Sunday, November 23, 2008

Debaran demi debaran

Alhamdulillah....


Jumpa lagi kat ruangan ini. Tempat inilah juga dapat rasenye melegakan perasaan ini. Hari ni merupakan hari keberangkatan kawan ku (Maziah SKTR2) dari Johor ke Makah. Aku tak sempat nak berbual dengannye sebab dah terlambat call.Harap-harap kami dapat jumpa nanti kat mane2 aje bile buat haji ....
Cume aku dapat bercall dengan kaka Fazi tapi Alhamdulillah banyak info2 yang dah dititipkan buat bekalan aku nanti. Terimakasih Abang Mad dan Akak Fazi. Walaupun perbualan kita kekadang terganggu, tapi aku rase puas kerana dapat penerangan sedemikian.

Aku cuba juga untuk mencall beberape lagi kawan dari sana (Ustazah Somedah), yang aku memang hormati dan juga kak Faridah . Harap nanti aku akan mendapat penerangan lagi darinye.

Bila kekawang kat sane tahu aku nak buat haji tahun ni, mereka agak terkejut....tapi, tetap mendoakan aku. InsyaAllah aku akan buat mengikut apa yang dah aku faham.

Sekarang aku dalam proses nak buat ringkasan dan catitan doa2 yg mengikut kronologi hari. (Kak Fazi) yang pesan suruh buat macam tu. Aku akan tulis kat kepingan kecil manilakad dan senang nak bawa .
Pasal doa Tawaf insyaAllah aku dah jumpa doa yang ringkas. dan aku akan susuli dengan doa sendiri.Alhamdulillah.

Satu yang aku nak tanye sesiape je yang bace blog ni, Pasal....bermalam di Muzdhalifah(Mabit fi Muzdhalifah).
- kite akan ke sane dari wukuf di Arafah.
-Pergi ke Muzdhalifah selepas asar
-Solat maghrib dan Isyak secara jamak takdim
- (Kalau ikut yang afdal selepas subuh baru bertolak keMina) - Tapi......
> Boleh tak kite ke Mina sebelum subuh? - Maksudnye solat subuh kat Mina je...
>Semase kat Muzdhalifah, maksud bermalam tu... kene tidur ke? atau hanye cukup dengan singgah saje?

(Kalau ade sesiape yang lebih berpengetahuan tentang perkara ini tolong jelaskan. TK)

Sekarang ni pun dah sibuk buat persiapan bekalan nak dibawa . Yang perlu2 aje. Buat persiapan awal2 takut ade bende penting yang tertinggal.Aku juga akan selalu buat latihan berjalan kaki kat taman... kerane katanya mungkin perlu kite berjalan juga dari satu tempat ke satu tempat yang tak kurang juga jauh. Jadi perlulah stamina untuk kaki belajar tak jadi manje kalau kena jalan jauh. HArap2 kaki aku akan spoting walaupun aku ade masaalah sakit kaki .


Beberpa perkara nak kongsi...
Semase ambil wuduk..

1) Semase basuh tangan kanan :
berdoa : "Ya Allah gerakkanlah tangan ku ini untuk mengambil rekod ku di padang mahsyar nanti / melakukan perkara yang makruf didunia ni.

2) SEmase basuh tangan kiri :
Berdoa : "Ya Allah jauhkanlah tangan ku ini mengambil rekod ku di padang mahsyar nanti / dan melakukan kejahatan di dunia ini.

3)berkumur-kumur
berdoa : "Ya Allah biarlah aku ini sentiase berzikir dan bertahmid kepada mu"

4)Basuh muka
berdoa : " Ya Allah sinarilah wajah ku nanti di padang mahsyar

5) Basuh tangan hingga ke siku kanan dan kiri (same macam basuh tangan )

6) Menyapu kepala
berdoa : "Ya Allah. lindungilah aku di padang mahsyar dan di dunia)

7) menyapu telinga
berdoa : "Ya Allah, dengarlah dan sukakanlah aku mendengar perkara yang makruf dan bencikanlah dan jauhkanlah aku mendengar perkara yang mungkar)

8) Basuh kaki kanan
berdoa : "Ya Allah gerakkanlah kaki ku menuju ke pintu syurga / menuju ke tempat yang makruf di dunia dan/ tetapkanlah kaki ku di titian sirotolmustakim hingga ke syurga.

9)Basuh kaki kiri
berdoa :"Ya Allah jauhkanlah kaki ku menuju kepintu neraka / menuju ketempat maksiat di dunia / dan tetapkanlah kakiku di titian sirotolmustaqim hingga ke syurga.

Amalan tu aku amalkan , dari tingkatan 5 semase di Sekolah Agama Mahmudiah , Kuala Berang Terangganu. Yang bagi doa tu ialah cikgu Norlizam guru bahasa melayu mase tu...

InsyaAllah mereka (guru-guru ku ) juga akan termasuk dalam senarai doa aku nanti di Arafah.


Okeylah.....Wassalam.



Saturday, November 15, 2008

Suatu Hari...

Salam semua....

Ini adalah kisah yang dah berlaku pada aku hingga kesannya sekarang . Sedang aku asyik dengan kerja-kerja dunia kat rumah ni... tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan dari seorang sahabat aku yang juga dipanggil Allah untuk menjadi tetamunya nanti.

Ring....Ring....Ring......

Selepas beberapa perbualan kami, aku disuruh supaya mengikuti suatu rancangan TV 3 . secara on line. Sebelum ni aku ada dengar tentang tu... tapi kenapa aku tak buka -buka lagi . Entahlah...

Tapi kali ni hati ini macam tak sabar-sabar nak tengok rancangan tu.... Setelah dah selesaikan apa yang perlu., dan dengan suasana yang tak ada gangguan...dari anak-anak aku buka dan saksikan rancangan tu..... (Al-Kuliyah 31 Oct).Rasanye dah ramai kawan yang dah dengar rancangan ni.

Ya Allah ...
Betul-betul tersentuh hati ini bila saja menyaksikan rancangan tu....
Titisan demi titisan air mata ini gugur...rupanya aku tak seorang yang mengalami perasaan begitu..., cuma aku tak tahu nak ucapkan bagaimana.... Rasanya samalah perasaan aku dengan penceramah tu.... Tapi Alhamdulillah dengan itu aku mula mendapat kekuatan dan keyakinan. . Alhamdulillah itu menjadi motivasi bagi aku.Terima kasih sahabat ku....


