Friday, July 4, 2008

Dah mula terasa

Sekarang aku pula dah mula rasa akan suasana dan bahang nak pergi. Bukan kata suka sangat tapi,,,, terbayang bgmn. nak tinggalkan keluarga kat sini. keluarga kat trg dan johor. Kalau 17 tahun dulu aku terpaksa berpisah dengan keluarga aku kerana ke johor untuk bekerja dan terus lekat kat sini, tapi nanti sekali lagi akan berpisah....dan lebih jauh lagi. Mungkin ini adalah perpisahan yg. pertama dengan keluarga kat sini tapi, byk kenangan indah dengan mereka. Hai.. aku ni yg. paling kalah ialah dengan perpisahan. masa kat sekolah lagi. Itulah perkara yg. paling aku tak boleh tahan.
Sebab tulah agaknya akuni tak berapa boleh berpisah dengan anak-anak. Walaupun aku ni sikit garang tapi tak b oleh kalau tak ada dia orang. Kenangan aku terpaksa tinggalkan anak aku yg. sulung semasa umur 8 bulan untuk ke satu tempat yg. jauh, masih lagi aku teringat. sepanjang jalan aku sedih je.Betullah orang kata hati ibu tak sama dengan hati ayah.Betultak?

Esok aku plan nak beli beberapa beg. Nak packing sikit2 dulu nanti tak kelam-kabut sangat.(Bos dah pesan tu...). Almaklumlah anak ramai tu... nanti ada juga yg. tertinggal nak bawa. Tapi yg. plg. ptg bagi aku ialah benih2 pokok bunga dan pokok rempah2 (pokok pisang,bunga ros,ubi kayu,pokok kari,serai, pandan dan .....). peduli apa aku kalau orang kata aku ni gila. Itulah yg. boleh jadi terapi aku nanti kat sana lagipun itu akan mengingatkan aku dengan pokok2 aku kat laman tu. Tahu aku nak buat camne? nak letak dalam beg pakaian. nanti kat kastam aku bacalah selawat banyak2 insyaAllah lepaslah tu.Nak tiru? ok gak tu..Bos kata dia sewa rumah yg. ada laman apalagi bolehlah aku berkebun(bukan kebun sayur tapi bunga)>

Wednesday, July 2, 2008

Sebuah Perpisahan

Hari ni, Ina sekeluarganya dah pun berangkat ke Yanbu KSA. Dia orang bertolak pukul 12.30 tengahari dari senai airport. Aku dan Mas pergi juga mengiringi mereka berangkat. Hai.... sedih juga, tapi bila ingat nanti akan jumpa juga kat sana boleh control juga emosi tu. Tapi bila tengok kawan2 dan famili dia dah sedih tu, hiba juga hati ni. Yalah perjalanan jauh dan lama pulak tu....untuk berjumpa kembali.

Monday, June 23, 2008

3 Mak dara terlepas ke KL




Kita mulakan dengan salam dulu..
Assalamualaikum,

Rasanya dah lama tak up date blog ni.... kekadang tu ada bahan tapi tak ada mood yg. bagus tak jadi nak menaip. Tapi kali ni ada cete sikit. cete pasal 3 mak dara yang terlepas ke KL.

Ini kisah telah berlaku semalam.

kami(Ummulamirul/permata hatiku dan ina-villabayu)telah gi ke KL atas urusan untuk menyelesaikan pasport dan visa. Ummulamirul kena pergi ke agen fikir + tu untuk collect semula pasport yg. telah dirasa tergendala kelancarannya. kemudian pasport tu akan dihantar ke agen untuk proses seterusnya .(proses terakhir) untuk membolehkan kami ke KSA.

