Wednesday, May 6, 2009

ALYAUMUL UMMI




Terasa nak menulis pasal Ibu pulak kali ni.
Kebetulan sehari dua lagi dunia akan menyambut Hari Ibu...jadi, sukalak ambe nak cete sikit pasal Ibu.

Kalau masa kat M'sia, sambut Hari Ibu tapi..bila kat sini (KSA) dah kena tukar sambut "Yaumul Ummi"
Ibu ni adalah seorang insan yang tersangat istimewa dalam hidup kita. Tak payah nak terangkan panjang-panjang sebab semua orang dah tahu , dah faham dan dah ngerti pasal istimewanya ibu ni.
Cuma pada orang yang tak berapa sare...(tak siuman) je yang buat-buat tak ngerti.
sebab itulah dalam Agama Islam yang mulia ni...bila ditanya
"siapakah yang perlu didahului"
Jawabnya. :"ibu"
lepas tu siapa?"
jawabnya :"Ibu".
"lepas tu siapa?"
jawabnya : "Ibu"
lepas tu siapa?"
Barulah.."bapa"

Betapa istimewanya pada insan yang bergelar ibu.
Di sini ambe nak kongsi cerita pasal IBU. Cerita ni ambe dapat semasa ambe hadir majlis Al-Quran di Masjid tempat ambe belajar ngaji Masjid Uthmanian dekat rumoh ambe.
Lakonan tu dalam bahasa arablah...tapi nasib ambe ada tukang terjemah. Sedih.....

Di suatu pagi...
Seorang ibu sedang duduk bersedih...mengenagkan anaknya yang telah lama tidak menghubunginya dan menjenguknya.Sehinggalah dia telah dimamah usia begini pun anaknya masih tidak menghubunginya juga. Sambil menangis...si ibu bercerita meluahkan perasaan rindunya pada anaknya.Sambil didengar dengan setia oleh salah seorang anaknya yang setia menemani dan mengurusnya setiap hari. Tat kala ibu tua ni membongkar cerita silam...maka , terkejutlah si anak yang disisinya ini. Peristiwa itu berlaku semasa anaknya masih kecil lagi. Peristiwa kemalangan yang berlaku telah menyebabkan sebelah mata anaknya rosak dan tidak dapat diselamatkan. Tetapi dengan pengorbanan dan demi kasih seorang Ibu, ibu tua ni telah mengorbankan matanya untuk diberikan kepada anaknya. Dengan harapan anaknya nanti akan selesa melihat dunia dan dapat meneruskan hidup lebih sempurna. Di atas sekeping kertas telah menjadi bukti kasih seorang ibu pada anaknya.Dan kini anak itu telah berjaya dan bersenang-lenang dalam kehidupannya di kota. Sehinggalah telah melupakan ibunya yang cacat itu. Sehingga itu, sudah bertahun-tahun ibu tua itu menanti kepulangan anaknya dan terlalu merindui anaknya yang dimanjakan dan dikasihnya sewaktu kecil itu.Setiap hari ibu tua itu sentiasa menanti dan terus menanti ...sehinggalah kini, ibu telah jatuh sakit. Akhirnya...ibu itu meninggal dalam kesedihan dan membawa rindu yang penuh pada anaknya.Anaknya dipanggil supaya pulang melawat jenazah ibunya buat kali terakhir. Dengan perasaan yang marah , dia pulang juga. dia langsung tidak mempedulikan jenazah ibunya.Malah, merasa sangat marah kerana dikatakan telah membazirkan masanya hanya untuk melihat sekujur mayat. Sehinggalah....dia dihulurkan sekeping kertas yang telah usang.....namum..... disitulah segala rahsia yang telah disimpan oleh ibunya dari pengetahuannya telah terbongar. Dan....setelah dibaca isi kandungannya....barulah kini dia merasa sungguh tidak percaya.... bahawa ibunya telah melakukan pengorbanan yang sungguh besar untuknya, tetapi....dia telah pula mendurhaka pada ibunya ...
kini....dia meraung menangis penuh penyesalan....di atas sekujur badan yang telah kaku yang bergelar IBU. "ANA....MUSYRIMAH" "ANA MUSYRIMAH...YA UMMI" "ANA MUSYRIMAH..." namun penyesalannya tidak berguna lagi...dan sudah terlambat untuk membahagiakan hati ibunya .

Itulah sebahagian lakonan dan cerita yang telah dipaparkan oleh kaum wanita arab kat masjid hari tu..
Suasana sungguh sedih dan kebanyakan menitiskan air mata apabila mendengar kisah-kisah ibu masing-masing.
Ya...baru ambe sedar, sepanjang majlis hari tu...semua berkisar pasal ibu. Agaknya mereka dah sambut Yaummu Ummi kot.