Betullah seperti yang dibuat dan dikatakan itu, Apabila kita bermunajat dengan Allah hati kita jadi tenang setenang tenangnya. Aku juga rasa (perasan) Allah dah dengar luahan aku .Cuma rasa takut tu....sikit2 aje.Terima kasih juga kawan-kawan atas motivasi yang diberikan tu...Sekarang aku cuma perlu banyakkan amalan dan tampal kesalahan aku tu.... Aku tahu ALLAH maha pengasih dan penyayang lebih dari segala-galanya. Aku rasa Allah masih sayang kan aku walaupun aku dah banyak lalai dan buat banyak dosa pada Nya.Moga aku diampunkan sebelum aku menjadi tetamunya.
Aku harap aku akan menjadi tetamu Nya yang paling istimewa nanti walaupun bekalan aku tak banyak seperti orang lain.
Sekarang Air mata menjadi terlalu murah . Tapi...biarlah ia jatuh , supaya menjadi peringatan aku pada Allah sentiasa setiap saat dan jika itu akan mendalamkan lagi ketakwaan aku padaNya.
Aku dah terima hakikatnya....mungkin inilah bahagian aku . Membuat keputusan menyahut panggilannya dalam masa yang singkat. tidak seperti kebanyakan orang . Mungkin itu Qada aku ALHAMDULILLAH. Walaupun sebelum ni cita-cita aku nak banyakkan dulu ilmu dan amalan kebaikan sebelum menjadi tetamunya.

Aku ni bila ada kekalutan tak pandai nak cerita kat orang Hatta kat suami, tapi hanya DIA lah tempat aku mengadu selama ni. Kerana hanya dia yang benar-benar faham perasaan aku samaada yang tersirat atau yang tersurat. Benarlah Cinta pada NYA adalah CINTA yang AGONG.Tapi....bestnya kalau ada kawan-kawan terdekat seperti dulu....(Kak Fazi/Kak Faridah / Kak somedah / Maziah /Zah Khairul)dan banyak lagi) yang dapat berkongsi perasaan ini.Buat, kak Faridah....tak sangka rupanya za akan menjadi tetamunya dulu dari akak. Maziah, tak sangka kita akn menjadi tetamunya pada tahun yang sama. Kak Fazi....doakan za kat sini ......

Kongsi Hadith 4:-

Aisyah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) pernah bersabda:
"Sesaorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada dikalangan para malaikat yang mana mereka itu adalah pencatit-pencatit mulia dan lurus, dan sesaorang yang tidak lancar di dalam membaca Al-Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya , akan mendapat ganjaran dua kali ganda"

"Sesaorang yang ahli dalam Al-Quran"
Sesaorang yang cekap menghafal dan mambacanya. Lebih terpuji jika menguasai maknaya.

"Akan berada di kalangan malaikat-malaikat"
Seumpama malaikat-malaikat yang memindahkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz (kitab yang dipelihara dis isi Allah)
Dia memindahkan bacaannya kepada orang lain, dengan itu kedua-duanya mempunyai pekerjaan yang sama.

WASSALAM......

Tuesday, November 11, 2008

Beberapa Perkara

Salam...



Perhatian..


(Kepada kekawang yang ada buat komen dalam etikal sebelum ni... harap maaf pasal kak za dok leh nok jawab balik. Sebab kak za pun tak tahu kenapa bahagian tu buat hal pulok. Kak za dok reti nok baiki guane bahagian comment tu. Kalau ada sesiapa yang tahu tolong ajar neh)


Jiran Baru...


Hari ni , Alhamdulillah aku dapat jiran baru. Namanye..."Mah" aje aku panggil (Bab name ni aku lost sikit susuh nok ingat). Mereka anak beranak baru sampai dari Johor. Kat sana mereka pun jiran aku..gak (tukarlah cakap "ANA" pulok).


Insyaallah esok kami nak buat projek menanam sayur lagi. Mah ada bawak benih pokok kari. Nampaknya lepas ni bolehlah kami jual daun kari ...pulak.




Sambungan Hadith 3.


Uqbah Ibnu Amir (ra) telah berkata bahawa :-


"Rasulullah (saw) telah datang kepada kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya sama ada salah seorang diantara kami suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa perlu melakukan satu dosa pun atau memutuskan tali silaturrahim. Kami menjawab bahawa setiap orang antara kami suka untuk mengerjakannya. Rasulullah (saw) kemudian bersabda bahawa pergi ke masjid dan membaca dua potong ayat dari Al-Quran adalah lebih baik dari dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih berharga daripada tiga ekor unta betina, dan begitulah juga membaca empat potong ayat adalah lebih baik daripada empat ekor unta betina dan juga jumlah yang sama daripada unta-unta"


Suffah :

adalah nama bagi sebuah lantai yang ditinggikan dalam masjid nabi (saw) di madinah dan pernah didiami oleh orang Islam muhajirin yg. miskin,. Mereka dikenali dengan nama Ashab As-Suffah.


Buthan dan Aqiq :

Dua buah pasartempat unta-unta berhampiran dengan kota Madinah. Unta betina yang ada bonggol besar - itu yg paling disukai oleh orang arab


Tanpa melakukan dosa besar :

Sesuatu itu boleh didapati tanpa tenaga sama ada melalui pemerasan , pewarisan yang salah ,atau pencurian.


Rasulullah meletakkan syarat ini semua.Dapat sesuatu dan tak perlu melakukan dosa , memang menjadi kehendak manusia. TETAPI.... yang lebih bernilai adalah mempelajari beberapa potong ayat Al-Quran.


MAKSUDNYA... Biarlah seberapa banyak pun harta yang kita ada atau kekuasaan yang kita ada , lambat laung pasti kita akan mati juga.Tetapi ganjaran bagi satu ayat akan kekal selama-lamanya.

Wassalam




Monday, November 10, 2008

Panggilan Haji

Salam....

Sekarang dah masuk ke bulan haji. Ramai juga warga m'sia kat Yanbu ni tunaikan ibadat haji tahun ni, termasuk suami aku jugok. Aku...? kalau ikutkan perancangan awal aku nok gi tahun depan...pasallllllllll (tak payah nok cereta kat sinilah ) tapi.....bila bos kata pergi je tahun ni, aku pun macam akurlah jugok.
Walaupun dalam keadaan yang serba kelam-kabut, serba kekurangan ilmunya , aku jadi terlalu takuttttttttttttt sangat dan sedih pun ade.(Ini haji pertama nak dilaksanakan) mesti terbaik dari yang terbaik. Ya Allah hanya Allah saja yang tahu perasaan aku. Sosoh nok cete kat orang (Terlalu spiritual sangat).
Tapi....aku hanya berusaha keras dan sentiasa bertawakkal pada Allah yang Penyayang. InsyaAllah jika aku tetap juga ditakdirkan olehNya untuk melaksanakan haji tahun ni , maka akan pergilah aku...dan akan melaksanakannya dengan yakin.
Sekarang ...aku harap, siapa saje yang ade pengetahuan dan pengalaman haji , jomlah kongsi dengan aku. Moga-moga ....dapat aku jadikan panduan untuk menambahkan lagi bekalan aku kesana.
Kalau orang tanya kenapa aku takutttt sangat.......,
bukannya aku takut orang ramai...,
bukannya takut cuaca,
bukannya takut tinggalkan anak-anak aku
atau takutkan kesusahan kat sane.... tapi aku takut haji pertama aku dalam keputusan yang singkat ini , tak dapat aku buat dengan sempurna kerana kekurangan bekalan. (sama ada bekalan sebelum atau semasa haji nanti ) .Aku takut haji yang wajib pada aku ni , tak diterima Allah. Ya Allah.... Tolonglah aku.....
Ya Allah aku akan pergi dengan amalan yang masih kurang dan tersangat kuranggggggggggg.
Ya Allah berilah Rahmat mu pada aku nanti
Ya Allah tenangkanlah hati aku
Ya Allah Sempurnakanlah segala ibadat ku nanti.
Sekarang mungkin dah tiba masanya aku akan merialisasikan apa yang aku belajar dulu. Walaupun banyak yang dah lupa tapi....insyaallah aku akan polish semula secepat mungkin.
Pada semua doakanlah supaya aku dapat menjalankan ibadat di sana nanti dengan lancar dan tenang.Mungkin doa kamu lebih baik dari doa aku sendiri....