Kami bertolak dari Johor pukul 7.10 pagi (sasaran nak bertolak 6.30pg tak berjaya). Sesampai Mas dari rumahnya ke M.ria kami terus pergi ambil Ina dan anak2nya.Ina dan pun angkutlah anaknya yg. belum bangun lagi tu... kesian budak2 tu.(berkorban...untuk satu tujuan)

Itulah kali pertama Ina (Villabayu)dan Mas(Permata hatiku) jumpa. Tapi, oleh kerana dua-duanya ada kuasa bercakap yg..... aku pun pelik tu (ada aje cite) menjadikan meke macam dah 10 tahun kenal. Itu baru sehari jumpa, kalau nanti kat KSA dah tinggal dekat aku tak tahulah guane... tapi bagus...bagus...

Perjalanan kami tak membosankan. Ada aje cete yg. dibuka... termasuklah hal-hal pertemuan pertama dengan suami masing-masing.Hai ...lucu sungguh kalau diingatkan .macam-macam cete.Mas memulakan pemanduan menuju ke KL. Yang drivernya memang dah pro dengan perjalanan jauh ni. Kalau harapkan aku...., jalan kat KL ni aku kalahlah. Tapi aku jadi pemerhati aje.........

Kami singgah jap kat R&R untuk sarapan dan mandikan Ina mandikan anaknya, lebih kurang 1/2 jam kami pun sambung semula perjalanan ke KL. Alhamdulillah, kul..12++ kami sampai kat rumah saudara Mas untuk ambil pakciknya(yg tahu jalan ke fikir+ tu)
Alhamdulillah segala urusan kat think + berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah .InsyaAllah. Lepas tu kami menuju pula ke....agen baru. jauh juga dari Manjalara tu... tapi oleh kerana pakcik mas dah pro kat Kl no problemlah. Kat sana pun Alhamdulillah segalanya lancar dan mudah.

Bila segala urusan penting dah selesai, kami pasang angan-angan nak "bertanya khabar" kat peniaga2 kat masjid india tu. Ada yg. nak cari tudung dan jubah. Tapi, sayangnya bila fikir-fikir masa dah tak sempat utk.semua tu. Lupakan saja.....
Petang , on the way balik dari KL. (Ina drive) pulak. kami singgah pula kat Putrajaya
(rumah adik iparnya) untuk collect pasport Ina sekeluarga yg. dah settle dan dah nak berangkat on 2/7 nanti. Kami kat sana lama jugak, kami dah tersesat barat dah..... tapi nasib minyak dah isi ,pusing punya pusing last-last jumpa juga. Lepas rehat jap 6.15 kami bertolak ke JB. Masa balik ni pun kami sesat lagi nak cari jalan keluar dari Putrajaya. Hai....besar sungguh Putrajaya ni. Bila tengok bangunan-bangunan kat situ ingat duit rakyat.....

Mulalah si pompuan-pompuan ni buat ketupat, terutama kat si. . . . . tu. Cete punya cete Ina pun corner dengan penuh yakin untuk jalan keluar. Hai, cantik sungguh pemandangan jalan kat sini dan sunyi pulak tu.... Mas pun ternampak (Untuk kenderaan JPM sahaja) kami masih tak hirau. pecut lagi dengan yakin hinggalah sampai pintu pagar PM. Hahhhhhhhhhhh...... takuttttttttttttt

apalagi cepat-cepat patah balik sebelum kena tangkap. Bak kata Mas "nanti ada juga suami-suami masing-masing kena balik m.sia untuk tebus bini masing2 ni". Lastly kami jumpa juga jalan keluar... Alhamdulillah....
Singgah kat perhentian Pagoh untuk buat solat jamak dan makan. Cantik sungguh surau kat sini . Aku berkenan betul dengan konsep surau terbuka macam ni. InsyaAllah kalau aku ada rezeki, nak buat rumah bersurau macam ni.

Kami sampai juga kat JB dengan selamat dan satu kenangan perkenalan. Sampai kul 11.30 malam. sampai rumah, berwuduk dan bedebinggggggggggggggggg.

Friday, June 13, 2008

Keretaku...