Okeylah...itulah Kissos (cerita) untuk kita sama-sama kongsi kali ni.
"So, jangan lupa colling-colling ibu kita kat sana...."

WASSALAM

Thursday, April 30, 2009

Selamat Setahun untuk ZAUJI - BABA

(Suasana kat rumah sebelum berlepas)


Salam...

Hari Ni....genap setahun suami ambe kat Yanbu.
Tanggal 1 Mei 2008 suami ambe berhijrah ke Yanbu dan tinggalkan ambe anak-beranak dan keluarga.
Kebetulan tarikh tu...cuti umum (Hari Pekerja) maka ramailah yang boleh hantarnye ke airport senai.
Seangkatan dengan Zauji ialah...Abang P,Din OBM,Hj.Fauzi,Hj.Razak dan Zikhan (Z).
Cuma tiga bulan lepas tu...barulah kami jumpa dan dibawa ke sini bersama-sama.

Imbasan setahun yang lepas....





Aiman yg. tak boleh berengan dgn. ayahnye..





(Keluarga yang hantar ke airport)



(Kawan-kawan yang satu perjalanan dan satu matlamat.)











SELAMAT ULANGTAHUN SETAHUN BERADA DI YANBU UNTUK SEMUA

WASSALAM.

Wednesday, April 29, 2009

Cerita Cuti-cuti sekolah....

Salam...Wa Kaifa Haluk...

Dalam minggu cuti sekolah ni...dah macam-macam aktiviti berlaku kat Baiti .
Ni cete pasal si Waladi (anak-anak ku) si hero-hero...

Satu pagi tu...ambe suruh mereka pergi basuh Hammam (tandas) pasal dah lama tak dibela.
Mereka pun kata..."Okey...Umi..." dengan panjangnye..
sambil berlalu tinggalkan Uminye yang tengah bertungkus-lumus melipat kain yang 4 tambun tu...
Tapi...
bila dah lama baru perasan...Senyap...je...mana budak-budak ni...seme?

Ambe Zahabu fi Qurfah Naumm mereka(pergi ke bilik tidur).nak tengok kot-kot sambung tidor ke?
Tapi tak dok pulok... mula rasa Musykil (masaalah)
pergi jengok kat belakang ...rupanye...betul mereka kat situ...dan

Nunnnnn kat sana...

(Dah..atas pokok)

Ambe apa lagi mulalah bising ...bukan takut jatuh tapi...takut guugr buah pelam tuan rumah ni...
Pasal panjat memanjat ni ambe tak hairan sangat kat mereka tu...
pasal mereka dah biasa dan macam maknye jugak dulu-dulu.

Macam kata Arif..."tak pe..umi, tak bahaya pun.."
Mereka tu nak buat pondok atas pokok pulak. Agaknye senang sikit kot..kalau kena marah merajuk pergi duk atas pokok je...






Tengoklah tu...aksi-aksi lasak mereka. Ada je..idea pelik mereka tu...






Dalam masa cuti sekolah ni..juga diadakan aktiviti menghafaz Al-Quran kat Baiti.
Ramai yang sempat hantar anak-anak mereka ke rumah ambe.sepanjang seminggu ni.

Dengan bantuan dari seorang ustaz (pelajar Universiti Madinah) anak-anak dilatih menghafaz surah-surah lazim dan surah-surah panjang.
Alhamdulillah segalanye selamat dan berjaya, dengan izinNya.

(Yg. Asswad tu anak-anak Ema, dan yang Ahmarr tu anak-anak ambe. Ramaikan)


Dalam cuti ni...juga, rumah kami dah bertambah ahlinya.
Anak-anak Ema dah pun selamat sampai untuk berjumpa keluarganye kat sini.
Seronoknye tengok bila mereka dapat jumpa semula dan main sama-sama.
Memang riuh rendah jadinye...apataknya main galah panjang dan baling selipar tu...malam pulak tu...
dah macam kat kampung pulak rasenye.
Tapi bila ingat nanti dia dah nak balik...itu yang sedih tu...





(Berkhemahlah sorang2)




Dalam...cuti ni juga, satu aktiviti yang tak jadi dibuat iaitu Kem Qiammullai tak dapat diteruskan aktivitinya memandagkan beberapa sebab keselamatan.
(InsyaAllah satu hari akan diadakan).
Anak-anak dah ready untuk berkhemah di halaman rumah...dan dah pasang khemah pun....tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.
Jadinya..mereka berkhemah je...sendiri-sendiri tanpa kawan-kawan lain.