Saturday, November 8, 2008

Ziarah Ke Madinah

Alhamdulillah...
Aku , suami dan seorang anak aku telah gi ke Madinoh pulok minggu ni. Lama doh kami dok gi Madinoh ni. Lebih kurang 2 bulang doh. start bulan pose sampai raye dok gi lagi ni baru gi pulok.
Tolok kul...7.00 pagi dengan keluarga kawang aku ....dan sapa kul 10.00 gitu. Bereti kat sejid Quba dulu. Turun-turun dari kete.. Ya Allah...SEJUKNYA............ Anging sejuk sungguh. macag kat Cameron Highland gitu. Nok ambik wuduk tu.....sekali hal lagi , k e ta g e g a. Aku ni memang pantang sikik dengang sejuk ni, biar panah dok ape sikit. tapi kalu sejuk ni kaloh ambe.....
Itulah kebesaran Allah . Bila Dia nok wak panah jadi panah....dan nok wak sejuk jadi sejok...SUBHANALLAH....
Sebenarne itu kali pertama aku sapa sejid Quba tu. ALhamadulillah sempat buak solat yang sewaktu dengannya.Kebetulan kat kaki lime sejid tu ramai pulok mokcik-pokcik ju'al barang2. Dang agi aku beli kain selepang ke anok2 aku bab sejuk lajok....muruh je....SR10 je. okeylah tu. Kat pasor malang m'sia tak dok jual bende tu... ke guane?

Rasenye seme doh tahu sejarah sejid Quba tu....kan....:-
(Tahu doh dok apelah tapi nok cete jugok....ni pasa doh lame dok ngajar, orang tak boh tahu pung nok cete jugok)

- Masjid pertama di bina dalam sej.islam atas dasar TAQWA dan IMAN YG. PADU.
- Rasullullah (SAW) selalu pergi ke masjid tu pada tiap-tiap hari sabtu, kasang2 ari isnin dan khamis
- Rasulullah gi naik unta atau berjalan kaki
- Rasulullah Bersabda : Sape yg. wuduk kat rumoh dia dan gi sejid Quba untuk solat, diberi ganjaran pahala seperti menunaikan umrah. BESARNYA FADHILAT NYA KAWANG@ kang.
-Terletak di perkampungan Quba'
- 3 km dari bandar Madinah
- siloh-siloh name Quba' tu ialah sempena name sebuah telage kat situ.
PEMBINAANNYA..
- Pada ari pertama Nabi sapa di perkampungang Quba' (Hijrah dari Mekah)
-Ari tu 8 Rabi'ul Awwal = 23 sep. 622M
- Nabi duk situ selama 4 ari
-Nabi turut serta buak sejid tu
-Nabi pikul batu-bate sampai bengkok tubuh nabi
- Baju nabi penuh dengan debu-debu dan pasir
-Sahabat nok tolong angkat, nabi dok vi. nabi suruh gi angkat wak lain.

MULIA SUNGGUH HATI SEORANG PEMIMPING AGONG KITE. (sebab tu kite kena sayang R.A)

Okeylah sambung lagi...

Lepas tu baru gi sejid Nabawi. Ramai ju'pe dengang jemaah haji dari Malaysia . Gembira dapat tengok dere M'sia kat bek2 jemaoh haji tu. Lepah kene check beg dapat masuk gok dalam sejid. (Lepas lagi seludup h.phone dalam masjid- care kena ade).
Macam bese, aku cari sof paling depan aje... rezeki aku kali ni dapat sof ketiga dari depan. Alhamdulillah. Sementara tunggu solat Jumaat, dang agi aku perabih bacaan Quran aku (suroh Al Taubat) legeeeeeeee.
Lepah solat jumaat, sekali lagi nok jadi ke rezeki aku ari tu agoknye....aku dang masuk dan solat sunat kat RAUDHAH . sepanjang2 tu aku ucap syukur sebab berpeluang solat kat situ kali ni (kali pertama) . Legeeeee dapat ucap salam sendiri pada Kekasih yang dirindu ....Rasulullah.Hanya Air mata yng menjadi saksi pertemuan kita ya Rasulullah.
Sebelum tu ada Ustazah berbangsa Indonesia bagi tazkirah sikit untuk jemaah hari M,sia dan Indonesia. Aku dan kawang aku (Mas - permata hati ku) tumpang sekaki. Hilang haus dengar tazkiran sebab doh lame dok dengor nasihat dan panduan agame secara live gitu.
Lepas selesai urusan kat situ, ucap salam pada Rasulullah dan kembali semula ke acara bebas. Gi makang beto...makang pulok kak Restoreng Indonesia. Beh jugok makang situ dok lah maha sangak. kire ok lah harge kat situ.
Oh ye ...kami makang nasi campur. macang-macang lauk ade. Bestnye sup kaki lembu pung ade.
Sebelum gi tempak laing, kami singgah pulok kat Bukit Uhud. Ziarah kejap makam pejuang Syahid kat situ dan sedekahkan Al-Fatihah. Saidina Hamzah telah mati di situ dalam perang Uhud. Betullah kata kawang aku (Kak Fazi) tanah kat situ masih merah...seolah-olah masih ade darah pejung islam yang syahid tu.Subhanallah.Aku pung dang jugok panjak bukit Uhud (bukit pemanah)tu....bestnye...panjat bukit. Teringat panjat bukit kat kebun.
Lepas tu pulok gi kat tempak orang pere unte. Masyallah....wanginye baung situ....rasenye kalu pakse aku makang nasik situ aku muntuh mula. Uhhhhh wangi sungguh. Beli susu unte wak balik rumuh.Katenye best....tapi aku dok lalu lagi lah ...
Lepas tu... gi pulok tempat orang lelong2 barang2. Macamg2 barang ade dari pinggang-mangkuk, perabut,baju terpakai dan macam-macam adelah...
Aku dan bapaknye...beli gok 4 helai baju Overcoat untuk paka musing sejuk kekgi. Muruh je....RS30 je selai. Kalau ikut yang baru mahu gi 300 ratus sela tu. Okeylah tu...kite orang kampung nok wak selimuk musim sejuk ...Teringat kat kawang aku kat Johor tu...(Kak Fazilah), kalu ade dia jadi kami shooping......"Nanti datang sini kite jalang-jalang ye kak."
Aku dang gok beli barang antik, kaki lilin . muruh je RS5 je. Dok lah come mane...tapi ...come.Dang gok berebuk jam antik dengan pok arab. last-last buleh ke dia gok RS110 tapi memang cunnn
Kami dok raung belake...pasa doh nok gharib. (Insy..lain kali kami datang lagi).
Gi solat gharib kat sejid Qiblatain. Kemudian ke JARIR pulok untuk beli barang sikit. lepas tu terus balik Yanbu.
Kul 9.00 malam Alhamdulillah kami sampai.