Pagi tadi pergi kedai untuk basuh keretaku yang dah belapuk tu. Pergi pulak kedai che Ind...yang pekerjanya pulak dari india betul. Punyalah cepat dia orng basuh tak sampai pun 10 minit. Hai rasa pelik pulak biasanya kalau basuh kurang2 30 minit mau ..... Bila naik kereta nak balik, terperanjatnya aku....., mulalah aku naik angin yang tak berangin ni...tak bersih langsung dia orang buat kerja.
Apalagi aku panggil semula si mamat2 tu ambil vacum dan vacum semula kereta aku sampai aku cakap ok.Apa dia orang ingat mentang 2 aku pompuan yang gi cuci kereta dia boleh buat lebih kurang aje...
Tengahari tu, dapat berita dari mek.. nak datang sini dengan ma.... minggu depan. Bestnya.
Sebenarnya dah lama tok ma diaorang nak datang dari kelate. cuma, ni baru berkesempatan agaknya. itupun pasal kedainya dah ada org jaga.

Wednesday, June 11, 2008

Hari yang lemas

Hari ni saya rasa lemas dan rimas.Macam-macam perkara nak diselesaikan oleh otak yang satu ni. Kalau fikir-fikir rasanya macam dah tak ada mood nak ke sana.Biarlah kekawan aje yang pergi dulu. Bila otak kita dah set kan perkara yang dirancang ,tiba -tiba datang pulak perkara baru, itu yang buat pening dan macam nak pengsan ni. Paling tak suka kalau orang buat kita macam pak pandir.

Bila fikirkan pasal persekolahan anak-anak pun satu hal. Masa depan diaorang pulak tu. Nak bagi yang terbaik tapi ..........guane agaknya nak buat keputusan ni.

Hari ni juga aku dah hangus beberapa hinggit baiki astro yang dah kiok tu..... tak nak baiki kesian kat bebudak tu nak tengok. Tak pe lah....

Rasa-rasanya nak buat plan barulah. tukar strategi kalau betul-betul tak jadi pergi Yanbu.Mungkin buka kedai semula ke... atau kerja .. lagi bagus

Monday, June 9, 2008

Dah balik....

Hari ni adik-adik yang ikut saya balik ke Johor dah pun balik semula ke K.Tee. Rasa sedih jugak, yalah dah lama kami tak berkumpul macam ni. Palikg best ayah su lie nya tu. kami gelar dia tu "ayah su raja lawak" pasal asyik buat kami ketawa je.... ada aje yang kelakarnya.Lepas ni bilalah pulak kami nak berkumpul semula.
Hari ni pun merupakan hari pertama persekolahan bagi semester kedua. sunyi baliklah rumah ni.

Saturday, June 7, 2008

Seminggu di K. Tee

Sepanjang kami di K.Tee banyak perkara yang kami buat. Yang paling seronoknya budak2 tu. hari-hari ajak atuknya ke lata kat kebun atuknya. Layanlah atuknya pun....Yang bestnya kat situ tak ada orang lain cuma kami aje anak-beranak. nak ke sana kena jungle tracking sikit lebih kurang 2 meter je.Itulah tempat mainan saya waktu kecil-kecil dulu. Lepas penat tolong menyibuk kat dusun ayah kami di bawa ke sini; Inilah kolam renang kami dulu. sekarang anak-anak pulak kongke.

Arif nak buat terjunan Ashraf nak tunjuk aksinya .padahal dah gigil

Sepanjang kat sana tak rasa jemu.Suasana alam yang masih asal tanpa ada sebarang ganguan pembaharuan dari mana-mana pihak. Kami sempat berkelah juga.





Tengah seronok mandi Neneknya yang sibuk monitor



Pada minggu lepas, kami pergi berkelah kat pantai batu buruk. Beli makanan kat pasar payang dan berkelah kat pantai tu. Sebelum tu kami ronda2 Pasar payang dulu(acara wajib bila balik k.Tee).Masa tu punyalah ramai orang...huhh...

tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah kami dapat paking punyalah cantik dan senang je...