Kongsi Hadith:-
Hadith 37
Abu Zar (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

"Wahai Abu Zar, Jikalau kamu pergi di suatu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah, maka itu lebih baik baginya daripada mengerjakan solat nafil seratus rakaat dan jilalau kamu mempelajari satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat atau tidak dapat beramal dengannya adalah lebih baik bagimu daripada mengerjakan seribu rakaat solat nafil."

WASSALAM

Wednesday, April 22, 2009

Mengingati Hari Kelahiran Abang..



Salam...lagi

Tanggal 20 April , merupakan tarikh kelahiran abang acap.
Kebetulan hari tu...ana ke satu majlis...jadi ana cuma sempat buat ni je......dulu

(Pulut kuning berlapis serunding, cicah rendang kak Nani)

Lepas lah tu...nak buat kek , maknye dok reti-reti lagi.
Okeylah, sebagai tanda moknye ingat tarikh dia beranok ke anoknye.







(Dah besor bapok dok abang acap)


(Si sulung dan si bongsu)






Cuma pada hari rabu ana sempat minta tolong dan tempah kek dengan Puan Fazimah (Imah hj. Ghaz). Kebetulan Acap suka makan chess cake, dan cik Imah adalah pakarnye....kenalah pada masanye pulak.Syukran Jazila...ya Mah...BaarokAllah


Hah ni dia kek nye...sedap? memang sedap...


Lepas Zauji bacakan doa selamat untuk majlis anok-beranok ni...kek tu pun selamat diselesaikan oleh pendekar2 Amirul ni....
Okeylah, pada ana beli kat Panda tu....tak kena citarasa budak2 rumah ni.Sebenarnye ana dah ikut belajar gok masa Mah ajar buat kek tu....tapi tak kompiden lagi nok buat.InsyaAllah lepas ni kot.









(berebut nak potong)






Okeylah...cuma tu dulu.Mungkin ini boleh jadi tatapan keluarga kat kampung sana.Acap tu cucu sulung mereka.

WASSALAM.

Walimatul urus....


(Salah satu bilik menempatkan makanan yg akan diedarkan untuk tetamu)


Salam....

Dalam masa sebulan ni ada macam-macam majlis dah ANA sempat hadir...
dari majlis walimatul urus (arabic),majlis wanita di Masjid dan majlis Arabic di dewan.
Tiga-tiga majlis tu...semuanye berbeza.

Majlis Walimatul Urus Arabic....
Mulanya....rasa berat hati nak pergi memandangkan malam tu ada Usrah..
Tapi...bila fikir2 dah 2- 3 kali dia pesan...aku putuskan pergi majlis tu lah
ANA pergi tu atas undangan Sodiki Ana ,yang dah berkenalan semasa Tarawih tahun lepas.
Hiya, dah jadi warganegara Saudi. dah kawin dgn org Arab.Dah lebih 20 tahun duk sini.
Mulanya tak diberitahu untuk majlis walimatul urus, dan sangka ANA jemputan untuk AlRoosyak(makan malam) je..
Bagdaa waktu isyak, Zauji (suami ku) pun hantar...ana wa jarri (rahimah lobo).
Malam jumaat tu...
pusing2 punya pusing...last2 jumpa gok rumohnye...
MasyaAllah...kabirrnya baitat(besarnye rumah dia).Depan masjid tu....

Kali pertama menjejakkan kaki ke rumahnye...rase macam nak balik semula ana..
Terkejut kancil ana..bila nampak mereka dressing tak cukup kain.
MasyaAllah....salah rumah ke ana ni...kami mula ragu
Tapi..bila disilakan dan jumpa sodiki tuan rumah sendiri, barulah sah ..
Majlis ni just for Muannas je.

Kami ambil tempat...dan sempat ambil beberapa gambar sebelum ramai jemputan datang.
Tapi tak boleh snap gambar mereka.....dilarang keras

(ternampak juga si semek arab tu...tengok dia pakai baju...mengalahkan Julia Robert gitu)

Sementara tunggu pengantin turun ke pelamin, anak2 remaja perempuan yang comel lote.. menyerikan majlis mereka dengan tarian.....tarian gelek. Lagaknye macam orang lepas perasaanlah gitu.
Kalau kat luar kena berhijab...masa nilah mereka mendedahkan sebahagian badan mereka.
Pakkal seme comel lote, kalau tak tak lalu nak tengok. Itulah pengalaman namanye.

Kul 12.30 barulah penantin turun...dan mereka melakukan acara lebih kurang macam kat m'sia jugalah.
Potong kek dan suap menyuap...
batalkan wuduk dengan memakaikan pengantin perempuan dgn brg2 kemas oleh pengantin lelaki
Dan...yg ni tak dibuat oleh org m'sia...(menari..mengikut alunan irama yang romantik)
mula-mula berdua kemudian dgn keluarga.