Tuesday, November 4, 2008

Nasi Dagang

Alhamdulillah dulu...


Semalam sempat dan jadi juga projek aku nak buat nasi dagang. Dah lama kepingin nak makan nasi dagang dan baru hari tu sempat buat . Alhamdulillah kat sini pun ada jumpa ikang aye (ikan tongkol) dan bolehlah buat nasi dagang. Percubaan pertama guna beras kat sini nampaknya macam berjaya....


Kami punya projek (Dengan kak tie), mula lepas waktu zohor, dan siap lepas asar....dan kebetulannya, Nor (Cik aa - Perjalanan ini) datang untuk hantar buah tangan dari ganu. Alhamdulillah ada rezeki juga untuk Nor. Untuk Nor sekeluarga Syukran jazilah...ya Nor,

Sunday, November 2, 2008

Ziarah Ke Mekah

Assalamualaikum lagi....


Kali ni kami cuma buat ziarah aje.... Kalau ikut plan awal nak buat umrah tapi dah tukar plan pasal masa. Kami putuskan untuk buat ziarah aje. lagipun aku dan keluarga nak ziarah rumah Hafiz kat Mekah tu. esoknya.

Sampai sana kami dapat hotel dan lepas makan , kami turun untuk buat Tawaf Qudum (tawaf Selamat Datang). Alhamdulillah orang tak ramai...dan aku dan anak-anak berpeluang kucup Hajarul Aswad. Aku juga berpeluang solat sunat kat Hijir Ismail (lega nya dan syukur ada rezeki solat kat situ kali ni) . Nak ambil peluang kucup Hajarul Aswad tu...kami kena beratur....dan dikawal oleh polisnya. Sambil beratur tu...sempat anak aku (aiman dan Arif) peluk kaabah yang suci tu...sambil berdoa. Katanya wangi bau kaabah tu. ALHAMDULILLAH.

Harap aku moga dapat anak-anak saudara aku dan keluarga datang sini dan berpeluang sama-sama dengan kami juga suatu hari nanti.


Esoknya.....

Lebih kurang kul...7.05 pagi kami dah siap-siap untuk ke rumah Hafiz. kami guna teksi aje dan Hafiz dah bagitahu kat driver teksi tu. Semasa kami on the way ke sana driver tu yang boleh cakap b.melayu sikit-sikit tu....tunjukkan rumah kelahiran Nabi S.A.W





Rumah Kelahiran Nabi S.A.W




Perjalanan kami kejap aje, sebab rumahnya dekat aje dengan Masjidil Haram rasanya tak sampai 10 minit pun. Tambang nya satu kereta SR10.


Kami sempat besarapan dan bertukar-tukar cerita dan lebih kurang kul 10.10 minit kami dah ke Masjil Haram semula.Seronok anak-anak kat rumah "Ayah De" dan "Mak De". InsyaAllah lain kali kami datang lagi.



kat rumah "Ayoh De dan Mok De"

Okeylah itu aje...



JOM KONGSI HADITH..


Hadith 2....



Abu saad (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:



Allah berfirman : Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dari Ku kerana dia sibuk dengan Al-Quran , Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripada Ku.ketinggian perkataan Allah ke atas segala-gala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah di atas segala ciptaan-ciptaan (makhluk)"



Dengan lain perkataan, berbanding dengan mereka yang memohon rahmat Allah. Dia akan pasti sekali mengurniakan ganjaran yang lebih baik pada orang yang sibuk menghafal Al-Quran atau belajar dan memahaminya yang mana dia tidak ada masa untuk berdoa.

Adalah diketahui umum bahawa jikalau sesaorang membahagi-bahagikan gula-gula atau sesuatu kepada orang-orang lain,satu bahagian akan disiimpan kepada orang yang tidak dapat menghadirinya kerana tugasnya membahagi-bahagikan benda itu yang ditugaskan oleh pembahagi itu sendiri. Dalam hadith yang lain,dalam kontek yang sama, dinyatakan bahawa Allah akan memberi orang yang tersebut yang lebih baik daripada apa yang akan diberikanNya kepada hamba-hamba Nya yang selalu bersyukur.

Wassalam........

Pertama kali ke Jeddah.



Assalamualaikum....

Cuti minggu ni kami seme ke Jeddah sempena ada rumah terbuka di kedutaan Jeddah pada malam khamis tu. Seronok juga bila konvoi ramai-ramai (8 buah kereta). Lebih kurang kul 4.50 kami bertolak dan sampai Jeddah kul 7.30 kot (lupalah). Alhamdulillah ...kereta kami selamat sampai juga kat sana.

Sampai sana...lepas ucapan serba ringkas kami pun belasahlah....segala makanan yang ada. Tapi banyak-banyak makanan yang aku cari tak ada ...(Satay) . Ingatkan ada satay, boleh anak-anak aku makan kat sini...tapi..tak de pulak.

Dalam masa makan dan sembang -sembang tu... jumpalah dengan Siti Hajar(isteri ustaz hakim) dan Ayu(isteri ustaz A.Rahman). Kemudian kami di pertemukan dengan sedara aku yang memang kami nak jumpa tu.... (Mohd Hafiz dan Isterinya). Tak sangka pulak dapat jumpa kat situ , ingat kan jumpa kat Mekah esok. Allah lebih tahu segalanya.

Sebenarnya kami tak pernah jumpa sebelum ni, cuma bila ayah suruh kami cari satu sama lain baru kami usahakan dan Alhamdulillah kami dah jumpa. Sekurang-kurangnya aku ada juga sedara kat sini.

Bersama Ismah (isteri Hafiz)


Nok cete...gok ni, Aku jumpa dengan Eja dan Erma Fatima jugak kat situ. Mereka buat pengambaran kat Mekah untuk cete "Tasbih Cinta " untuk Astro. Memang cantik sungguh meke tu. Aku memang minat sangat kat lakonan Eja tu.... siap aku bagi tahu lagi kat dia aku suka lakonan dia tu. Kami sempat juga posing .



Lepas makan kami cari tempat landing untuk bedebing lah pulak. Alhamdulillah kami berada di tempat yang sama. Selesa sungguh,














Esoknya......






Kami gi pulak shooping kat "Arabic Mall". katanya itu mall yang terbesar kat UAE. Rasanya best lagi Jusco Tebrau. Kelakaunya kat Mall tu tak de Musollah untuk wanita cuma, ada bilik untuk solat je....tak ada tempat wuduk pulak. Kalau nak wuduk kena gi bilik air yang cantik tu....