Lepas tu bawa anak2 merasa naik bot penambang. Melalui jeti dekat pasar payang kami naik hingga ke seberang takir. bayarnya cuma RM6.00 untuk 5 dewasa dan 5 kanak2. Punyalah sukanya budak-budak tu. Sebenarnya dah lama nak bawa naik bot tu, tapi tiap kali balik tak berkesempatan cuma kali ni aje . Sampai seberang sana kami singgah kat warung untuk minum air batu campur.

Petang baru balik rumah. lepak habis budak-budak tu.

Friday, June 6, 2008

Satu perjalanan

Hari ni baru rasanya berkesempatan nak menulis. Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15. Rasanya macam baru je kawin(perasan lah pulak).Hari ni juga merupakan hari ulangtahun anak perempuan saya yang sorang tu. Dia lahir masa ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2. Sempena ulangtahun dia yang ke 13 ni, pagi tu saya suruh dia baca yasin dulu sebagai permulaan umur barunya. Buatkan jamuan sikit untuk dia dan kawan2 nya...cukuplah tu.
Ini nak cete...
Pada cuti sekolah lepas, saya dan anak2 dah bertolak balik ke K. Tee untuk bercuti beberapa hari. Ini adalah kali pertama balik tanpa suami, nasib baik ada adik sepupu yang datang dan drive kereta ke sana. Bukan apa.. rasa tak yakin nak drive.

Bertolak seawal 8.00 pagi. Rasanya itulah perjalanan yang paling awal kami buat berbanding dengan perjalanan yang lepas2. Kalau kata nak bertolak pukul 8.00 pergi ke pukul 10.00. Tapi kali ni saya takut sampai malam, jadi dari awal2 lagi dah kerah anak2 bangun dan siap. Alhamdulillah dia orang semua ok lagipun dah tak sabar nak balik kampung.

Dalam perjalanan ke K.Tee, sempat juga kami singgah kat Awana Kijal Hotel. Sempat juga bergambar kejap.

Alhamdulillah kami sampai awal pukul 5.00 petang.

Thursday, May 22, 2008

Motivasi

Ahlan wa Salam li Sodiki wa Sidika,

Dah lama tak up date blog yg tak macam blok ni. Bukan apa...minggu ni sibuk sikit, masa banyak habiskan kat anak-anak nak periksa semester 1. Cuma baru ari ni aje berkelapangan.

Pada Sabtu lepas, Ana ada mengikuti satu sesi motivasi (Sebenarnya utk student MITT) sekolah anak Ana kat P.Gudang. Motivasi Islamik anjuran KESUMAT.Alhamdulillah....

pada Ana motivasi tu berjaya dan best terutama utk.anak-anak supaya sedar akan tanggung jawab dia sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Di akhir sesi motivasi tu anak-anak disuruh memohon maaf dan ucapkan sayang kepada ibubapa masing-masing secara live. Hai.... masa tu lah banyak air mata ibubapa dan anak2 yang gugur (rasanya airmata yang ikhlas). Tak terkecuali anak Ana yang jantan tu. Bedodoi-dodoi pulak dia yang lebih mengalahkan budak2 pompuan pulak. Rupanya betullah.... dia tu memang hati sensitif, walaupun nampak macam kuat.

Ana nak kongsi juga serba sedikit tentang isi motivasi tu dengan semua.

Antaranya ialah tentang hubungan antara Ibu dan Bapa (bukan ibubapa) dengan anak2.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan setiap hari dengan mereka:-

a) Anak-anak mesti bersalam dengan Ibu dan Bapa setiap hari. (Dengan kedua-dua belah tangan dan temukan dibahagian yg. plg. lembut) dan anak mesti cium tangan Ibu dan Bapa bukan cium tangan mereka sendiri. - lakukan semasa sebelum ke sekolah dan sebelum masuk tidur.

b) Peluk dan dakap anak sebelum tinggalkannya.(Jgn. tepuk2 je). Anak2 kena ucapkan "Sayang mak / Sayang ayah"

c) Anak-anak cium dahi Ibu dan Ayah.