Makan? makan sedap2 belaka. kebetulan mereka keturunan Indonesia..jadi makanan tekak asia pun ada juga.
Ada sambal telur, serunding hati, nasi putih dan macam-macam ada.
Tetamu akan menyumbang jugak macam m'sia.





(tompang dok jap neh...)

(bersama akak)





InsyaAllah lepas ni...ana sekali lagi dijemput ke majlis repsepsi mereka di sebuah Hotel Balad(majlis terakhir sebelum pengantin perempuan dihantar ke rumah mertua). Majlis khas untuk wanita sahaja . Lelaki?...tunggu dalam kereta je....lah.
Nanti bila ana dah pergi ana cete neh.

Okeylah nanti ana cete pasal majlis yang lain tu...mata dah kelabu nak...Tidooooo


Wassalam

Dah Berbunga.....Dah Berbuah....

Dah mula kembang.....


Salam... Kaifa Haluk....Ya Sodiki

Ari ni ada masa lagi up date blog.....
Dah lama nak cete pasal si mawar aku ni.....
Semua benih ni aku bawa bersama dari M'sia.kiranya dah tanam lebih kurang usia kedatangan aku ke sini (9 bulanlah )
Pokok ni masih rendah sesangat...tapi....dah matang rupanye
Satu hari time aku nak ke kelas terperasan , macam ada putik yang keluar dari pokok ni....
bila dihampiri betul rupanya...mawarku dah nak berbunga...mengalahkan pokok mawar yang lain.
Seronoknye....rase, terubat rindu kat pokok mawar kat rumah.Inilah mawarku yang ku tanam dan diberi keizinan oleh-Nya untuk hidup dan berbunga.

(Dah...kembang betul dan wanginyeeee)


Ini pulak cerita pasal pokok mempelam kat belakang rumah, sekarang ni masih musim bunga lagi...dan pokok tu pun dah berbungalah dengan banyaknye....
sekarang dah..berbuah
Kami pun dah dapat makang colek buah pelam...dengan kicap m'sia bubuh belacan dan cili padi tu....


Tengok tu...sebahagian buahnye...melayut-layut gitu.


Dengan izin Allah tumbuh dan berbuah cili ni.Alhamdulillah

Sebenarnye pokok cili ni...dah macam merajuk dah...
kering tu... buahnya pandai ambik tapi tuannya liat nak siram...
tahap kepedasannye......huh...sampai meleleh air liur....


Bunga-bunga kurma yang sedang berputik

Yang ni pulak pokok kurma kat rumah kami...dua-dua dah berbunga dan berputik
kalau tahun lepas...dalam bulan puasa dah boleh petik dan makan.
tahun ni tak merasalah aku...pasal kami akan balik malaysia tak lama lagi
Nanti aku suruh Zauji aku aje bawak balik....boleh jamu kawan bila raya kat sana nanti..kan

Bila dok tengok pokopokok kat sini berbuah, teringat pokok buahan kat dusun ayah ambe kat ganu....
sekarang kata mek ambe tengah berbunga dan InsyaAllah bila kami balik nanti waktu gugur....dah
Kalau ada rezeki kami boleh makang buah duriang.....moktang........

Okeylah....WASSALAM

Monday, March 30, 2009

Hari-Hari Dah Tersibuk....

Salam....wa Sobahul Khair....

Banyok rasenye nok cete tapi....dok tahu nok mule dari mane...
rase sibuk sangat ...bak tulah dok dang nok up date si blog ni...

Okeylah mula-mula ambe cete pasal aktiviti ambe leenih...
Mula...nye minggu pertama(sabtu), ambe dah mula sibuk...
sibuk ngan aktiviti kelas yang sengaja dicari-cari....

Kullu yaumu sabtu wa isnin , ambe gi mengaji dan menghafaz Al-Quran
aktiviti tu...kat Masjid Usmanian , tak jauh dari rumah ambelah.
Pergi ....dengan bas yang disediakan khas untuk kaum wanita .
(bak kata sodiki (ina..mamabungas) bas combet...)
Aktiviti tu....tak lama 2 jam je..., dari kul 8.00 pagi hingga 10 pagi je...
Kat sana semua orang Arablah.....
Kebanyakan masjid kat sekitar RC Yanbu ni aktif melakukan aktiviti untuk kaum wanita pada waktu pagi.
Jadi aktiviti tu...ambe cuma dapat ikut 2 x je. berselang dgn kelas Arab.
Okeylah...rasenye, lagipun rase ngeri jugak pasal tiap kali pergi macam gi buat ujian je....(kena stand by sokmolah.....hafal ayat2 yg diberi)
Harap-harap ambe akan istiqomahlah.(banyok dugaan tu....)

