
Alhamdulillah, hujung minggu lepas aku dan anak dara aku diberi kesempatan dan keizinan oleh Allah untuk menghadiri usrah buat pertama kalinya semase kami di sini. Usrah diadakan di rumah "Kakak Elah" panggilan tuan rumah tu. Usrah tu sebenarnye dianjurkan oleh orang -orang indonesia yang tinggal di Yanbu, dan terbuka buat semua.Walaupun dalam majlis tu...hanya kami berdua saja dari Malaysia, tapi...Alhamdulillah kemesraan dan ukhwah islamiah tetap terjalin.
Sebenarnye ..aku dah lama benar tak mengikuti usrah, terasa kehausan yang amat ketara.Kalau di Malaysia , tak jadi masaalah, bila-bila masa saje kita boleh mengikutinya.Tapi kat sini.....jika tak ada yang tolong menganjurkan...maka tak adalah jawabnye. Semoga keluarga penganjur diberkati oleh Allah.Sebenarnye aku dah lama tahu pasal kelas ni tapi tak berkesempatan untuk mengikutinya. Lagipun usrah ni diberhentikan sementara semase musim haji yang lepas.
Alhamdulillah....dalam usrah kali ini, diceritakan tentang "DOA".
Di sini aku akan menyampaikan seberapa sedikit apa yang telah di samapikan oleh ustaz pade hari tu..., hanya bertujuan untuk berkongsi dengan kekawang yang tak dapat hadir pade hari tu... InsyaAllah.
Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah.Tidak kira waktunye. Kita hanyalah seorang hambanye yang miskin dan fakir..seharusnyelah kita perlu selalu meminta dari Allah, apa juga permintaan yang baik2 dan tidak melampau.
Doa itu juga satu ibadah dan sangat dituntut. Seharusnyelah kita berdoa kepadaNya dengan bersungguh-sungguh , penuh keikhlasan dan berterusan.
Doa kita akan dimakbulkan oleh Allah dengan cara cepat atau lambat bergantung kepada kehendak Allah. Tetapi ada juga doa kita yang tidak dimakbulkan kerana beberapa faktor .
Nabi Zakaria berdoa kepada Allah untuk mendapatkan zuriat. Setelah beberapa tahun berkahwin, Nabi Zakaria masih belum diberi seorang zuriat. Tetapi , Nabi Zakaria tetap dan terus berdoa dan berharap kepada Allah bukan sebulan.....atau setahun....tapi...bertahun-tahun lamanye...sehinggalah Nabi Zakaria sudah terlalu tua.Memohon supaya Allah memberikannye seorang anak agar dapat meyambung dakwahnya , Akhirnya Allah telah kabulkan permintaan Nabi Zakaria dan telah mendapat seorang putera.
Sebaik-baik doa adalah doa semasa "Wukuf Di Arafah". kerana masa itulah paling banyak doa yang akan diperkenankan oleh Allah.Jadi....hendaklah kita sentiasa menjadikan doa sebahagian dari ibadah kita.






