Cantik sungguh bilik airnya. Pintu nak masuk je pun dah cantik. Betullah kata org, salah satu tampat yang digemari oleh mereka ialah bilik air. Patutlah bilik air rumah orang arab dan hotel memang ada klas....

Kat situ aku banyak window shoping je....cuma adalah belikan sehelai sorang untuk anak2 tu. dan satu abaya untuk aku sendiri. Best jugak masa kat kedai abaya tu aku siap suruh si "Ahmad" buatkan abaya berkonsepkan songket pulak . Insyaallah aku akan jumpa dia semula untuk beri beberapa contoh nanti . Sebelum tu aku akan suruh tailor kat sana buatkan abaya berkonsepkan songket dan aku akan cuba promosikan ke sini. Ada can tu....

Lepas shoping kami pergi lunch pulak... nasib jumpa nasi...kenyang.











Petang balik hotel dan lepas maghrib kami bertolak pulak ke Mekah Mukarramah.

Monday, October 27, 2008

Rangkaian cerita...

Assalamualaikum...


Pada kawan-kawan tahniah kerana dah selamat habiskan puasa 6 di bulan syawal. Moga kalian mendapat lebih keberkatan dari Allah. Masihkan aku dapat jumpa syawal tahun depan?????



Rumah Terbuka Aidilfitri..

Sepanjang bulan raya yang lepas macam-macam perkara yang dah berlaku dan dilakukan. Antaranya jamuan rumah terbuka oleh kawan-kawan dan rumah aku sendiri. Bermula dengan keluarga Mas dan diikuti dengan beberapa keluarga yang lain. Meriah sungguh .....

Macam-macam makanan disajikan, dari menu pantai barat hinggalah menu pantai timur pun ada. Pasal kebanyakan famili yang dah ada kat sini datang dari ganu dan johor. Keluarga dari ganu aje ada lebih kurang 6 atau 7 keluarga.Meriah sungguh dapat cakap ganu dengan geng2 ganu. Rasa macam duduk kat ganu pulak.




Persekolahan bermula...

















Ready nak ke sekolah

Kali pertama anak-anak aku ke sekolah. Semuanya bersekolah di Al-Israk International School. Sekolahnya dah pindah ke bandar Yanbu. (Kat Balad) Sekolah tu sekolah Pakistan owner. Tapi itu sekolah yang islamik. Murid-murid lelaki dan perempuan diasingkan, dan tidak bergaul bebas.



Disegi kemudahannya...masih jauh ke belakang jika dibandingkan dengan sekolah kat m'sia. Kemudahan tu maksudnya...segala facilitis yang sepatutnya ada pada sekolah antarabangsa, tak ada kat situ.Sistem pentadbirannya pun masih tidak sempurna lagi. Bangunannya pun tak secantik dan seperti sekolah betul. Cuma selesa untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah semua anak-anak aku tak cerewet sangat pasal kekurangan tu...kerana aku dah selalu pesan yang penting ilmu yang nak diceduk dari guru buka keselesaan yang kita nak.

Sepanjang dah hampir masuk 2 minggu sekolah tu..Anak-anak dah mula boleh faham arahan dan pesanan dari guru mereka, termasuklah arif .Satu perubahan yang aku kira positif.

Sekarang aku cuma nak cari dan masukkan anak-anak lelaki aku ke masjid untuk tahfis Al-Quran pulak. Dengar kata untuk lelaki lepas solat maghrib dibuat di setiap masjid dan untuk wanita lepas solat asar. Harap-harap hajat aku dipermudahkan Allah. Moga anak-anak aku dapat ilmu dunia dan akhirat seiring..

Aku benar-benar berharap akan dapat sama-sama memberi sumbangan dan meramaikan lagi golongan Protaz (Profesional Ustaz) dan Protazah (profesional Ustazah). Itulah doaku...

Subjek yang dibelajar ...Math , B.i , History (Pasal Arab Saudi), S.s (geografi) , Islamiat ,Arabic , Computer science , itu untuk primary school.

B.i, Math, SS , Geog, Biology , History, physics ,chemistry , untuk secondry school (greed 7 ,8,9,10) bila masuk gred 10 kena ambil exam O Level (SPM lah tu) dan kena sambung ke Jeddah untuk gred 11 (untuk A Level). lepas tu baru ke IPT.

Kat sekolah tu juga ada salah satu keluarga dari terengganu hantar anaknya juga ke situ dan kebetulahnya sekelas pulak dengan anak aku. Mereka dah jadi kamcing dan anak aku dah mula cakap loghrat ganu dah pulak. Okeylah tu.



Jom Kongsi Hadith...(29/10/2008)

Fadhilat Al-Quran (Maulana Muhammad Zakariya Kandahlawi)

Hadith 1,

Uthman (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:




"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"

Dalam banyak buku-buku hadith, hadith ini dinyatakan dengan perkataan (alif wau - dan) Maknanya: "Yang terbaik diantara kami ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"Maksudnya, ganjaran yang terbesar ialah pada sesiapa yang belajar dan kemudiannya mengajarkannya pula kepada orang lain



Tapi.. ada sebahagian kitab-kitab, hadith ini diriwayatkan dengan perkataan (alif wau - atau).Maknanya,"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran atau mengajarkannya"Maksudnya...Ganjaran pahala sama besar pada yang belajar atau pada yang mengajarnya.




Darjah kebaikan belajar Al-Quran:

i-Belajar Al-Quran besama-sama makna dan maksudnya. (Terbaik)

ii-Belajar mengenai perkataan-perkataannya sahaja (Terendah)

Mulla Ali Qari merujuk dari hadith lain : barangsiapa memperoleh ilmu Al-Quran, sebenarnya dia menyimpan ilmu kenabian dalam kepalanya.

Sahl Tastali (ra) berkata : "Bukti sesaorang itu cinta Allah, adalah dengan wujudnya rasa cinta pada perkataan-perkataan Allah dalam hatinya"

Dalam Syarah Ahya : senarai orang yang akan mendapat perlindungan di bawah Arasy (Kursi Allah)di hari Pengadilan ialah orang yang mengajar Al-Quran pada anak-anak orang islam,Yang belajar Al-Quran pada masa kecilnya dan terus membaca pada masa dewasanya.




Okeylah ..cukup untuk hari ni . Wassalam...