Ni...pulak pengalaman pertama ambe ikut aktiviti tu...
Tunggu bas datang ambik...hampir 20 dakikah(minit)..bukan apa takut kena tinggal
sampai sana kena buat yg sunat tu dululah
bila bersalam dan kenal2 dgn ahli kump....ada sorag akak tu...tanya
"apa khabar?" tanyanye sambil tersenyum
"baik" aku jawab "boleh cakap melayu ke?" aku tanya
"boleh...seme boleh..." jawabnye sambil senyum
"dari mana?" aku tanya lagi
"kedah..." dgn loghratnye
(akak tu...keturunannya dari kedah tapi ibubapanya dah menetap di Mekah)
kira dia ni melayu arablah....gitu

MasyaAllah....segalanya dah jadi mudah...
Rase syukur gok pasal aku ada sorang lagi sodik yang namanye MARWAH (rupanye dia ni pun tok guru gok), hiya boleh kalam orang putih. Lega aku.....
dia pun tak lokek ajar aku beberapa kalimah arabic.

Asalnya ambe fikir kat situ belajar mengaji Al-Quran....(betulkan bacaan dan belajar tajwid), tapi...rupanye kelas untuk menghafaz Al-Quran lah pulak. GUANA NI.....

Sesi pengajian aku taklah susah sangat ari tu....aku cuma disuruh baca surah yang diberikan sambil didengar oleh Abla (tok guru).
Baca....baca....... gok tapi badan dah berpeluh .walaupun berAC(air cond), tapi aku tetapi Ashuri Harr (ambe rase panas) macam-macam perasaan......tubek
Ya lah itulah kali pertama aku mengaji dengan tok guru arab dan diperhati pulak tu....oleh semua orang arab. Tapi....alhamdulillah. lepas....

Okeylah itu cete ambe kali ni....

Hadith jap..." Hadith 23..
Abu Zar (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Kamu tidak akan menuju kepada Allah dan menghampiri-Nya melainkan dengan sesuatu yang terlebih tinggi yang akan membawa terus kepada-Nya iaitu Al-Quran"


Imam Ahmad bin Hanbal rahmatullah alaih berkata:

"Aku telah melihat Allah dalam mimpiku dan bertanya kepada-Nya apakah cara yang terbaik sekali untuk menghampiri-Nya.
Allah menjawab: "Hai Ahmad, ianya adalah melalui perkataan-Ku(Al-Quran),
"Aku bertanya sama ada membacanya dengan pemahaman atau membacanya tanpa memahami maksudnya.
Allah menjawab: "sama ada faham atau tidak faham maksudnya, kedua-duanya adalah cara untuk mendekati Aku"

Jelas...kepada kita, tak ada cara yang lebih baik yang boleh menghampirkan kita kepada-Nya melainkan dengan bacaan Al-Quran.

WASSALAM


Thursday, March 26, 2009

LAMANYE.................

Aksi jejaka perasan tepi pasar ikan .....
"baru balik kelauk ke weh"


Assalamualikum.....

Jumpa lagilah kita kat arena blog ni....(pd yg. layan blog nilah tu)
Lama....memang dah lama sungguh tak up date blog ni....
tapi...tak kisah, lagipun blog ni tak lah apa-apa sangat

Sepanjang dah lama tak up date ni...dah berlaku bermacam-macam perkara dah...
Tapi....
semenye perkara yang baik lah....

Kami kat sini kaum HAWA dan banyak aktivitinye...
jadi...aku dan kekawang taklah rase boring sangat....

dari kelas aktiviti belajar memasak...kami juga ada aktiviti Tadarus
Aktiviti tu...kami selang selikan minggunya.
Setiap pagi ahad dan selasa pulak , kami ada join kelas bahasa arab secara istiqamah dengan "Abla" dari Tunisia dalam bahasa inglih.
Bagi yang baru nak datang ke sini rasenye taklah mengalami situasi macam kita mula-mula sampai dulu. Tapi itupun kalau yang suka bercampurlah....

Bagi anak-anak lelaki aktivitinye luas...waktu petang mereka boleh ke sekolah tahfis Arab untuk belajar Al-Quran dan bahasa arab.
Dan hasil dari risikan saya dengan jiran kat sini....saya dah dapat hantar anak-anak perempuan ke sekolah tahfis arab setiap 3 kali seminggu.Siap ada kenderaan lagi datang jemput.
Kalau yang perempuan sekolah khas untuk perempuan sahaja. Waktunye sama macam pelajar lelaki (lepas Asar hingga 7.00pm). Untuk anak-anak perempuan, dikenakan bayaran SR200.00 selama 1 semester (4 bulan) .