Itu adalah serba sedikit yang dipesan. Alhamdulillah (Dah buat? amalkan... Belum? cuba dan amalkan)

Semasa sesi bersama ibu bapa itu berlangsung. Ana telah terpandang pulak kat seorang pelajar yang baru kehilangan ibunya(baru berumur10 tahun). Seorang lelaki budak yg. baik, selalu berjemaah di surau tempat Ana. Dia tunduk aje.... bila motivator tu ceritakan perihal seorang Ibu. Apabila semua pelajar mendapatkan Ibu masing2, Ana tengok dia menangis dan memeluk abang2 fesinya kat situ. Ana ceritakan pada anak-anak, tengok dia, seorang anak yang telah kehilangan Ibu tapi masih sayang dan rindukan ibunya. Jadi, sayangilah ibu.... (tapi...ingat selepas Allah dan Rasul mu).


Friday, May 16, 2008

Ruangan baru

Hari ni saya nak mulakan satu ruangan baru, khas untuk ibu2 dan teman-teman . "Jom Kongsi Sirah", ianya tercetus apabila saya membaca sirah Rasullullah dan dalamnya ada beberapa cerita pasal kanak-kanak yang mempunyai jiwa islam yang tinggi. Jadi saya rasa perlu untuk saya kongsikan bersama anak-anak saya tentang mereka, supaya sekurang-kurangnya mereka mempunyai jiwa seperti kanak-kanak itu.
Selain itu kisah-kisah sahabat Rasullullah yang sangat sayang dan cintakan nabi akan saya kongsikan bersama untuk kita jadikan bahan tazkirah untuk anak-anak kita terutama lepas solat jemaah InsyaAllah.
Kisah 1
Kisah berlaku semasa Rasullullah hendak ke medan Uhud. Ketika Rasullullah hendak ke medan Uhud, (mengikut riwayat) seramai 17 orang kanak-kanak telah ikut serta untuk berjuang ke jalan jihad bersama Rasullullah. Tetapi Rasullullah telah memerintahkan supaya mereka pulang ke Madinah (kerana belum sampai umur baligh).Walau bagaimanapun cuma, 2 orang sahaja yang telah dibenarkan, iaitu Rafi bin Khudaij dan Samurah bin Jundud.
Rafi bin Khudaij telah dibenarkan ikut serta kerana dia handal memanah. Semasa Rasullullah menyurunya pulang ke Madinah, dia merasa sangat sedih kerana tidak berpeluang berjuang bersama Rasullullah di medan Uhud.Sehinggalah ayahnya berjumpa dengan Rasullullah dan memberitahu akan kebolehan anaknya yang handal memanah. Lalu Baginda telah membenarkannya dan gembiralah dia.
Namum, apabila mengetahui sahabat sebayanya dibenarkan oleh Rasullullah untuk mengikutnya, hati Samurah bin Jundud merasa sedih. Dia pergi bertemu Rasullullah dan bertanya sebabnya.Dia memberitahu Rasullullah bahawa dia pandai bergusti dan jika dia berlawan dengan Rafi bin Khudaij sudah tentu dia akan menang . Rasullullah menyuruhnya berlawan dengan Rafi bin Khudaij dan ternyata Samurah bin Jundud telah menang. Akhirnya Rasullullah telah membenarkannya juga turut serta berperang di medan Uhud. Gembiralah dia.
Lihatlah betapa tebalnya semangat jihad mereka. Walau pun masih kanak-kanak lagi, semangat untuk membela agama telah tersemat dihati mereka sedari kecil lagi tanpa rasa takut pada lawan.Inilah yang kita perlu jadikan,anak-anak yang berani kerana Allah.

Terkenang...




Hari ni adalah "Hari Guru". Masuk tahun ni dah 3 tahun aku tinggalkan
bidang perguruan.Dah tak merasa lagi menyambut hari guru.