Friday, October 10, 2008

Kongsi Sirah - haji

Alhamdulillah...dapat lagi jumpa dalam alam maya ni. Komputer asyik buat hal aje, dan tak bolehlah nak up date.
Hari ni aku call beberapa kamcing kat m'sia. Kami borak pasal raya,marhaban dan macam-macam lagi . jelouse juga aku dengar cerita dia orang tu. Tapi, Alhamdulillah...kami kat sini ada juga beberapa orang buat open house. Dari situ boleh kami jumpa sesama kawan dan bertukar-tukar cerita.
Dalam pada berborak dengan salah sorang kawan kat sana...(Kak Fazi) aku pun tanyalah beberapa perkara tentang haji dan umrah yang menjadi kemusykilan aku ni....

i) Ada yang mengatakan sesiapa yang telah menyambut raya (1 syawal) di Mekah (Masjidil Haram), maka mereka itu dah kena buat haji pada tahun dia menyambut raya tu.Maksudnya...macam aku sambut raya di mekah hari tu, jadi aku dah jatuh wajib untuk buat haji tahun tu juga.
J) Sebenarnya...bulan haji memang dari 1 syawal hingga 10 Zulhijjah.(2 bulan 10 hari lebih kurang). Jadi sesiapa yang nak berniat untuk buat haji pada tahun itu boleh berniat haji dari tempoh itu.TETAPI...mereka kena berpantang larang dan sentiasa berihram sehingga habis tempoh haji iaitu 10 Zulhijjah. (boleh buat ke...) Itu bermakna mereka telah berada dalam ihram haji.Walaubagaimana pun, mereka boleh "keluar Ihram" dengan membayar dam kemudian mereka masuk berihram semula semasa waktu nak buat ibadat haji.Itu yang difahamkan.
ii) Kemusykilan kedua, pasal jatuh wajib buat haji kepada yang telah bermastautin di tanah arab.
J) Rujuk kepada syarat wajib haji:-
Islam / Baligh / Berakal /Merdeka / Berkuasa

Berkuasa pula ada dua bahagian :-

Berkuasa dengan sendirinya:-

a)Dapat tambang pergi dan balik

b)Ada bekalan yg cukup utk tangguggannya yang ditinggalkan di rumah

c)sihat tubuh badan

d)Aman dalam perjalanan (x ada perang)

e)Ada kenderaan untuk pergi dan balik

f)Kesempatan masa



Tambahan untuk wanita:-

a) Ada mahram atau thiqat

b) dengan izin suaminya

Berkuasa dengan pertolongan org. lain

- Orang yg dah cukup segala syarat2 yg wajib dan berkemampuan, cuma....sakit yg tak ada harapan utk sembuh. Maka boleh diupah hajinya.

Jadi....Kalau kita tak mencukupi syarat2 tu.... maka kita tak jatuh wajib haji lagi, walaupun kita tinggal kat tanah arab.

contohnya...Segala syarat dan kemudahan kita dah cukup, tetapi..anak atau tanggunggan kita tak ada orang jaga semasa peninggalan kita, maka masih belum wajib lagi kita buat haji. Kecuali kita boleh bawak tanggunggan kita bersama atau ada yang menjaganya .Maka itu dah jadi wajib.

Salam amalan haji kita tak boleh berimam,macam dalam solat.Kalau solat kita cacat, imam yang tanggung. Tetapi haji wajib ke atas individu sendiri. Jadi masing-masing kena ada ilmu sendiri.tak boleh bergantung pada orang lain.


Haji yang pertama adalah wajib. Manakala haji kali kedua adalah sunat sahaja. Jadi aku teringat ustazah2 cakap dan pesan, belajar dulu seberapa banyak sebelum pergi haji yang pertama, supaya kita mendapat haji yang Mabrur.
Sekarang kita tengok, ramai yang balik haji , tapi.....tak ada tanda dapat haji yang Mabrur. Antara orang yang mendapat haji yang mabrur ialah...
Berlaku perubahan yang lebih baik berbanding sebelum dia menjalankan ibadat haji.
Segala apa yang aku tulis di atas adalah selepas merujuk kepada salah seorng Mutawif dari M'sia.Alhamdulillah dia dah terangkan segala kemusykilan aku.

Friday, September 26, 2008

Raya oh Raya

Kesian sungguh bila terkenangkan nasib diri,anak2 dan suami akan menyambut raya di rantau orang. Pada aku, tak beraya bersama keluarga dah selalu aku rasa....tapi bila beraya di rantau orang dan tanpa ibu bapa lain sungguh rasanya. Inilah kali pertama dalam hidup aku...beraya tanpa ibu bapa. Kalau tak ...beraya dengan keluarga sebelah aku atau sebelah suami menjadi kemestian. Tak pernah lagi kami anak-beranak beraya dan di pagi raya tanpa ibu bapa kami (atuk dan nenek mereka).Kerana biasanya sehari sebelum raya kami akan balik ke rumah neneknya (raya kat Johor) dan beberapa hari sebelum raya (raya kat trg.).
Anak-anak aku yang ramai tu akan turut memeriahkan suasana gitu. Apa tak nya...mereka akan geng dengan atuknya untuk main mercun yang dibeli atuknya atau pakciknya.Nanti kat dalam rumah mulalah makcik-makciknya menjerit-jerit kerana bingit dan ketakutan.Tapi tak boleh nak larang....dah itu yang nak dimainnya.Asalkan ada pengawasan aku pun tak bimbang sangat.Cuma tak kasi pasang sendiri je....Kalau setakat bunga api tu....dia orang tak hairan sangat.Nantilah insyaallah tahun depan atuknya beli mercun lagi banyak dan mainlah puas-puas.Kalau kat terengganu pulak..pun sama, tapi dengan pakcik-pakciknya pulak.Mereka akan berbalas-balas dengan geng yang sebelah sana...tu(kampung felda) lah katakan.meriah sungguh dengan pelita-pelita yang dibuat atuk-atuknya. Kalau kat terengganu atuknya buat pelita guna buluh yang dicari sendiri. Pertama kali tengok pelita tu....rasa pelik sungguh pada anak-anak aku tu...

Aku pun sebenarnya teringat masa kecil-kecil dulu, main mercun jugak...tu dengan abang2 .Lepas tu main-main sembunyi-sembunyi dengan kawan-kawan . Tempat kita sembunyi pulak tu kat atas pokok jambu dan pokok tin yang jadi mangsa. Bila dah kena marah dan dah larut malam baru masing-masing balik.Itulah kenangan.


Pasal...masakan..
Aku dah mula beli sikit-sikit untuk buat hidangan di pagi raya tu...(Ala-ala johor + ganu)
Ala....simple2 aje lagipun tak ada orng kat Yanbu pagi raya tu....ramai yang beraya kat mekah .cuma tinggal aku dan 2/3 famili aje kat sini.


Solat raya...
Suami aku cakap, kami rakyat jelata kat Yanbu ni akan bersolat kat PADANG. bukan kat masjid seperti kat sana.Padang tu .....ialah kawasan tanah lapang yang selapang-lapangnya.Jadi semua akan solat kat situ. Mula solat kul 6.30 pagi masih sejuk lagi...tu. Insyaallah kami akan ke sana...

Anak-anak....
Dah ada yang merungut nak balik raya kat M'sia.Bila meke tengok cik lobonya (jiran kami) balik mereka tanya "tiket masih ada lagi tak?".Aku cakap..."cuma tahun ni aje kita beraya kat sini, tak pe lah kita merasa raya tempat orang, tahun depan...dah raya kat M'sia dah..." Biar dia orang belajar tabah bila menghadapi sebarang dugaan.


Ucapan Raya....