Pada yang berminat bagi kaum ibu boleh join orang2 arab ke masjid setiap pagi untuk tafsir Al-Quran dan mengaji. Kat sini setiap masjid ada kelas untuk mengaji Al-Quran untuk wanita dan disediakan bas untuk kemudahan mereka ke masjid.Bestkan.....

Okeylah....Nanti cete lagi.
Wassalam

Monday, February 23, 2009

Aktiviti Hujung Minggu (ii)


Selepas......aktiviti hari khamis habis....masuk pulok aktiviti hari jumaat...

Lepas usrah malam tadi, bos cadang nok gi Madinoh pada esoknye....
tak kan kata tak nak...tentulah nakkkkkk sesangat...

Kami bertolak kul 7.30 pagi bersama kami juga keluarga Kak Nani sekeluarga.
Sempat pulak di bekalkan kami jemput-jemput buat makang dalang kete....
Terima kasih kak....

Macam biasalah , kalau dengan Hj. Fadhil , kami singgah dulu kat Masjid Quba
Buat solat sunat...(Untuk rebut pahala yang besar tu.....) rugi kalau tak ambil

Lepas tu...baru ke Masjid Nabawi.....
Sebelum naik ke Masjid, kami bersarapan dulu kat parking lot tu...
Macam biasa juga , aku kalau ke sana kena bawak bekalan..makanan
Pasal anak2 ni nok makang je.......
Kalau makang KFC atau Donut2 tu...tak lepas tekak mereka...

Dah kenyang , baru naik atas...dan duk dalam masjid...
Tunggu solat jumaat...
Best...? tentulah best......

Alhamdulillah .....sekali lagi diberi rezeki masuk dan bersolat di RAUDAH
Walaupun ....keadaannye ..berasak-asak macam nak berebut beli Vantage murah
Tapi....segalanya dipermudahkan oleh Nya.
Kami berempat selamat solat tepat pada tempatnye.


Alhamdulillah ...berjaya juga visi hari ni....


Lepas...tu, barulah lega sikit hati ni nak gi ninjau-ninjau kat Taiba tu....
Ni...aktiviti bebas....sebelum masuk waktu Asar......

















Posing jap....





Dah dapat habuan masing-masing barulah.....puas hati budak-budak tu...




Deretan kedai kat bawah Taiba

Dah...masuk waktu solat Asar...
gi solat lah dulu...... lepas ni dah balik.....
Tapi....
Tak jadi balik.....kami stay lagi hingga solat maghrib
Bestnye...lagi lama lagi best...























Posing pintu mak dara dan anak daranye....

kak Nani kata "lawanye pintu tu..." pasal tulah kami posing gok kat depan pintu gold tu.....










sengaja posing gok...pasal inilah kali pertama aku kat Masjid Nabawi pada waktu malam....Kawan-kawan lain mungkin dah biasa dengan suasana waktu malam kat sini ..kan

Lepas tu....kami balik lah....
tapi...singgah pulak makan malam kat restoran ikan


Bila dah habis makang 2 ekor ikang babok besor tu....kami teruskan perjalanan pulang....


Wassalam.....

Aktiviti Hujung Minggu....

Alhamdulillah....dan...Salam

Oleh kerana hari Khamis Tok laki ambe kerje...jadi dok lehlah nok gi jauh2 dari Yanbu ni.
Kebetulan malam tu...ada usrah macam biase..(Ustz ni best..jelas gitu)
Alhamdulillah masih diizinkan lagi oleh Nya.

Aku cete sikit pasal intipati usrah malam tu...
Tajuk pasal...Barakah

Tempat paling berkah....
1) Mekah..... (1 kali solat bersamaan 100,000 ribu solat di tempat lain )
2)Madinah....(1 kali solat bersamaan 1000 kali solat di tempat lain....)
3)Masjidil Aqsa di Palastin

Waktu paling Berkah..
1)Ramadhan...(lebih2 lagi malam lailatul qadar)

Makanan paling Barkah..
1_) Air Zam-zam (boleh hilangkan dahaga,sebagai penawar penyakit)
2) Buah kurma Ajwa @ kuma nabi (Sesiapa yang makan 7 biji setiap pagi, akan dihindarkan dari gangguan sihir)

Pengetahuan:

Saidina Umar r.a. telah dibunuh oleh Abu Lu'lu'ah . Digelar Baba Syuja'uddin (sang pembela agama yang gagah). Kuburnye terletak di Kashan di Iran, dan sentiasa dikunjungi oleh pengikut syiah Imamiyah.Dia dipuja dan disanjung kerana telah berjaya membunuh Saidina Umar r.a.
Ohhhh....jahat sungguh orang ini

Wassalam......