Teringat aku semasa sambutan Hari Guru semasa zaman bujang dulu. best giler.... bukan saja kerana dapat hadiah dari anak-anak didik, tapi hari itulah hari untuk berseronok bersama anak-anak murid.
Kenangan yang tak boleh aku lupa pada sambutan tahun 1991, masa tu aku mengajar kat Sek. Keb. Permas Jaya (1). Kami guru-guru dan anak murid mengadakan acara di padang. Acara paling best ialah acara lumba basikal. Masa tu anak murid aku bagi pinjam basikalnya.
Bila mula aje .... murid2 bersoraklah sokong guru masing-masing. Aku pun apa lagi, teringin dan teringat kenangan kat kampung naik basikal, aku pun punyalah pecut... laju tu.
Bestnya dapat kalahkan cikgu bujang lelaki. Akhirnya aku jadi johan. Mula hari tu, aku digelar cikgu juara kampung.Seronoknya.... bersama teman-teman kat sekolah tu.

Aku kat sana selama 6 tahun. Mula dari anak dara, hinggalah kahwin dan beranak-pinak.Kenangan di sana terlalu berharga untuk aku. Walaupun pada asalnya aku tak minat jadi guru, tapi akhirnya aku dah jatuh cinta dengan bidang perguruan ni.
Sehinggalah, tahun 1996, kerjaya aku diputuskan. Aku mula ke bidang kerja swasta. Tapi hati aku masih tak puas, malah aysik dikejar dengan kenangan sebagai guru. Kat tempat kerja, kawan2 panggil cikgu. Sampai termimpi2 aku sedang mengajar.akhirnya aku hanya bertahan selama 4 tahun aje. lepas tu aku masuk semula ke bidang perguruan.

Sekarang aku di Sek. Keb. Taman Rinting 2. Yang bestnya aku mengajar anak
aku sendiri. Yang sulung masa tu dah darjah 3 dan jadi anak murid aku. Tension
ajar anak sendiri.
Tetapi suasana mengajar di kawasan orang yang sederhana dengan kawasan orang yang berada banyak perbezaannya. Tapi itu semua hanyalah kenangan sahaja .dan kini tersimpan kemas dalam kamus kenanganku.


Terima kasih guru dan Selamat Hari Guru.
(Gambar : bersama bos SKTR2)

Tuesday, May 13, 2008

Kenalkan



Sebelum pergi lebih jauh melayari blok ni, inilah hero2 dan heroin ku.
Ramai?... ya, ramai yang Allah telah anugerahkan pada kami Alhamdulillah.
Kerenah? jangan ceritalah . macam2 kerenah mereka.
Yang hero tu jadi bodyguard pada yang sorang tu. Nak ke mana2 mesti ada bodyguardnya.
Bukan apa zaman sekarang ni macam2 cerita tak sedap didengar dan lihat.
Tak kira jauh, dekat pun boleh jadi yang bukan2.Nauzubillah....
Itu cerita untuk hari ni, InsyaAllah esok saya akan rasmikan ruangan Jom Kongsi Sirah bermula dengan kisah kanak-kanak di zaman Rasullullah.Diharap ruangan ini akan menjadi salah satu bahan tazkirah untuk anak-anak kita. InsyaAllah.

Pembuka bicara


Assalamualaikum,,

Bermulalah satu kerja baru untuk aku kat rumah ni , terutama pada pagi hari.
Selepas buat yang sunat tu, mulalah aku tertonggok kat depan ni. Kalau sebelum ni tak nak aku pegang benda ni (malas) tapi sekarang sesudah ditunjuk ajar oleh beberapa guru (terima-kasih cikgu Nor dan cikgu Mas), aku dah boleh mengadapnya sampai tengahari. Hai leka betul. Bukan apa, sekurang-kurangnya dengan cara ni,boleh dapat kenalan baru dan tukar2 ilmu dan pengetahuan.bagus jugak tu....

Kalau yang baru nak cuba kerja baru ni, nasihat saya... pastikan betul-betul ada masa lapang .
Sebelum tu, kepada semua jgn. pelik kalau tengok banyak gambar pokok2 je dalam blog ni. pasal hati akak ni terlalu sayang pada keindahan ciptaan tuhan ni.