Nak hantar kad raya , kat sini tak ada jual kad raya dan tak ada "Maktabul Barid" (pejabat Pos) pulak. Kat sini semua guna PO Box aje.Jadi masa nak datang dulu aku dah bawa sekali sekeping dua kad raya saja .........nak buat ada dan konon nak hantar tapi tak leh ah....


Kami sekeluarga guna kad ni dan ucapkan Selamat Hari Raya dengan Ucapan....




Simpulan kekeluargaan ini

akan sentiasa daku kenangi

Biarpun dimana beradanya diri

keluarga di sana tetap dihati




Diizinkan ilahi hendaknya kita

moga dapat bersua kembali

di tiba lebaran hari yang mulia

setelah lama kita terpisah




Sisipan salam di Hari Lebaran

Hari kebesaran dan kemuliaan

Janganlah lupa kami di perantauan

Sembah salam dan kemaafan kami hulurkan





UNTUK KELUARGA DI JOHOR




UNTUK KELUARGA DI TERENGGANU





Wednesday, September 24, 2008

Puasa , Kematian dan kedai

Bulan Puasa
Tiba bulan puasa ni.... teringat juga akan peristiwa aku kehilangan wan(nenek) pada puasa tahun lepas...masa tu...tengah UPSR pulak tu. tak dapat balik. suami pulak masih kat Titan Indon. Tapi Alhamdulillah lebih kurang sebulan sebelum tu aku dah balik dan dah jumpa dengannya.Waktu tu...dia masih sihat , cuma...mengadu kena makan banyak ubat dari doktor. Aku juga sempat sediakan dan bagi dia makan ubat. Itulah layanan terakhir aku buat nenek ku yang sorng tu je...
.
Kemudian... Syawal
pada bulan syawal pula aku kehilangan adik pula. Dah pergi salah sorang dari adik beradik kami.Al-fatihah untuknya juga aku sedekahkan. Semuanya ketentuan Allah kita entah bila...harap-harap dapat jumpa lagi ramadhan pada tahun depan. Hari ni pun dah hari yang ke 24 ramadhan cuma 6 hari lagi nak tinggalkan bulan yang mulia ni. Rasa sayu pulak...
Oh kedai...Ku....
aku terpaksa tinggalkan dan tutup terus engkau kat sana.Sayang sungguh kalau ingatkan masa nak tutup tu...sebab bukan senang nak buat persediaan nak buka kedai dan beroperasi tu....
Yang bestnya time-time gini nak raya....punyalah best berjual. Ramai betul orang kat KIP MART tu....kedai tutup kul 1.30 malam. Lepas balik terawih terus singgah kat kedai dan sambung jaga kedai pulak.Masa tu...kuasa beli orang kita amat tinggi.Kekadang tu benda yang tak laju pun masa tu jadi laju dan laris. Paling best lagi malam raya ........tapi itu cuma dan jadi kenangan dan sejarah berniaga aku.Azam ku , insyaalah ...suatu hari nanti akan aku buka semula perniagaan "ALIZA PANTAI TIMUR ENTERPRISE" tapi...kat mane?...Yanbu?...Tak mungkin...

Saturday, September 20, 2008

Mengimbau kenangan di pagi hari....

Pagi-pagi macamni bila duk sorang-sorang mulalah teringat.............kat kampung sana tu.

Teringat sangat kat keluarga sana (trg dan johor) macam nak terbang je.. balik.



Mek,Mak dan sepupu dan adik

Sehari dua ni, ayahnya asyik dok pasang lagu raya...je.(Aku yang suruh) .Bukan apa, saja nak buat suasana hari raya macam kat m'sia.



Anak-anak sedara dan atuknya


Hati ni nak dengar sangat lagu-lagu raya, sambil buat kerja rumah sambil dengar lagu raya best tu... tapi, dalam best tu, jatuh juga airmata ni... doh nok wak guane?....


Lagi kalau dengar lagu sudirman, balik kampung..lagi haru jadinya.




Bersama satu-satunya biras perempuan aku


Long, rindu nak dengar ketawa long tu.... tahun ni raya kita tak sama lah ye... rindu juga kat kuih kek lapis tu.. tahun ni banyak ke tempahan?.....




Hai....apa khabar kolam dan ikan-ikan aku tu... kalau tak pagi-pagi mesti ngadap meke dulu bagi makan..kat kolam tu.harap-harap masih hidup lah lagi. G, tolong jaga ikan kak tu.....




Antara perkara yang tak dapat dibuat oleh anak-anakku di sini......




Memancing ikan puyu kat paya sebelah perumahan kami.....dah kata orang kampung itu kampung jugak le...itu yang dia terjah tu...tak tahu takut dan kotor pun....tapi, itu akan jadi kenangan dia bila besar nanti. Kalau kita dulu mandi sungai atau paya, tak ada mak atau ayah bowak kamera ambil gambar...tapi...bawak rotan adalah...mulalah lari lintang pukang...... tapi itu jadi kenangan yang manis bila bercerita dengan kawan-kawan bila jumpa.
















Kat sini pulak ....asyik dengan video game je..le.NOK WAK GUANE....




Friday, September 19, 2008

Terima-kasih semua

Beberapa hari lepas, selamat dah sampai barang yang dipesan.Terima kasih pada mak mertua ina(mama bungas) kerana sudi bawakan barang2 tu.

Terima kasih juga pada adik beradik di sana kerana susah payah carikan barang-barang tu. Mungkin bagi kalian barang tu remeh...tapi amat berharga bagi kami kat sini.


Setengah barang ada kat sini tapi...harganya MasyaAllah, mahalnya.memang orangkata "padanlah dengan duit sini mahal" betul tu... tapi, rasanya selagi boleh cuba cara lain kita cubalah. Itupun kalau tak menyusahkan orang kat sana kot.. Tapi, ada juga barang yang ada kat sini tak kualiti macam m'sia tak boleh guna. Tapi, ada juga yang kita dah cuba dan biasakan dengan barang segera di sini supaya nanti boleh diterima tekak.


Bagi kalian kat m'sia, hargailah apa yang kalian ada dan dapat di sana. kerana bila dah tak ada barulah rasa betul-betul hargainya. Yang penting bagi kami cuma barang makanan je...macam kicap,belacan,sos cili,cili kering,tepung2 dan lain2 lagilah.Rempah-rempah pun kurang dan tak ada m'sia punya jenama.Kalau ada sesiapa yang nak buka bisnes supply barangan asia kat sini rasanya boleh kayalah. Satu lagi barang makanan frozen memang laku habis......


Ambe punya pasport "tidak boleh bekerja" kalau tak nak juga contact orang sana buat bisnes...

Nilah beberapa barang yang dah sampai tu....



Tepung beras,sirap cap ros dan daun-daun masakan.Hari tu beli juga tepung beras kat sini (baru jumpa) tapi baunya.....dah tengik...dan tak berapa sedap....tapi, nanti kalau dah tak ada tu belasah juga kot. Ari tu nak makan onde-onde buatlah guna tepung tu...