Saturday, February 21, 2009

Ziarah

Salam...sokmolah


Kelihatan Masjid Quba dari jauh...


Sebenarnye dalam seminggu ni ...banyak perkara2 yang dah berlaku dan nak kongsi dengan semua...
Tapi, aku tak nyempat-nyempat mase...maka tertangguhlah seme cete tu...jadi terkumpul.

Pada hari selasa lepas, kami dah diziarahi oleh saudara dari Mekah (Ayoh de dan Che de ).
Mereka dari Madinah dan terus ke sini, dalam sesi lawatan cuti semester
Mereka sebenarnye 2 kereta dan 10 orang semenye...
setengahnye student dari Universiti Madinah dan setengahnye student dari Universiti Mekah.

Yang bestnye.....
seme orang ganu kite.
Budak-budak tu semenye bekas student Maahad Tahfiz Kuala Terengganu dan sambung belajar di universiti kat sini.
Bertuah mereka tu....

Yang kelakarnye
Plan asal mereka nak camping kat pantai Yanbu ramai-ramai
Nak sewa khemah......
tapi bile pergi tengok keadaan kat pantai yang sejuk ...berangin tu....
mereka ubah plan pulak...dan terpaksa berkhemah kat rumah aku jelah....
Almaklumlah kami pun tak sangka perkara ni...nak jadi
jadi kami pun tak dapat sediakan tikar bantal yang cukup....
Kesiannye...mereka kena lepak2 tidur kat ruang tamu je...
nasib masing2 dah beli selimut dan toto
Sorilah pada adik-adik seme..

Cume,
pada esoknye barulah Si Aiman selaku tourist guard muda , membawa mereka ke pantai Yanbu
dan mandi mande kat situ serta sewa motel

Okey itu satu cete...ade lagi cete lain... ..


Cerita Upin dan Ipin

Assalamualikum....

Dalam minggu-minggu cuti persekolahan ni, anak-anak hanya dok terperap kat rumah dan melayan cete-cete mereka je..lah.
Antara cete-cete popular mereka tengok ialah...UPIN dan IPIN lah.
Dua watak kartun kembar tu.....
Sebenarnye aku pun suka cete tu... yelah...tengok gelagat mereka macam sawa-sawa perangai anak-anak akulah jugak.
Apatah lagi kalau yang kembar berdua tu lebih kurang juga macam watak UPIN dan IPIN tu...

Satu hari tu...mereka adik-beradik duklah tengok cete tu kat komputer ni....
yang si adiknye baru lepas makan tengahari yang kedua kali....pun turut tengok sekali...
tapi...............
beberapa minit kemudian.....


inilah aksinye....walaupun dah tertidur dah sekian lama tapi tak disedari dek geng nye yang asyik dengan kartun tu..



Tertidur sambil dongak dagu ...macam nak merempit pun ada


Kami sengaja ambil gambar dia ...pasal nak tunjuk kat dia bila dia bangun nanti. Itulah kisah adik Upin dan Ipin kat rumah ni.


Sunday, February 15, 2009

Tapai...oh tapai...

Salam....lagi....












Dalam seminggu ni rase macam-macam nak makan. Kejap nak makan tapai ...kejap nak makan sure . Nak makan pulak semua benda yang susah nak dicari.

Tapi...Alhamdulillah , tetiba je..ada kawan call dan nak datang hantar tapai kat rumah.
Hah...apa lagi , makan macam tak ingat dunialah...

Sebenarnye dah lama benar aku suruh dia buatkan tapai..tu,
tapi memandangkan dia pun tengah sibuk dan tak berapa sihat jadi aku tak tanye sangatlah...
mungkin ni dia dan lapang dan dia pun buatlah untuk aku tu...

Nikmatnye bila makan sejuk-sejuk. Teringat tapai yang dibuat oleh pakcik suami aku kat Air Tawar....bestnye....

Tapai ni kalau kat Terengganu dibungkus dengan daun getah, tiga helai satu tangkai.
Tapi kat sini bungkus saje dengan bekas ni pun jadi je...
Makanan ni pulak merupakan makanan wajib bagi aku kalau aku beraya kat Terengganulah.. tapi yang dengan daun getahlah.Pasal aku suka buka dan makan terus .....
Kalau tak ada aku rase macam tak raye...gitu.

Satu lagi makanan asli terengganu yang aku tengah kepingin nak makan...ialah "SURA"
Malam tadi baru je calling-calling dengan mak cik kat ganu, dia kata baru je buat sura.
Ya Allah...rase nak nangis pun ade..
Nak buat macamana telah air liur je...lah.

Sesiapa tahu buat "Sura" Ganu bolehlah kongsi2 resepi , dan kalau ada bahannye kat sini nanti aku nak cuba buat.

