan terus bercukur (tahlul awal)dan petang baru balik semula ke mina untuk melontar di Jamrah Aqabah tu rasenye okey tak?lepas melontar baru balik ke khemak kite.
TQ

Saliza said...

Salam...Ayu, kak za dapat ayu punye fp dari blog kawan kak za.Ape2 nanti kat sane jangan lupe caling2 kak za. mane tahu ade rezeki kite dapat jumpe same2 kat sane nanti.Nanti bolehlah juga kak za buat rujukan dengan ayu dan kawan2 .Ok

Anonymous said...

assalamualaikum...maaf kerana lambat reply...kinda busy...pasal boleh ke tak untuk tidak bermalam di muzdalifah..susah nak jawap kerana different people akan jawap differently..cuma mcm akak ckp that day..as much possible try to ikut apa yg Nabi kita buat coz kalau kita buat lain bermakna kita telah meletakkan apa yang Baginda buat tidaklah sempurna mana that is why kita buat yg lain...dan sesungguhnya ibadat yang ditambah akan tertolak olehNya..so be careful of what we gonna do..masa kat Muzdalifah Baginda cuma rehat dan tidak hidupkan malam untuk esok punya event..mlm2 lain Baginda beribadat pada malam hari...kalau za tak berapa clear cuba cari kat internet bout manasik haji rasul coz nak terangkan kat sini it's too lengthy..akak doakan agar za buat yang terbaik kerana haji yg pertama je yang wajib n make sure that u choose the right one either tamattuk, ifrad or qiran coz actually jenis2 haji ini adalah bergantung kepada binatang korban yang dibawa sebelum melepasi miqat......

Saliza said...

Okey kak ina...
Kalau macam tu...za kene tukar plan lah. Kalau gitu maknenye kite kene buat ikut mase seperti nabi buat jugaklah kan. contoh...Kalu gi melontar aqabah 10 zulhijjah tu...kene gi waktu dhuha.lepas tu...bercukur, dan baru gi mekah untuk tawaf.

Doa2 mase tu Allah mudahkan.
Terima kasih kak ina

Anonymous said...

salam kak za..
kak za masuk makkah berapa haribulan?
ayu nak confirmkan abaya yang kak za nak tu..
1)abaya Zarqa'[warna=biru][saiz 52].
2)abaya Zahabi[warna=?][saiz=52]
betul tak?kalau ada apa2 pembetulan tinggal komen di fotopages ayu ya.
jumpa nanti insyallah

Anonymous said...

cubalah sedaya upaya ikut apa yang Nabi s.a.w buat...melontar pada hari nahar hendaklah waktu duha dan pada hari2 tasyrik selepas gelincir matahari...kerana semasa khutbah Baginda di padang Arafah, Baginda menekankan agar semua mengambil manasik hajinya dan oleh kerana kita adalah umatnya seboleh2nya buatlah mengikut apa yang disuruhnya...semoga Za mendapat haji yang mabrur..doalah banyak2 kerana Allah s.w.t telah berjanji yang balasan haji mabrur adalah syurga...