Inilah rupa cili padi thai yang boleh diselamatkan.Alhamdulillah....boleh guna juga. Agaknya kalau dah tak boleh guna buat benih aje....okey gak.Benih cili yang tabur ari tu... dah mula besar dan akan dipindahkan ke dalam bekas masing-masing untuk pembesaran seterusnya. Suka tengok pokok -pokok yang ditanam dah mula besar .....



Ni pulak pokok kesum yang dikirim tu...mulanya dah tumbuh akarnya....tapi tak nampak lagi progress nya. entah hidup ke maut tu.... tak pe nanti kirim lagi ...




Kabus di Yanbu

Salam...lagi,

Semalam, semasa anak-anak balik dari solat subuh, diaorang bagitahu ada asap tebal. Terperanjat juga aku. Ada kebakaran ke....? kami keluar semula kat laman... Yalah...macam asap.tapi...sejuk. Tak sangka pulak kabus...pasal tak pernak jumpa lagi .kalau waktu macam ni (6.00am) dah mula matahari nak curi-curi keluar dah.


Kami pergi jenguk kat luar.... sah, memang kabus dan anginnya sejuk je.kami boleh nampak kabus-kabus yang baru turun tu.... Tak caya? tengok gambar ni....



Gambar di ambil kat depan rumah








Kabus kami nampak





Semasa suami nak ke tempat kerja pun, rupanya tak nampak jalan pasal kabus tebal sangat. Agaknya dah dekat nak musim sejuk ni.

Oleh kerana aku sangka , cuaca dah tak panas, maka kami mulakan operasi mencuci laman rumah dengan cerianya.pagi-pagi main air .


Inilah pekerja-pekerja yang taat dan happyning tu.....

Main-main air dan cuci laman

Time tu jenguk pula pokok ubi yang dah tumbuh tu. teringat pulak kat bibik yang bekalkan batang ubi tu dulu.Teringat masakannya "bening pucuk ubi".thank's bibik.










Sukanya bibik (dalam kenangan)









Pokok ubi yang dah dipetik hasilnya




Ambil kesempatan pagi yang sejuk tu untuk tinjau-tinjau pokok-pokok yang dah lama tak ditanya khabar tu. Hah..ni pokok-pokok yang ada tu....



Pokok pisang (tak tahu namanya) dah berbuah dah...


Buah kurma yang tak termakan









Pokok tasbih macam kat johor


Setelah penat mencuci, kami pergi selongkar kat stor depan dan dapatlah beberapa hasil yang boleh dikira memuaskan jugalah.....Tiga beradik tu angkutlah bawak masuk rumah...dan hasilnya....

Ni dia...cuba teka apa bendanya tu? ....Tak tahu?.....





Okeylah Wassalam.....
























Puasa-puasa di Yanbu

Assalamualaikum...

Melalui amalan puasa di sini rasanya tak banyak perbezaan sangat dengan M'sia. Cuma dari segi makan minum dan suasana aje yang berbeza.Yang lebihnya amalan-amalan masyarakat kat sini dan keutamaan mereka pada bulan Ramadhan Al-karim. Mereka lebih mengutamakan bulan berkat ini dari beraya.(Sepatutnya seperti dalam ajaran islam).Sepengetahuan ambelah, Raya Aidilfitri tak berapa perlu disambut sangat macam kita buat tu (Sampai sebulan) yang perlu diraikan sangat ialah raya Aidiladha. Sebab tu lah kalau kat pantai timur raya haji (Aidiladha) yang meriahnya. seperti juga nanti di sini.Guane tu....nak kena ubah juga budaya tu.

Masyarakat sini, memeriahkan bulan puasa dengan bertarawih dan amalam sunat malam.Sebab itulah surau-surau atau masjid menyediakan ruangan solat khas untuk jemaah wanita pada bulan puasa ni. Selain tu, solat isyak dianjakkan lebih lewat dari waktunya.(mungkin untuk memudahkan kaum wanita nak ke surau kot).Kalau tempat kita,kelam-kabut sikit bagi kaum wanita nak ke surau masa terhad.... kat sini kami siap boleh kemas dan relex2 dulu sementara tunggu dipanggil ke surau. Bestkan....

Kat sini juga tak ada langsung (yang saya jumpa) kertas-kertas pasal Aidilfitri. Kalau kat shooping complek tu yang ada semua Ramadhan Al-Karem je.
Kad Raya???... lagi haru, sekeping pun tak jumpa..jadi kami hantar kad raya pakai e-mail je le....

Pasar Ramadhan, mereka pun ada juga cuma tak semeriah tempat kita.Kuih-kuih dijual dengan timbangan kilo. Contoh kuih samosa dan popia yang suami beli tu harganya sekilo SR24.00. lebih mahal dari kuih raya kita lagi dah... tapi nak makan beli juga le...sikit.

Cete pasal kuih, makcik jiran kami ada kasi kuih untuk kami berbuka.
Rasanya manis dan sedapppppppppp.....rupanya macam jemput-jemput lembut dan manis. Nak tanya makcik tu cara buatnya macamana? tapi...tak tahu nak cakap.last-last tanya bibik yang kerja rumah arab tu.Hah meke guna tepung segera dalam kotak yang telah dikhaskan. Nanti nak cuba buat. Kalau nak rasa, nanti kami balik m'sia datang rumah dan kami buatkan.

Nak balas kuih-kuih yang sering dihantar tu kami buatlah kuih yang manis-manis juga..hah, ni...kuihnya kuih keria je...itu pasal kat sini banyak keledek dan murah pulak tu.



HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ARIF

Nak cete pasal arif...ni. (Hari ni genap umurnya 6 tahun...)

Tahun ni dia sambut ulangtahunnya dalam bulan puasa.Sepanjang puasa ni dia pun ada puasa jugak cuma ...tak penuhlah..(susah bangun sahur) - pasal tidur kul 1-2 pagi. Nak bangun sahur pukul 3.30 pagi dah mengantuk. Jadi tak puase. Lagi satu dia kata, nanti makanan yang tak habis sahur tu, kalau tak ada orang yang makan nanti sayang basi...jadi sebab tulah arif kena makan.(itu salah satu alasannya).

Okeylah...

Berbalik pada hari jadinya...Dari petang lagi dia asyik tengok video hari jadi atuknya dalam kamera tu...masa tu macam-macam makanan ada. Sate terutamanya.Apa lagi dia.. Emmm sedapnya... sambil tersenyum sorang-sorang.Dari bangun tidur lagi dia tanya bila nak beli kek arif?
cakp nanti malam lepas terawih baru kita pergi beli... tapi.. dia suruh cuti je terawih pergi beli lepas maghrib je.(Kedai dibuka semula lepas terawih)...

Lepas balik terawih kami terus ke Hyper Panda dan belikan kek dia dan hadiahnya... sukalah tu.Lepas ni disuruh buat kat m'sia pulak.Boleh gitu.....

Untuk atuk,nenek,akid,syabil dan seme keluarga ini dia gambar-gambar arif....












Okeylah dulu untuk sat ni...