Wednesday, February 11, 2009

Minggu Peperiksaan...lah pulak

Salam...Doakan juga untuk sahabat kita di Palastin


Bangunan sekolah Al-Israk


Minggu ni doh masuk minggu kedua anok2 ambe perikse. Sekoloh ni pulok perikse sampai 3 minggu tu....punyelah lame....
Kaloh orang malaysia perikse PMR.
Tapi...satu hari ..cuma satu subjek je. Mula kul 8.00 pagi hingga 10.00/11.00 pagi .lepah tu baliklah..
Hari wak tak dok peper , dok payoh gi sekoloh...
Walaupun lama sangat , tapi...dokk tensiong sangaklah nok tulung meke2 tu ulangkaji.
Lepah ni...meke seme akan cuti selama 10 hari...best jugak kalau dapat kelik m'sia kan....


Cete pasal makanan pulok...

Betulang 2-3 minggu ni gi pasor , juppe dengan makanang ni...LALA.
Dok leh makan kerang buleh makang lala pung jadilah...
Balik rumoh masok terus...pasal masih fresh lagi... (Tumis serai je)
Ada dijual di pasar Balad...


Selain LALA, kami jumpe jugok Ikang Keli yang idup lagi.
Harge dia....buleh tahang jugaklah...okey
Kalu kat m'sia suruh siang kan sekali , tapi sini ambe kena tunggu 2 hari baru ikang keli tu mati.
Ambe masok asam pedas tampe daun kesum lah.
Gambar tak ambik pasal dah khalas...










ni ade se lagi jenis makanan ..."Jewel-jewel" itu kata mak mertua ambelah...kalu salah sebut sori.
Kuih tu makanan orang jawa...itulah jadi feverot kami sekeluarge...
Nasib baik dann nuntut ilmu dgn. mak mertua aku dulu..
Kuih tu sedap kalu cicoh dengang sambal....atau kari....


KONGSI HADITH

Abu Zar (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

"Kamu tidak akan menuju kepada Allah dan menghampiri-Nya melainkan dengan sesuatu yang terlebih tinggi yang akan membawa terus kepada -Nya iaitu Al-Quran."

Adalah jelas sekali , tak ada cara lain yang lebih baik yang boleh menghampirkan kita kepada Allah kecuali dengan Al-Quran.Sama ada kita faham atau tidak faham.

Okeylah...Wassalam....

Berita Tak Sedap Didengar....

Gambar Kubah Masjid Nabawi sedang terbuka...


Salam...dan doakan untuk sahabat kita di Palastin juga.

Memang dah lama aku tak mengetuk key board ni. Macam-macam sebab ade...

Kekadang aku rase tak sempat mase lapang ...
Kakadang aku rase tak ade mood

Kekadang aku rase tak ade yang menarik nak story

Kekadang tu...rase sedih...line tak ok
lagipun ..anak2 tengah periksa

Itulah yang blog dah jadi beku...tu. Tapi ....kalau dulu-dulu pun aku gitu jugak mase melayan personal dairy. Kekadang buat ..kekadang tak.

Dalam seminggu ni aku ada dengar dan baca cerita pasal ex company tempat suami aku kerja. Tak sangka , satu company yang boleh dikata Gah...jugak dan terbesar di Pasir Gudang , dah mula goyah...dek ekonomi dunia yang merundum sekarang.

Banyak kilang2 gergasi Malaysia seperti Petronas,BASF,TITAN dan Kilang2 eletronik dah mengalami masaalah keewangan yang tenat...dan banyak pula yang telah dibuang kerja dan ditawarkan VSS .

Ingatlah...ada hikmahnya atas segala yang sedang berlaku ini.

Apa yang aku sedih sangat...tu, salah seorang pekerjanye adalah abang aku sendiri.
Apalah nasib dia....kat sana. Sebagai ....sedaranye aku hanya mampu berdoa supaya Allah memberi yang terbaik untuknye sekeluarga.

Oh ye...,Baru-baru ni...ada gok buat dan terbuat kuih cara .Kebetulannye mase tu...nak menghadiri majlis usrah...jadi buatlah sebagai buah tangan majlis.









Tujuan...aku display kat sini bukannye...nak menunjuk2 aku boleh buat kuih cara
, cuma nak bagitahu kat kekawan terutama yang kat yanbu ni...yang aku ada acuan kuih ni. dan kalau nak pinjam silakan...
cuma call je...boleh aku panjang-panjangkan...itu saja...
cuma jangan hilang dah...yelah, kat sini kalau nak cari memang tak akan jumpalah.
Cara buatnye...tak payahlah aku cete, pasal rasenye kal
au suruh anak buat pun diaorang pun boleh buat kot.

Wassalam....